Aturan Keluarga 2

391 3 0
                                    

Suasana dewan riuh dengan jeritan kanak-kanak yang saling sahut menyahut. Ditambah pula dengan kesibokkan para pelayan menyiapkan hidangan makan malam. Keluasan dewan hotel ini sebesar padang golf, sungguh luas pemandangannya. Nampak mewah dewan tersebut kerana dihiasi dengan lampu yang tergantung berwarna emas dan juga dinding-dinding yang dicat emas.

Seorang demi seorang memasuki ke dalam dewan. Tema pada malam itu adalah merah hitam. Semakin bertambah segak tetamu-tetamu yang hadir. Satu meja telah diatur untuk tiga atau empat keluarga. Jarak antara meja Nazzar dan Liya hanyalah selang beberapa meja sahaja. Oleh itu, Nazzar suka duduk menghadap Liya berbanding menghadap pentas. Itu adalah perkara biasa baginya kerana itulah cara untuk mereka berkomunikasi dari jarak jauh.

Majlis telahpon dimulakan. Suasana dewan gamat dengan suara pengacara majlis namun hal ini tidak menghalang Liya dan Nazzar untuk bergaduh. Nazzar memerli Liya pendek sambil menjongketkan sebelah keningnya. Liya merengus kasar dan membalas semula ejekan Nazzar sambil turut menjongketkan sebelah keningnya.

Tidak lama selepas majlis berlangsong, mereka dijamu dengan pelbagai santapan. Liya bangun untuk mengambil makanan dan terus sahaja mengambil buah. Buah merupakan makanan kegemaran Liya dan tanpa dirancang Nazzar turut serta disisinya. Nazzar berdiri betul-betul disebelahnya sambil tersenyum kacak. "Sibok jer ikut kita" omel Liya perlahan namun tetap dapat didengari oleh Nazzar. "Biarlah.. Kau yang sibok" balas Nazzar lalu menolak Liya perlahan menggunakan badannya. Hampir melayang Liya dibuatnya sehinggakan ada beberapa rakan-rakan keluarga mereka menggeleng kepala melihat kelaku mereka.

"Ya Allah... Dekat sini pon bergaduh ke? Kahwinkan jugak korang nie hah" celah rakan ibu mereka, Cik Aiza.

Kemudian Liya pergi ke bahagian air pula dan turut dibontoti oleh Nazzar. Nazzar membantu Liya untuk menuang air dan kemudian dihulurkan gelas berisi air itu kepada Liya. Dia sengaja mengenakan jarinya dengan Liya sambil tersenyum bangga bagaikan dialah putera kacak di dunia. Liya menyambut manis sambil membalas "Terima kasih".

Sebelom mereka berpisah arah, Nazzar sempat minitipkan pujian buat Liya "Cantik kau malam nie. Aku suka tengok kau macam nie, pendek". Liya tergelak dan terus sahaja berlalu ke mejanya. Tidak petah untuknya memnadang Nazzar kerana dirinya malu dipuji oleh Nazzar.

Sambil menikmati hidangan pengacara majlis menyelangkan suasana tersebut dengan sedikit pertandingan. Pengacara majlis menjemput para wanita untuk menaiki pentas bagi memperagakan pakaian mereka. Nazzar memandang Liya dan berbisik "Pergilah", "Taknak.. Aku malu" balas Liya sambil menggeleng perlahan, Nazzar menjulingkan matanya ke atas dan berbisik lagi "Alah.. Naik jer.. Bella pon naik tu", "Taknak!!!" tegas Liya dan akhirnya membiarkan Nazzar dengan pujuk rayunya.

Sebelom acara majlis makan malam itu berakhir, terdapat bahagian penyampaian anugerah pekerja terbaik. Ibu Liya merupakan salah seorang dari pekerja tersebut. Semasa ibu Liya di atas pentas, Nazzar mengucapkan tahniah kepada Liya "Tahniah.. Emak dapat anugerah.. Wuuu", "Terima kasih.. Ehehehe" balas Liya. Kini semua keluarga sudah mula berpusu-pusu keluar dari dewan untuk memasuki bilik memasing.

Jam sudah menunjukkan tepat jam 11 malam. Para penerima hadiah masih lagi di dewan untuk bergambar-gambar. Nazzar mengambil kesempatan itu untuk mendekati Liya. Dia duduk disebelah Liya dan memulakan perbualan "Untunglah mak dia dapat anugerah", "Hahaha rezeki dia.. Mana tau tahun depan rezeki ibu dia pulak" balas Liya sambil memandang Nazzar. "Esok dah nak balik dah" cemik Nazzar sedih sambil melihat Liya, Liya tersenyum kelat dan berkata "Tulah.. Abistu kau terus balik Johor ke balik umah makcik kau dulu?", "Makcik aku" jawab Nazzar ringkas. Liya mengangguk faham dan terus mendapatkan maknya untuk berlalu naik ke bilik.

Semasa di dalam lift seperti biasa dua keluarga itu pasti akan bersama. Cik Erni menegur Liya soal pertandingan tadi "Kenapa Liya tak naik pentas tadi?", "Malu.. Ahahaha" jawab Liya dan seraya itu tergelak mereka yang lain. Nazzar mencelah "Tulah.. Nazzar dah suruh dah dia naik tapi dia taknak Bu.." kemudian dia terus menjelirkan lidahnya pada Liya. Liya menahan geram dan sekadar tidak mengambil endah. "Amboi.. Mesra bukan main kamu berdua yer.. Ade hubungan pape ke?" usik Cik Erni sehinggakan membuat Liya tersenyum malu manakala Nazzar pula memandang Liya lama. Jujur sememangnya mereka berdua menyimpan 1001 rasa di dalam hati memasing.

Keesokan paginya sebelom bertolak balik mereka menjamu selera di cafe untuk bersarapan. Kali ini keluarga Liya dan Nazzar duduk bersetentang. Usai siap menjamu sarapan, Nazzar datang menghampiri Liya dan berkata "Dah nak balik eh?", "Haah.. Kau?" soal Liya semula, "Lambat sikit sebab ibu ajak berjalan dulu" jawab Nazzar. Kemudian Cik Erni mencelah perbualan mereka "Jomlah Liya. Ikut Cik Erni jalan-jalan dulu. Nanti Cik Erni hantar Liya balik. Bolehlah kak Fizah. Bagi ruang pada Nazzar dengan Liya" pujuknya. Ibu Liya tertawa kecil dan berkata "Tak bolehlah Erni. Nanti nak singgah rumah keluarga Abang Dir sekejap". Terus sahaja Cik Erni memuncungkan mulutnya dan mengalah "Yelah.. Nanti-nanti jerlah". Kemudian mereka terus berpisah dan membawa haluan masing-masing.

--------------- Imbas Muka ---------------

Hari keluarga bagi tahun 2010 diadakan di Port Dikson. Disitulah detik pertemuan pertama kali antara Liya dan Nazzar. Keakraban mereka bermula apabila Nazzar dan Liya satu kumpulan. Disebabkan dalam kumpulan tersebut mereka adalah yang paling besar jadi merekalah yang bekerja keras untuk memenangi pertandingan. Hasilnya kumpulan mereka berjaya mendapat tempat pertama bagi tiga pertandingan daripada lima.

Siapa kata dalam bergandingan tidak bergaduh, sudah semestinya mereka bergaduh bagaikan kucing dan anjing. Ada saja perbalahan yang mereka cipta sepanjang bermain game.

Pada malam itu, setelah tamat majlis makan malam keluarga mereka duduk bersantai di meja tepi pantai sambil berborak-borak. Cik Erni mula memperkenalkan anaknya kepada rakannya, Fizah "Nie anak kedua aku. Nama dia Nazzar. Umur dia 10 tahun" kemudian Fizah pula memperkenalkan anak gadisnya itu "Yang nie namanya Liya. Umur dia pon 10 tahun. Kira sebayalah korang nie", kemudian Cik Erni tergelak dan berseloroh "Baguslah tu kak. Nanti dah besar bolehlah kawinkan dierang berdua nie. Sesuai sangat" kemudian kata-katanya disambut dengan gelak tawa mereka yang disitu. Nazzar dan Liya saling berpandangan sambil mencebikkan wajah memasing. Kononnya geli tetapi suka. Dari situlah bermulanya segala kisah mereka.

---------------- Tahun 2018 ---------------
Kini segalanya terbongkar apabila meningkat dewasa. Nazzar chat Liya secara senyap-senyap kerana dia sedang menjalani latihan khidmat negara.

Nazzar - Rindu kaulah pendek
Liya - Acahlah kau nak berindu bagai🤣
Nazzar - Eleh.. Aku sengaja jer nak usik kau.. Takde maknanya aku nak rindukan kau😏
Liya - Baguslah kalau gitu😏🤣
Nazzar - Bila kau nak melawat aku nie?
Liya - Mak aku busylah. Alah.. Masa aku masok kem, kau pon tak jenguk aku jugak.. Kira adillah ann
Nazzar - Herm yelah.. Terkena balik🤣

Lama mereka berhenti dan kemudiannya Nazzar memulakan kembali perbualan mereka.

Nazzar - Wei... Nak tanya nie
Liya - Tanyalah.. Ape dia?
Nazzar - Selama nie kau suka aku tak? Jujur!!!
Liya - Kenapa pulak nie😅 Tetiba jer kau 😅🤣
Nazzar - Aku serius nie... Kau jawablah
Liya - Kau jawab dulu soalan kau tu
Nazzar - Ish... Orang tanya dia, dia tanya kita balik😑
Liya - Yelah..
Nazzar - Aku sebenarnya memang suka kau dalam real life. Aku kalau boleh nak jadikan impian ibu aku tu jadi kenyataan
Liya - Kau bergurau ann😏😅
Nazzar - Aku serius nie. Aku memang suka kau. Aku tunggu kau dari dulu. Aku takde layan perempuan lain sama macam kau. Kalau kau tak percaya, kau boleh tanya Bella dengan ibu aku
Liya - Herm.. Yelah aku percaya tapi aku still ragu-ragu
Nazzar - Kenapa?
Liya - Bella kata kau dah berpunya. So sejak tu aku mula bina benteng antara kita😌
Nazzar - Seriuslah?
Liya - Herm

Sehingga kini jawapan bagi teka-teki hati mereka masih tergantung. Tiada jawapan bagi kata hati mereka. Biarlah masa yang menentukan segalanya.

------------------- The End ----------------

#Hati manusia tidak dapat dijangka

#Adakalanya aturan keluarga adalah terbaik, adakalanya aturan keluarga sekadar ujian

#Apa yang kita inginkan tidak semestinya kita milikinya

101 KisahWhere stories live. Discover now