bukukarangkraf

Dua kisah rumah tangga yang akan mengalirkan air mata. 
          	
          	Cinta. Pengkhianatan. Tragedi. Kebangkitan.
          	
          	"Mencari hikmah itu bukanlah sesuatu yang mudah."
          	
          	"Yakinlah, Allah paling tahu memilih jenis ujian bagi hamba-hamba-Nya."
          	
          	Semuanya dalam naskhah terbaharu Asma Nadia.
          	
          	Baca bab terawal 
          	
          	Cinta Maha Luas
          	https://www.wattpad.com/story/369143499-cinta-maha-luas
          	
          	Kepada Perempuan Yang Menginginkan Suamiku
          	https://www.wattpad.com/story/369142807-kepada-perempuan-yang-menginginkan-suamiku

bukukarangkraf

Dua kisah rumah tangga yang akan mengalirkan air mata. 
          
          Cinta. Pengkhianatan. Tragedi. Kebangkitan.
          
          "Mencari hikmah itu bukanlah sesuatu yang mudah."
          
          "Yakinlah, Allah paling tahu memilih jenis ujian bagi hamba-hamba-Nya."
          
          Semuanya dalam naskhah terbaharu Asma Nadia.
          
          Baca bab terawal 
          
          Cinta Maha Luas
          https://www.wattpad.com/story/369143499-cinta-maha-luas
          
          Kepada Perempuan Yang Menginginkan Suamiku
          https://www.wattpad.com/story/369142807-kepada-perempuan-yang-menginginkan-suamiku

bukukarangkraf

Ekspres Jupiter Ditulis dalam Masa Lima Minggu?
          
          Baru-baru ini, penulis Ekspres Jupiter, Riley Fizan menjadi tamu untuk program Resensi Buku di X-Space Borak-Borak Buku (BBB). Ia sesi kelima bagi kerjasama antara Karangkraf dan BBB.
          
          Dalam sesi santai itu, Riley menjelaskan bahawa buku tersebut hampir-hampir sahaja tidak sempat diterbitkan di PBAKL. Apa yang berlaku? Bukankah judul yang akan terbit disusun lebih awal oleh penerbit? Seperti yang dibongkar kepada tim BBB Sabtu lalu.
          
          "Saya mengaku, ini silap saya sendiri sebab lambat. Saya rasa mahu berputus asa tapi tak boleh. Jadi, dari 1 April hingga 8 Mei, kehidupan saya hanya dipenuhi dengan manuskrip ini."
          
          Semestinya, itu lima minggu yang sangat panjang buat Riley. Beriring air mata dan darah, naskhah ini akhirnya dapat sampai ke tangan pembaca pada PBAKL lalu.
          
          Ada apa pada Ekspres Jupiter?
          
          Mengetengahkan genre fantasi, cerita ini memberi kelainan melalui watak utama dengan latar sukan gimnastik, selain isu misogini dan emansipasi yang dipaparkan. 
          
          Kisahnya berputar sekitar kehidupan dan perjuangan Teja yang berlatih gimnastik semula selepas berehat selama 11 tahun, bagi membuktikan sesuatu kepada diri sendiri. 
          
          Penulis dari Tawau ini turut memberitahu, sebuah lagu menjadi inspirasinya untuk Ekspres Jupiter. Apabila mendengar lagu itu, dia terus membayangkan sebuah bas terbang yang membantu penumpang terpilih untuk keluar dari situasi yang dihadapi. 
          
          “Waktu pandemik, ramai yang nak berputus asa tapi tak mampu melakukannya. Maka, saya sampaikan hal itu melalui watak Teja.”
          
          Selain itu, cerita ini ada keunikan tersendiri apabila membawakan latar Sabah (lokasi, watak dan bahasa). Ia memberi pengalaman serta input baharu kepada pembaca.
          
          Mengapa Jupiter? Mengapa penulis memilih bintang gagal ini? Baca lanjut Ekspres Jupiter di https://www.wattpad.com/story/341343740-ekspres-jupiter bagi mendapatkan jawapan. 
          
          Selamat maju jaya kepada penulis genre kosmos kita. Sama-sama kita tunggu karya seterusnya.