6

146 13 0
                                    

2 bulan kemudian..

Hani bersiar-siar di seluruh Queen Elizabeth's University seorang diri. Ariana pula tengah membongkang didalam asrama. Almaklumlah sekarang hujung minggu. Jadi semua pelajar bebas melakukan apa sahaja. Langsung tiada bantahan dari pihak universiti. Sebab itulah Hani membuat keputusan untuk bersiar-siar. Sambil-sambil tu boleh menikmati udara yang segar di sekitar kawasan ini.

Hani berjalan-jalan dengan lenggang lenggok. Sesekali wajahnya disapa angin sepoi-sepoi bahasa. Tidak sedar Hani sudah berjalan jauh dari asramanya. Tiba-tiba kaki Hani berhenti di hadapan sebuah bilik. Matanya merenung pagar itu. Bilik ape pulak ni?. Tak pernah nampak pun?.

Hani membaca papan tanda yang terlekat di pintu itu.

Private Room.

Uish? gila ah!. Bilik private siapa pulak ni?. Bisik hati Hani.

Dengan selamba Hani menekan butang loceng yang terlekat didinding sebelah pagar itu.

Ting! ting!

Senyap..

Ting! ting!

Tak lama itu, kedengaran pintu bilik dikuak dari dalam. Hani mula tidak keruan. Lah.. ada orang rupanya!

"hm apadia?" soal lelaki itu dengan nada serak basah. Tangannya naik menggosok-gosok mata yang teramat pedih.

Membuntang biji mata Hani apabila melihat lelaki itu tidak berbaju.

"argh!!" jerit Hani kuat. Kedua tangannya naik menutup mata.

Lelaki itu mengerut kening. Dah kenapa dengan minah ni?.

"kau kenapa datang bilik aku ni?. Nak ape?" soal lelaki itu. Terkebil-kebil matanya memandang Hani yang serupa nampak hantu.

Tanpa berkata, Hani memecut lari dari situ. Ya Allah!! menyesalnya aku tekan loceng tu!!. Tak pasal-pasal rosak mata aku yang suci ni!. Lagi-lagi bila terpandang 6 ketul roti ban dia tu. Ya Allah malunya!!, jerit Hani dalam hati.

Lelaki itu membuat memek muka pelik. Dah kenapa datang bilik orang serupa nampak hantu?. Lepastu main lari je. Dengan tak bagi salamnya. Kacau je orang tengah tidur!.

Kemudian terus menuju ke katilnya kembali untuk menyambung tidur. Baru beberapa minit memejam mata, tiba-tiba matanya terbuka dengan spontan.

"Hani?" sebutnya perlahan. Keningnya bertaut pelik.

"betul ke tadi tu Hani?. Macam mana dia boleh tahu bilik aku dekat sini?" soalnya sendiri.

Terbit senyuman lebar dibibirnya. Wajahnya gelabah Hani mula terpancul di fikirannya.

"Hani.. Hani.. Kau memang dari dulu sampai sekarang perangai tak berubah. Selalu buat hati aku tercuit dengan perangai kau dan mulut kau" katanya dengan senyuman yang tidak lekang.

Akhirnya matanya tertutup rapat, ingin sambung tidur yang tergendala disebabkan Hani tadi.

________

Ariana terjaga dari tidur apabila ringtone telefonnya berbunyi tanda panggilan masuk. Dengan malas Ariana menjawab panggilan itu.

"hm hello? siapa ni?" tanya Ariana dengan mata yang terpejam rapat.

"aku mama kau lah! takkan baru 2 bulan kau keluar dari rumah ni, dah lupa suara mama kau?" soal Puan Sri Tania sinis.

Serta merta Ariana duduk dari baringnya. Matanya membulat luas.

"eh mama. Sorry Ariana tengah tidur tadi.."

Pakcik Gila! My Husband [SU]                                   Où les histoires vivent. Découvrez maintenant