Sebuah perusahaan penerbitan di bawah kendalian syarikat perkongsian dijalankan sejak November 2012 namun hanya didaftarkan pada 25hb Mac 2013. Selaras dengan perkembangan syarikat, ia telah dinaik taraf dan kini dikenali sebagai Love Novel Publishing Sdn. Bhd. Sejak 17 Mac 2017 dan beroperasi di sebuah premis lot kedai yang beralamat di Lot 02-AC, Menara B, (Tingkat 4), Persiaran MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Ditubuhkan bertujuan untuk menerbitkan karya-karya bermutu daripada penulis yang sedia ada mahupun bakal-bakal penulis baru yang berbakat dengan memberi peluang kepada mereka yang tidak tahu arah tuju bagi menerbitkan karya mereka.

Syarikat adalah diterajui oleh gabungan tiga (3) ahli lembaga pengarah iaitu Puan Alida binti Jusoh dan Puan Hartini binti Rofi bagi mendapatkan gabungan idea dan momentum tindakan yang lebih besar.

Dengan berbekalkan displin yang tinggi, komitmen dan semangat yang jitu, perniagaan yang bermula secara kecil-kecilan ini ingin mewarnai dunia penulisan tanah air dengan menerbitkan karya-karya yang mempunyai idea-idea baru untuk memenuhi cita rasa pembaca.

Perancangan rapi syarikat adalah berterusan bagi terus melangkah ke hadapan dan kami percaya akan menjadi sebuah syarikat korporat yang besar. Fokus perniagaan kami tidak terhad kepada penerbitan novel sahaja, malah ingin mengeluarkan pelbagai buku yang boleh diterima pelbagai lapisan pembaca dan masyarakat, pengiklanan, dan sebagainya pada masa akan datang.
  • Pandan Indah, Kuala Lumpur
  • JoinedJuly 26, 2019


Following

Last Message
LoveNovelPublishing LoveNovelPublishing Sep 14, 2023 07:43AM
[PENCARIAN MANUSKRIP E-BOOK].   Ingin cuba terbit di bawah Penerbitan Love Novel? Kami mengalu-alukan lebih ramai penulis berbakat untuk menghantar manuskrip e-book untuk diterbitkan.. Untuk manu...
View all Conversations

Stories by LOVE NOVEL PUBLISHING SDN. BHD.
Sisa Rasa Yang Tertinggal by LoveNovelPublishing
Sisa Rasa Yang Tertinggal
Pertama kali Hasnan menjejakkan kaki ke bumi Sarawak, jantungnya berdebar saat dia bertemu dengan Zaton. Pert...
ranking #234 in fiksyen See all rankings
Bibik High Class - Aein Dhiyauddin by LoveNovelPublishing
Bibik High Class - Aein Dhiyauddin
TAJUK : BIBIK HIGH CLASS PENULIS : AEIN DHIYAUDDIN ISBN NO. : 978-629-7553-10-8 BLURB: "Memanglah saya...
ranking #1 in bibik See all rankings
Bonjour, Mon Amour - Yumi Hyra by LoveNovelPublishing
Bonjour, Mon Amour - Yumi Hyra
TAJUK : BONJOUR, MON AMOUR PENULIS : YUMI HYRA ISBN NO. : 978-629-7553-09-2 BLURB: Pahlawan Café menjadi sak...
ranking #189 in fiksyen See all rankings
1 Reading List