Bab 11

8 1 0
                                    

Ainalysha yang tolak saya." Mia menjelaskan.

Pang!

Shah terus menampar pipi Mia tanpa belas kasihan. Siti terus berlari mendekati Mia dan memeluk.

"Apa kau buat ni Shah!" Shahrul terus berdiri di hadapan Shah sebelum lelaki itu bertindak kasar lagi. Mia merintih kesakitan.

"Kau dengar tak apa perempuan ni cakap. Dia cakap yang Ainalysha yang tolak dia. Kau ingat bini aku takde kerja lain ke." Dengan yakin Shah menjawab. Bagaimana mungkin Ainalysha berbuat begitu. Sedangkan isterinya tidak pun yang Mia mengandung. Dan pagi ini Ainalysha hanya berada di bilik. Dan dia sungguh kenal Ainalysha. Ainalysha tidak akan berkelakuan begitu.

"Betul lah apa yang dia cakap tu. Memang tiada siapa lagi yang buat kalau bukan Ainalysha." Shahrul melawan Shah.

"Kau tahu apa. Aku yang duduk rumah. Isteri aku tu baik je layan perempuan ni. Perempuan ni yang selalu layan beku dengan bini aku." Sungguh kasar tutur kata Shah semakin lama. Mia terus berdiri di hadapan Shah.

"Memang saya nak kan perpisahan dari abang. Tapi tak sedetik pun saya tak pernah terfikir untuk bunuh anak dalam kandungan saya. Saya masih berhati perut. Ini anak saya. Darah daging saya juga. Saya tak iblis lah macam isteri abang yang sanggup cuba membunuh saya." Mia menjawab. Dia akan bersabar. Tetapi dia sendiri di tuduh bahawa dia yang membunuh anaknya sendiri dia tidak akan berdiam diri.

Baru hendak Shah menampar pipi Mia. Cepat-cepat Mia menepis. "Awak ingat saya ni apa. Cukuplah saya bertahan dengan perangai awak. Awak ingat saya tak tahu ke yang selama ini awak terima semua kerana kontrak dan harta sahaja. Satu-satunya sebab janji awak pada ayah saya. Awak sanggup mempijak hati dan rasa cinta saya pada awak. Sanggup sebab duit awak jadikan saya sebagai anak patung dalam kehidupan awak. - Mia

"Kalau duit yang awak perlukan saat itu. Saya boleh je hempas kat muka awak. Duit ni semua tak ternilai jika dibandingkan dengan kasih saya pada awak. Andai dapat memutar waktu awal- awal lagi saya akan prepare pengantin lelaki lain untuk berkahwin dengan saya. Bila kita sah berkahwin awak boleh jujur tentang semua hal ini tapi awak tak buat. Saya gembira melihat perkembangan syarikat awam masa tu. Tapi siapa sangka saya menjadi alasan utama peningkatan syarikat awak." - Mia sambung lagi.

"Lepas bunuh anak aku kau. Kau nak buka soal kontrak aku dengan bapak kau pulak. Memang aku perlukan duit saat itu. Tapi sekarang ini aku dah ada aset semua dah tapi aku masih simpan kau sebab apa sebab kau tu anak yatim. Mak pak kau dah lama meninggal kau tahu. Dah lah berpenyakit. Eh kalau aku lepaskan kau takde jantan lain lah yang nal dekat perempuan yang sikit-sikit sakit macam kau. Sebab tu aku sanggup simpan kau dan jaga kau. Tapi ini yang kau balas kat aku." Penuh kebencian dan angkuh Shah menjawab.

Nafas Mia mula tersekat. Tapi dia kuatkan diri.

"Ada saya minta simpati awak ke untuk kutip dan simpan saya lepas jadi anak yatim. Ya memang awak ada dengan saya sewaktu saya kehilangan ayah saya. Tapi awak hanya ada dengan sebagai tanggungjawab awak sebagai suami. Tak lebih. Awak takut awak dikutuk di khalayak biarkan isteri berseorangan. Jadi awak berada di sisi saya. Awak hidup dengan hanya dengan lakonan. Anak yang awak tengah sedih kerana kehilangan ini ingat saya tak tahu ke sebab awak nak anak dengan saya. Sebab mama papa awak mula tanya soal cucu. Dunia luar mula tanya kenapa dah lama kahwin tapi masih takde anak. Saya ingat itu erti cinta. Rupanya itu erti lakonan." Mia membidas

Shah terus mencengkam belakang kepala Mia. Shahrul dan Siti cuba menghalang tetapi Shah Izad lebih kuat menghalang mereka.

" Bila kau sedih lepas aku madukan kau, aku mula rasa serba salah tau sebab abaikan kau selama empat tahun. Dan aku hampir menyesal sebab tak cuba cintakan kau. Tapi sekarang aku bersyukur sangat sebab aku tak pernah cintakan kau. Aku lega sebab tak jatuh cinta dengan perempuan macam kau.Ya memang aku jaga sebab tanggungjawab je. Tak pernah lebih. Cinta aku hanya milik Ainalysha! Aku tak pernah cintakan kau Mia." Shah laju membidas. Terus dia melepaskan cengkaman dan menolak Mia jatuh di katil

Mia terduduk di katilnya. Dia senyum tawar.

"Terima kasih sebab dan mengaku yang tak pernah cintakan saya. Mengapa ia sukar selama empat tahun ni. Tetapi saya jujur. Hari yang awak melafazkan akad hati saya terbang kepada awak. Saat ini saya menyesal lahir sebagai wanita. Andai saya bukan perempuan pasti saya tidak akan mudah jatuh cinta. Mengapa perempuan mudah jatuh cinta. Saya sedar selama ini awak layan saya hanya kerana tanggungjawab." -Mia

"Perkara yang paling sakit kepada semua isteri ialah bila suami hanya layan kerana tanggungjawab. Bukan kerana cinta atau sayang." - Mia

"Lagi sekali Shah Izad bin Shah Iman saya ucapkan terima sebab dah kutip dan jaga saya walaupun saya anak yatim. Terima kasih sebab bagi nafkah dan jaga makan minum saya. Tolong halalkan segalanya. Dan sekarang saya minta tolong lepaskan saya. Andai awak perlukan harta saya. Saya ikhlas beri semuanya kepada awak." Mia memandang anak mata lelaki yang bergelar suaminya saat ini dengan penuh harapan.

"Cis! Duit aku dah banyak lah perempuan."

"Mia Qalisha binti Mohd Malik aku ceraikan kau dengan talak dua." Shah terus melangkah keluar biarkan Mia di wad.










Author pun sedih....

KECEWA [COMPLETE]Where stories live. Discover now