Hidup Sebagai Selebriti

3.2K 8 0
                                    

"Aku nak kau berjaya bila kau tua. Aku taknak kau hidup macam aku! Faham?" Kata mak sambil renung aku dalam dalam dan pegang bahu aku dengan erat. Aku nak main bola dengan jiran je. Kenapa mak aku macam ni? Fikir aku dengan naif kerana aku baru 10 tahun. Apa ada hal dengan mak aku ni?

Mak lepaskan aku dan capai pisau di meja. "Kau keluar, jangan balik sampailah maghrib." Tegas mak. Yes, lepas ni bolehla aku main puas puas dengan Mail. Aku ni bukan macam budak biasa. Aku tak kawan dengan budak perempuan. Entah mana silap aku, aku tidak pasti tapi lelaki je sanggup nak bergaul dengan aku. Lantaklah asalkan aku boleh bermain sepuasnya.

Aku capai selipar jepun yang talinya sudah hampir tercabut, lalu aku pakai dengan cermat untuk memastikan talinya tidak tercabut. Selepas siap, aku berlari ke arah padang komuniti tanpa pandang sekelilingku.

Sesampainya aku di padang, aku dapati tali selipar aku tercabut. 'Aku tidak sepatutnya lari tadi' fikirku dengan kesalan. Aku buka kedua dua belah selipar aku walaupun yang sebelah lagi masih elok, dan baling ke longkang.

Aku meninjau sekeliling padang itu tetapi masih tidak menjumpai Mail. Kata nak main tapi tak sampai pun lagi, bisik hatiku.

Aku mengambil keputusan untuk duduk di buaian dan hayunkan kaki aku.'Ah bosannya, mana Mail ni?' Bisik hatiku. Selepas beberapa minit, Mail datang dengan buka bengis. Dia berjalan ke arah ku sambil mehentakkan kaki ke tanah tanda marah.

Setibanya dia di depan ku, dia menyentap pergelangan tanganku dengan kasar dan mendorong ku ke arah tempat terpencil.

"Woi, kau dah kenapa?" Jerit aku, setelah kaki ku telah banyak kali tersadung dengan batu kecil tetapi dia masih tarik tangan ku.

Sesampainya di tepi tandas yang diperbuat dari konkrit yang agak busuk, dia sandarkan belakang aku ke dinding tandas itu dan menampar pipi aku. Kesakitan yang terasa tidak boleh disampaikan dengan kata kata. Telingaku berdengung akibat tamparan itu. Maklumlah, aku ni gadis kecil berumur 10 tahun manakala dia budak lelaki berumur 12 tahun.

"Kau dah gila ke hah? Yang kau tiba tiba tampar aku kenapa? Aku ada buat salah ke hah!" Teriak aku tanda tidak setuju atas perlakuannya tadi.

"Kau senyap!" Jerit Mail sambil menampar aku sekali lagi.

Aku cuba untuk berlari kerana tidak tahan dengan perlakuan Mail tetapi Mail mengejar aku dan hempas aku ke tanah.

Mail menendang aku di perut sambil menjerit 'Bodoh!' berulang kali. Aku masih di tanah, menangis teresak esak memanggil emak akibat kesakitan terlampau terhasil di badanku.

Akhirnya setelah Mail berasa penat dia mencangkung sambil memerhatikan muka aku. Dia dekatkan muka dia ke muka aku dan cium bibir aku. Setelah beberapa saat, bibir kami tidak lagi bersentuhan dan dia lari dari tempat itu. Bingungnya aku! Aku cuba bangun tetapi kesakitan itu masih terasa dan aku terbaring lagi di tanah yang kotor itu. 'Tidak, aku tidak boleh berputus asa!' Jerit hatiku, memaksa tubuh badan aku untuk bangun.

Setelah beberapa kali aku mencuba, aku berdiri dengan kedua belah kakiku tetapi badanku membongkok. Tanganku cuba menggapai kayu atau apa apa sahaja yang boleh membantu aku berjalan tapi tch, semuanya kayu yang sudah dipatah patahkan. Aku cuba menjerit meminta tolong tapi haram, mereka hanya melihat aku mencuba sedaya upaya untuk berjalan. Aku meletakkan tekanan ke perut aku dan berjalan ke rumah. Cara jalan aku sekarang seperti zombie. 'Ah pedulikan, asalkan aku balik'.

Setelah beberapa langkah, aku tiba di depan kedai runcit yang jauhnya dua blok dari rumahku. Aku lihat masa sekarang baru pukul 7.00 petang. 'Mak suruh balik masa maghrib. Apa aku nak buat sekarang ni?' Bingung aku. Aku mengambil keputusan untuk tidur di bangku yang tersedia di depan kedai runcit itu.

ImaginasiWhere stories live. Discover now