11 Hours To Boston: Bab 12

2.3K 117 2
                                    

Suasana tenang menyapa mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suasana tenang menyapa mereka. Indah sekali salji yang masih turun ini memenuhi Kota Boston. Nedinena senyum gembira. Mata dipejamkan beberapa saat sambil tangan didepakan. Salji yang jatuh dari langit ciptaan-Nya itu, dibiarkan singgah di tubuhnya.

"This is nice.. so nice." Bisiknya lembut. Namun, sesaat dia rasakan embun salji yang turun tidak lagi jatuh ke atas badannya, dia mengerutkan dahi.

Segera dia buka mata hitam berkilatnya itu. Payung? Patutlah tak rasa salji dah. Dia berpaling ke arah belakang. Tepat sangkaannya.

Langkah perlahannya dihentikan buat Essac juga berhenti sama. "Kenapa stop?" Soal jejaka itu dengan senyuman.

"Janganlah payung I.. I nak salji tu jatuh dekat I." Balasnya dengan wajah yang sengaja dicemberutkan. Essac menggeleng kecil. Bibirnya turut mengoyak senyuman.

"Ni pukul 3.00 pagi dear.. sejuk sangat.. suhu sekarang boleh cecah sampai negatif lima darjah celcius. Nanti you sakit.. macam mana?" Terangnya. Di balik penerangan itu, Nedine perasan akan sikap keprihatinan yang ditunjukkan oleh bekas teman lelakinya itu. Dia diam saja.

"Dah tu, kalau tahu sejuk.. ajak lagi I keluar buat apa? Ke you sengaja nak I sakit?" Soalnya mencabar. Sebenarnya, saja hendak lihat reaksi Essac.

"Mana ada. Gila ke? Siapa nak buah hati dia jatuh sakit?" Nedinena jeling saat dia kata begitu. Buah hati kepala kotak dia!

"Dah I lapar.. nak makan kat rumah tak ada makanan. Sebab tu I ajak pergi McD. Ala, I belanja, you ikut aje hmm?" Dia jongket keningnya bersama dengan senyuman indah.

Nedine terus tunjuk riak menyampah. Namun, jauh di sudut hatinya, dia risau. Mengapa Essac tak makan di awal waktu? Pukul 3.00 pagi baru nak cari makanan. Tak elok untuk kesihatannya.

Mereka teruskan perjalanan di saat itu. Menurut Essac, MacDonald yang dikatakan, cuma selang beberapa bangunan saja dari apartment mereka.

Setelah mengambil masa 15 minit, akhirnya mereka tiba di Macdonald tersebut. Tidaklah begitu sesak. Mungkin kerana jam pada ketika ini pun pukul 3.30 pagi.

Pintu kaca itu ditolak. "You nak makan apa?" Soalnya sambil kaki mereka berjalan menuju ke kaunter. "I tak lapar.. you orderlah, I duduk sana." Balas Nedine sambil jarinya tepat menunjukkan ke arah meja untuk dua orang.

Essac senyum. Tak lapar, tapi teman juga. Caring juga rupanya. Bisik hatinya. Dia angguk.

•••••••••••••••••••••

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now