SuriMawarneKaidar

Assalamualaikum wbt. Saya jarang masuk WattPad atas asbab kesibukan di dunia realiti. Pagi ini saya dapati cerita Mahsuri yang saya tulis itu dimasukkan dalam koleksi cerita lucah. WHAT??? Pagi Ramadan saya dah menyumpah seranah! Dimasukkan pula dalam 29 siri koleksi. Sakit pula hati saya!
          	
          	Ada cara nak keluarkan cerita tu ke dari situ? 

Baru selesai muatnaik semua bab Virus L-2. Akhirnya tamat juga. Padahal sebenarnya semua bab dah siap 10 tahun lalu. Tapi tak termuat naik pun. Mujur ada pembaca yang dok ketuk suruh upload.
          
          Ya, 10 tahun dah cerita tu. Lebih sebenarnya. Sebab lambat upload kerana karya itu perlu diedit semula. Bila baca balik, banyak kesalahan tanda baca, perkataan berulang, wabak -nya yang bermaharajalela dan macam-macam lagi.
          
          Dan saya baru perasan, selepas Virus L-2, saya tak ada novel yang siap! Kebanyakkannya separuh jalan. Tambahan pula di usia sekarang, saya lebih gemar bacaan serta tulisan pendek-pendek seperti anekdot. 
          
          Mana pergi semangat saya oi? 

SuriMawarneKaidar

Lama saya tak menjengah ke sini. Musim PKP menjadikan data yang sedia perlahan semakin sopan-santun (kawasan rumah saya di tengah kebun kelapa sawit).
          
          Tahu-tahu hampir seratus notifikasi di box. Ada jemputan sertai prompt sempena #dudukrumah. Mulanya saya agak keberatan untuk sertai. (Data yang terlampau perlahan seperti zaman dial-up. Gambar di Whatsapp pun loading tak sudah).
          
          Tetapi apabila tengok prompt, tiba-tiba siap pula satu certot. Boleh tengok di buku #dudukrumah saya ye.