9

201 20 6
                                    

Hani menyisip air teh o' ais yang dipesannya beberapa minit lepas. Matanya meliar di segenap restoren mamak untuk mencari kelibat seseorang. Jam ditangannya dikerling. 12:30 p.m.

"mana lah abang Hariz ni. Kata pukul 12 nak datang. Ni dah setengah jam aku tunggu. Tak sampai-sampai pun. Nampak sangat dia menipu aku haritu" bebel Hani seorang diri. Dagunya ditongkat ke dagu.

"sapa kata abang tipu?. Ini Hariz Nafis lah" sampuk suara lelaki dihadapan Hani. Hani tersentak dengan mata yang luas.

"abang!" jerit Hani teruja. Tubuh abang ngahnya dipeluk erat. Hariz tergelak kecil dengan tindakan adiknya.

"Hani ingat abang tipu.." kata Hani dengan bibir tercebik.

"gila ke apa abang nak tipu. Sorry lah abang lambat sikit. Jalan KL ni jam teruk. Payah betul!" marah Hariz sbil mencebik bibir. Hani ketawa kecil. Dah dua-dua pula tercebik.

"abang order lah dulu, lepastu kita borak" kata Hani, memberi cadangan.

Hariz tersengih nakal. "kau bayar eh. Abang tak bawa duit"

Hani menjeling manja. "yelah-yelah" balas Hani malas.

30 minit kemudian..

"erkk!! ups!" sendawa Hariz kuat.

"tak malu lah abang ni" marah Hani. Hariz tersengih kambing.

"dah jom jalan-jalan. Abang dah kenyang ni" ajak Hariz teruja. Hani menggeleng kepala tanda tidak setuju.

"No! I want you to tell me A to Z, now!. Kalau tak Hani taknak bawa abang pusing-pusing KL" ugut Hani. Matanya dijegilkan kearah abangnya.

Hariz mengeluh kecil. Malas betullah aku nak bercerita.

"Ish yelah! menyampah betullah!. macam ni.. abang datang KL ni sebab dapat tawaran bekerja sebagai accountant dekat sebuah syarikat terbesar dekat sini. Tapi pekerja bawahan je lah. So, that's why abang datang KL. Faham?" terang Hariz. Hani tercengang dengan mata membuntang.

"abang dapat kerja?" soalnya tidak percaya. Hariz mengangguk malas.

"seriously? kenapa selamani Hani taktahu yang abang pernah mohon kerja?. Ibu, ayah, abang Haraz diorang tahu tak?!"

"memanglah kau taktahu. Dah abang tak bagitahu. Ibu, ayah, abang Haraz mestilah tahu. Kalau tak macam mana abang boleh sampai sini" kata Hariz sambil memeluk tubuh.

Hani membuntang mata. "uish! kayalah abang lepas ni. Dapat kerja dekat tempat orang kaya pulak tuuu. Ha, ape nama syarikat yang abang dapat kerja tu?" soal Hani lalu tergelak kecil.

"Golden Holdings. Dah takpayah nak tukar topik. Jom bawa abang pusing KL. Abang ni dahlah first time datang sini" kata Hariz lalu bangun dari duduknya. Hani mengangguk laju. Baru beberapa langkah dia berjalan, kakinya berhenti secara spontan.

"kau apahal ni?. Kaki cram ke?" tanya Hariz hairan. Hani menggeleng perlahan.

"Hani datang kedai naik teksi je. Macam mana kita nak jalan-jalan?. Abang datang sini naik ape?" soal Hani.

Hariz tersenyum menyenget. Hani pula mengerut dahi memandang abangnya.

"jom" sejurus itu tangan Hani ditarik supaya mengikuti langkahnya kearah tempat parking kereta.

"tadaaa!!"

"waa!!! kereta abang ke ni?!" soal Hani tidak percaya. Tangannya naik menekup mulut yang melopong.

"Of couse! ni lah kereta idaman abang sejak abang sekolah rendah lagi tau. Akhirnya dapat jugak jadi milik abang" kata Hariz bangga. Bumbung kereta Mustang miliknya ditepuk perlahan.

"Hani tak sangka abang boleh beli kereta semahal macam ni. Kereta ni dikategorikan dalam golongan kereta orang kaya tau. Macam mana abang boleh dapat duit sebanyak ni?"

Hariz tersenyuman nipis. "abang kumpul duit dari abang tadika lagi dik. Sampailah abang besar, abang kumpul-kumpul dan kumpul. End up abang dapat beli kereta ni" kata Hariz dengan senyuman kecil.

Hani memandang sayu wajah abangnya. Macam tak percaya lelaki senakal ataupun seriuh Hariz ini mempunyai hasrat yang begitu tinggi. Kumpul duit dari zaman tadika sampai dah habis zaman sekolah menengah. Dan akhirnya, hasratnya yang mengidamkan kereta mahal ini tercapai. Tersentuh hati kecil Hani.

"Masuklah. Lepas jalan-jalan nanti abang hantar kau balik U semula okay?" kata Hariz sambil menjonketkan kening sebelahnya. Hani mengangguk laju.

_________

Ariana mencari-cari batang tubuh Hani di seluruh kawasan Elizabeth's University. Namun, bayang Hani pun tak nampak. Ariana melabuhkan punggung dikerusi pondok ilmu yang berdekatan untuk berehat. Rambutnya yang lurus diikat tinggi dengan gaya messy bun.

"mana lah si Hani ni. Satu kawasan aku cari tak jumpa-jumpa. Kena culik ke apa?. Tapi takkan lah.. kan?. Ke dia keluar dari U ni?. Tapi dia pergi mana? tak pernah lagi dia keluar seorang dari U ni. Ish!! mana pulaklah dia ni. Dahlah tak call dulu sebelum keluar. Takpun text ke? kan senang?" bebel Ariana geram. Iphone XR miliknya dikeluarkan dari poket seluar skinny yang dipakai. Nombor telefon Hani didail.

"As.."

"you pergi mana Hani? puas I cari satu U ni tau!. You dekat mana ha?" potong Ariana laju.

"saya dekat luar ni. Alah kan sekarang tengah weekend. Apasalahnya kalau saya keluar" kata Hani dengan sengihan seperti kerang busuk.

Ariana menepuk dahi. "You dekat luar?. Are you kidding me Hani?. You tak pernah tau keluar seorang diri, even setapak. Kenapa tak ajak I ataupun Trisha untuk temankan you?"

Hani menggaru belakang kepalanya yang berlapik tudung.

"erk.. saya minta maaf kalau buat awak risau. Tapi sekarang saya sibuk. Nanti saya balik, saya cerita semua dekat awak okay?" kata Hani.

Ariana mengeluh kecil. "Fine. Take care. If something bad happen, call me first. Bye" pesan Ariana lembut. Hanu mengangguk disebalik talian.

"Alright. Bye!"

__________

"sapa dik?" tanya Hariz sambil mengunyah wafer coklat didalam mulut.

"hm.. roomate Hani. Dia call sebab risau tiba-tiba adik takde dalam bilik. Masa Hani keluar dia tengah tidur. Malas nak ganggu dia tidur" terang Hani lalu menyua wafer jam strawberi kedalam mulutnya.

"ha cepatlah sambung" arah Hani.

"ouh okay.. lepastukan masa abang parking kereta dekat halaman rumah, Ibu terperanjat!. Lepastu abang dengar ibu cakap. 'Ya Allah menteri mana pulak datang rumah aku ni?'. Ha macam tu, abang dalam kereta dah berdekah dah. Hahahhahaha!!" cerita Hariz sewaktu hari pertama dia membawa kereta Mustang nya pulang kerumah.

"Hahahahhaha!!. Ibu cakap macam tu? Hahahahhaha!!. Mesti kelakarkan muka ibu waktu tu" kata Hani sambik ketawa terbahak-bahak.

"mestilah kelakar! Hahahahahah!!" ketawa Hariz. Jam tangan g-shock yang terlilit di pergelangan dikerling. 2:10 p.m.

"cepatlah habiskan makanan tu. Lepastu kira cari masjid berdekatan dekat sini. Waktu Zohor dah masuk lama ni" kata Hariz seraya menghabiskan makanannya. Hani menggangguk faham.

MAAF KALAU LAMA TAK UPDATE. SEBAB SEKARANG LIRA TENGAH FOCUSKAN CERITA ISTERI TENGKU KYLE. SO HOPEFULLY OKAY PART NI HEHEHE.

VOTE!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 25 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pakcik Gila! My Husband [SU]                                   Where stories live. Discover now