Bab 8

5 0 0
                                    

Ainalysha terus membuka pintu setelah mendengar bunyi kereta suaminya. Melihat saja kelibat Mia mengikuti suaminya Ainalysha membuat riak kosong.

"Kenapa dengan first wife you, sayang?" Ainalysha menyoal bila melihat wajah pucat Mia.

"It's nothing." Itu sahaja yang dibalas. Pandangannya terus dialihkan ke arah Mia.

"Larat tak nak naik bilik. Nak abang tolong bawakan." Shah Izad menyoal melihat keadaan isterinya.

"Yang terluka tempat lain bukan kaki. Saya masih ada kudrat untuk berjalan." Mia terus melangkah naik ke tingkat atas meninggalkan suaminya dan Ainalysha di situ.

"Oh my god. Macam tu dia balas kat you. Kalau I dah lama suruh you angkat bawa naik atas tau." Ainalysha berkata.

"Biarlah dekat dia." Shah memandang sepi.

"You, I ada masak something special untuk you. You nak rasa." Teruja Ainalysha bertanya.

"Really. Of course i want to." Gembira dia menjawab. Sungguh bila melihat wajah seri Ainalysha dapat membuatkan semua bebannya hilang begitu sahaja.

"Okay jom." Ainalysha terus menarik lengan suaminya ke dining table.

"Oh my god sedap nya you masak. I've never know that you're good at cooking my dear." Terus Shah Izad menarik isterinya duduk di ribanya.

"Serious sedap?" Ainalysha memandang curiga.

"Serious sedap sayang. I tak tipu." Shah Izad mengangkat tangan meyakinkan isterinya.

"You nak tau I bubuh resepi apa sampai boleh sedap macam ni ?"

"What is it?" Bersungguh Shah bertanya. Dia mahu tahu juga.

"Kasih sayang I pada you." Ainalysha mula tertawa manis kepada suaminya.

"Damn babe, you're good at flirting." Shah Izad terus memeluk erat pinggang Ainalysha. Ainalysha mula tertawa lagi.

"With you anything possible." Ainalysha menjawab.

"But it's really tasty,sayang. I love it." Shah jujur.

"I know." Ainalysha senyum manis

Shah Izad terus mencium pipi isterinya.

"Ish apa you ni. You jangan awal awal nak gatal eh." Ainalysha berkata sambil sengih.

"I love you so much Ainalysha." - Shah Izad.

"I love you too." - Ainalysha.

Mereka saling berpandangan. Tetapi mereka dia sedar ada seorang insan sedang mendengar semua perbualan mereka dari atas.

Mia mengelap air matanya yang berjurai. Suaminya tidak pernah sekali pun mengungkapkan kata cinta kepadanya. Dia terus mengatur langkah masuk ke kamar. Dia perlukan ketenangan.

Tiga bulan kemudian...

Mia sedang menyiram pokok bunga miliknya di belakang rumah. Sambil menyiram dia berbual anak di dalam kandungannya.

"Assalamualaikum anak ibu. Anak ibu sihat? Sorry kalau ibu selalu buat anak ibu sedih. Ibu tak kuat untuk hadapi semua dugaan ini. Tapi ibu akan cuba bertahan lagi untuk beberapa bulan. Demi anak ibu, ibu sanggup. Ibu rasa ibu kuat pun sebab anak ibu ada dengan ibu. Tapi ibu tetap mahukan perpisahan dengan daddy. - Mia

Mia menggelarkan suaminya daddy walaupun dia lebih menginginkan gelaran ayah. Kerana dua minggu lepas dia terdengar perbualan antara suaminya dan Ainalysha. Jika mereka dikurniakan anak suatu hari nanti mereka akan menggelarkan mereka mummy dan daddy. Sedih bila mendengar, sedangkan dia yang sedang mengandung tidak ditanya apa-apa.

Ibu sampai sekarang tak henti merayu dekat daddy supaya lepaskan ibu tapi ayah tetap tak nak. Tapi ibu tak putus asa. Ibu sampai sekarang berdoa supaya ibu dilepaskan oleh daddy. Andai daddy tak benarkan ibu bawa anak ibu nanti. Mungkin ibu terpaksa tinggalkan anak ibu nanti. Tapi ibu janji ibu akan selalu datang jumpa anak ibu. Lepas anak ibu dah berusia matang. Ibu harap anak ibu akan datang sendiri kepada ibu.

Inilah rutin Mia setiap kali berseorang diri.

Ainalysha yang sedar Mia mengusap perutnya memerhatikan dari atas hingga bawah. Perut pun kenampakan sikit. Mengandung ke dia ni? Dia tertanya. Kenapa suaminya tidak pernah beritahu pun soal ini.

Bila melihat Mia berjalan dari ruangan belakang dia segera mendekatinya.

"Kak Mia!" Terkejut Mia bila namanya diseru. Mia terus terhenti langkahnya di tepi kolam renang. Ainalysha mendekati.

"Kak Mia mengandung ke?" Ainalysha terus bertanya. Dia tidak reti berputar belit.

"Eh, Ainalysha tak tahu ke?" Hairan Mia bila madunya tidak tahu.

"Shah tak pernah bagitau I pun." Ainalysha beritahu.

"Lah ye ke." Mia tidak tahu apa yang harus dibalas. Soal dia mengandung pun suaminya rahsiakan kepada Ainalysha.

"Hmm... Kak Mia dah berapa bulan?" - Ainalysha

"Dah tiga bulan." - Mia

"Ohh, kalau tiga bulan mesti janin hampir terbentuk sempurna kan." Ainalysha bertanya teruja.

"Iya." Mia menjawab dengan tenang.

"So, kak Mia nak baby boy or girl?" Ainalysha bersoal.

"Anything is fine." Mia menjawab.

"Oh... Shah bagitau I dia suka baby boy. Katanya baru handsome macam dia." Ainalysha mula ketawa.

"Nanti Ainalysha lah bagi baby boy dekat dia." Mia sekadar mencadangkan.

Gulp!

Ainalysha menelan liur.

Bila melihat riaksi wajah Ainalysha berubah membuatkan Mia tertanya.

"Kenapa Ainalysha. Kamu tak nak ada anak ke?" - Mia

"Eh, mana ada. Er.. mestilah nak!" Ainalysha menjawab teragak-agak.

"Baguslah tu." Mia sekadar memberitahu. Tapi jelas dia melihat perubahan wajah Ainalysha.

KECEWA [COMPLETE]Where stories live. Discover now