11 Hours To Boston: Bab 58

1.8K 98 5
                                    

"Awak berborak dengan siapa depan pintu perlepasan tadi?" Aksi menyedut air strawberi melalui straw tadi, kian terhenti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awak berborak dengan siapa depan pintu perlepasan tadi?" Aksi menyedut air strawberi melalui straw tadi, kian terhenti. Dia mengangkat wajah memandang lelaki di hadapannya.

"My fiance, also future husband.." Jawapannya buatkan Syed sedikit tersentak. "Patutlah tolak saya and cancel our wedding.. because of him?" Kening  tebal Syed terjongket bertanyakan itu kepada Nedine.

Aksi Nedine masih sama, beku tanpa sebarang reaksi. "Kenapa you kat sini ha?" Dia saja menyoal Syed kembali ingin mengubah topik.

"Saya ikut awak." Nedine mengerutkan dahinya. Dia silap dengarkah tadi? "A..apa?" Dia menyoal kembali. "Saya ikut awak. Sebab tu saya nampak awak dengan lelaki tu. Dia anak Tan Sri Danish kan? Essac Damien?"

Nedine mula berasa kurang selesa. Lagi-lagi apabila Syed seolah mengetahui asal usul Essac. "You kenal tunang I?" Nedine inginkan kepastian.

Sehinggalah Syed mengeluarkan sebuah kad pekerja yang selalunya digunakan oleh pekerja-pekerja di syarikat-syarikat besar sebagai kunci naik ke tingkat atas pejabat mereka.

The E's Holding.

Nedine sempat menilik kad itu sekilas. Kalau dia tidak silap, The E's Holding itu ialah syarikat keluarga Essac bukan? "Mestilah saya kenal, saya berkerja dengan bakal ayah mertua awak, Tan Sri Danish." Nedine terus menghela nafas. Patutlah pun.

"Habis.. apa you nak dari I?" Dia sudah sedikit bosan berborak begini dengan Syed. "Awak tahu tak saya dah lama sukakan awak?" Mata hitam berkilat Nedine sedikit membundar luas.

"Y..you k..kenapa? Eh, I ni bakal jadi isteri orang ok? Keluarga I dah putuskan pertunangan paksa kita since I perkenalkan Essac pada ibu dan abah I. Boleh tak you jangan mengarut, tiba-tiba nak beritahu you suka I. Kita jumpa pun jarang-jarang.. dah lah! Malas nak layan you!"

Nedine yang sudah berang, kian berdiri dari kerusi di restoran berdekatan kawasan menunggu di dalam lapangan terbang tersebut.

Namun, baru beberapa langkah hendak meninggalkan Syed di belakang, kepalanya terasa berdenyut dan sakit. Pandangan kian kabur, sekeliling bagaikan berpusing, dengan keadaan kepalanya yang semakin kuat diserang kesakitan, dia jatuh ke permukaan lantai.

•••••••••••••••••••••••

"Hurm.. mentang-mentang nak berbesan dengan tan sri, puan sri, ajak jumpa aku pun, asyik nak menolak." Hajah Saleha menyindir. Puan Nadirah cuma mengeluh kecil.

"Bukan macam tu, saya ni sibuk hajah oii, bulan depan bakal suami Nedine tu habis belajar, dengarnya lepas tu, terus nak kahwin. Itu yang kami sibuk nak menguruskan hal-hal semua tu awal-awal ni, nanti esok, bertangguh-tangguh, lambat pula." Puan Nadirah membalas dengan lancar. Dia terus meneguk air kopi di dalam cawan kaca yang turut dihidangkan kepada Hajah Saleha.

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now