KASIH YANG DIBAWA PERGI

121 1 0
                                    

9/9/2019

Pertama kalinya aku mengenali si dia. Masih segar diingatanku kisah pertama kalinya kami berkenalan. Mulanya dialah yang aku menyampah untuk berkenalan hanya disebabkan dalam gambar tu ketinggiannya adalah rendah. Biasalah para wanita semestinya mahukan teman lelaki yang tinggi tapi dia.. Erm.. Kena fikir panjang. Walaupun tidaklah serendahku namun bagi kategori lelaki, dia tergolong dalam kalangan yang rendah. Siapa sangka dari menyampah akhirnya bertukar menjadi sayang. Aku percaya pada kebetulan kedua sebabnya kali kedua aku melihat dia, aku terus jatuh hati dan syok. Kali nie dia yang terlebih dahulu chatku. Bermulanya dengan ucapan terima kasih akhirnya berakhir dengan kalimah cinta.

Aku bukanlah perempuan yang jenis suka mengenalkan kawan lelaki kepada keluargaku namun dengannya membuatkan diriku menjadi seseorang yang sebegitu. Aku memberanikan diriku untuk mengenalkannya kepada ahli keluargaku namun sayangnya hubungan kami ditentang hebat oleh mereka semua. Hubungan kami juga turut berada pada ambang kemusnahan namun atas nasihatnya aku tetap utuh dan berusaha sebaiknya untuk tidak kehilangan kedua-duanya sekali. Masih terngiang-ngiang lagi ayat ibuku semasa mengetahui hubungan kami "Kau pilih salah satu. Emak atau dia. Kalau kau pilih mak, kau putus dengan dia. Kalau kau pilih dia, kau jangan harap akan dapat lihat muka emak lagi". Ya... Saat itu hanya aku dan dia yang tau bertapa sakitnya untuk membuat keputusan. Pada awalnya aku memang memilih untuk melupakan semua dan putuskan saja hubungan kami yang baru saja ingin dimulakan namun akhirnya aku membuat keputusan selamat iaitu memilih kedua-duanya sekali. Semua keputusan nie atas nasihat dari si dia "Kalau betul awak pon sayangkan saya, saya pon sayangkan awak. So, jom sama-sama kita fight untuk dapatkan restu family awak lagi-lagi mak awak". Aku berfikir banyak kali sebelum membuat keputusan kerana aku berbelah bahagi antara dia dan ibuku. Tambahan pula pada hari kejadian dia kemalangan disebabkan risau dengan masalah yang melanda kami. Aku rasa bersalah untuk tinggalkannya. Pada waktu itu, dia ada kemungkinan berlakunya gegaran otak diakibatkan kemalangan tersebut namun syukurku ucapkan terhadap Illahi apabila segalanya okay. Saat malam tiga hari selepas kami berhenti berhubung, barulah ku ketahui bahawa dia ditimpa kemalangan dan pada malam itu juga, pertama kalinya aku mendengar dia menangis disebabkan oleh diriku. Luruh dan simpati menjelma dan akhirnya kami bersama.

18/12/2019

Tarikh nie merupakan hari pertama kali kami berjumpa secara depan-depan. Kami tidak berjumpa secara berdua-duaan tetapi aku mengajak sepupuku sekali untuk menemaniku. Pelbagai rasa yang aku rasa saat menunggu kehadirannya. Satu jam kemudian si dia pun tiba. Ya Allah... Jantung aku bagai nak meletop saat melihat wajahnya secara berdepan. Tangan auto sejuk dan menggigil. Dia semakin menghampiri tempat dudukku, jantungku juga semakin laju berdetak. Aku semakin terpesona dengan senyumannya. Alahai.. Cutenya dia bila dia senyum tambahan pula disertakan dengan lesung pipitnya yang terletak elok di pipinya. Sepanjang masa kami bersama, aku semakin selesa dengannya dan aku semakin menyukai dia secara mendadak. Jujur aku katakan bahawa aku semakin cair bersamanya. Sebelum balik kami sempat bergambar bersama dan mengambil beberapa boomerang untuk dijadikan kenangan buat kami. Inilah kali pertamanya dalam seumur hidupku keluar bersama lelaki walaupun bukan berduaan tetapi itu sudah cukup membuat aku semakin menghargai saat kami bersama. Selain dari menyukai senyumannya, aku juga turut menyukai bauannya. Sungguh memikat hatiku. Ingin saja kudakapnya namun aku masih waras soal batas antara lelaki dan perempuan. Ohhh indah sungguh saat itu.

Hari-hari berikutnya kami semakin rapat dan akrab seolah-olah kami adalah pasangan kekasih. Masuk sahaja tahun baharu kami mula kurang bergayut disebabkan dia penat bekerja jadi kami hanya meluangkan masa melalui chat saja. Aku sentiasa menantikan panggilannya setiap hari sabtu sebab hari ahad dia akan cuti jadi itu sajalah hari yang dapat aku bermanja dengannya. Aku tau impiannya ingin menjadi seorang tentera darat namun rezeki masih belom memihak kepadanya. Aku sering kali menasihati dan memberikan kata semangat buatnya agar tidak berputus asa. Aku sering kali mengingatkannya soal tarikh penting untuk kemasukan baharu namun tetap jua rezeki belom memihak kepadanya sehingga kini. Pada pertengahan bulan tiga 2020, wabak covid telahpun melanda seluruh negara sehingga menyebabkan segala urusan dunia terhenti sebentar. Pada saat itulah, kami sering meluangkan masa bersama seperti awal perkenalan. Pada waktu itu juga aku telah memperkenalkannya kepada rakan-rakan rapatku disebabkan aku sudah mula sedia untuk memperkenalkannya kepada orang yang terapat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 05, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

101 KisahWhere stories live. Discover now