Sisterhood.

998 6 0
                                    

1. "Kakak tak aci! Kakak main tipu. Kakak sepatutnya kalah. Kakak penipu! " kata Amirah kepada kakaknya kerana dia tidak puas hati dengan kemenangan kakaknya dalam permainan congkak. Amirah adalah adik kepada Aisyah. Seperti perhubungan kakak dan adik yang biasa, Aisyah selalu menang dalam semua aspek.
"Macam mana pulak kakak nak menipu? Ni kan congkak. Nak main tipu macam mana pulak? Dah, permainan je pun. Sampai nak menangis kenapa?" Aisyah berkata dalam harapan untuk memujuk hati Amirah. Tetapi apakan daya, Amirah masih tidak memaafkan Aisyah.

10 tahun kemudian

2. Amirah memandang benci terhadap teman lelakinya yang sedang bergembira dengan kakaknya. Apa semua ni? Jerit Amirah di dalam hatinya sambil mendekati mereka berdua. Apabila Amirah berada di hadapan mereka, Amirah tidak dapat mengawal emosinya dan tolak bahu kakaknya.
"Kenapa kau sundal sangat ha? Kau tahu kan tu teman lelaki aku. Yang kau pergi menggatal lagi dengan dia kenapa? Kalau dah gatal sangat tu carilah lelaki lain. Jangan kacau teman lelaki aku." Amirah menjerit kepada kakaknya.
Teman lelaki Amirah lantas berdiri dan tolak bahu Amirah. "Eh kau jangan nak berlagak yang kau tu sayang sangat dengan aku. Kau ingat aku tak tahu yang kau sebenarnya nak kahwin dengan aku sebab kau nak kahwin sebelum kakak kau kan? Kakak kau dah bagitahu dah semuanya kat aku. Sejak tu aku tahu aku cintakan kakak kau dan bukannya kau."
Aisyah pula memeluk Amirah sambil menangis dan berkata "Akak minta maaf. Akak tak sanggup biarkan teman lelaki Amirah tu jadi seperti orang bodoh yang kahwin tanpa cinta. Akak terpaksa bagitahu kebenaran. Maafkan akak, ye dik."
"What the fuck? Kau semua orang boleh pergi mati!"

Dua bulan kemudian

3. "Amirah, Aisyah tahu Amirah bencikan Aisyah tapi tolong la datang ke majlis perkahwinan bekas teman lelaki Amirah dan Aisyah. Tolong ya?" kata Aisyah melalui telefon.
"Kau dah gila? Siapa je yang waras akan datang ke perkahwinan bekas teman lelaki? Anyway aku tahu permainan apa yang kau tengah main sekarang ini. Jangan ingat permainan ni takkan musnahkan hidup kau suatu hari nanti."
"Hahaha Amirah, jangan buat lawak la. Aku pembuat permainan ni. Lagipun aku adalah pemenangnya dan kau hanyalah orang yang selalu kalah dalam permainan adik beradik."
"Aisyah, jangan ingat aku takkan balas dendam tentang perkara engkau telah menuduh aku untuk mencuri teman lelaki aku. Ingat tu, okay?"

30 tahun kemudian

4. Amirah dan Aisyah dihantar ke rumah orang tua yang sama dan dari situ masih nampak persaingan antara beradik itu. Seperti biasa Aisyah disayangi oleh pekerja rumah orang tua manakala Amirah dibenci. Walaubagaimanapun Amirah masih merasakan permainan ini masih tidak berakhir.
Amirah memanggil Aisyah melalui telefon dan memberitahunya untuk datang ke biliknya kerana Amirah hendak memberitahu isi hatinya. Aisyah yang ingin tahu, menurut kata adiknya. Sesudah Aisyah sampai dan duduk di sebelah Amirah, Amirah berkata "Aisyah, permainan antara kita masih belum berakhir tetapi aku hendak beritahu bahawa aku sayangkan engkau dan aku iri hati dengan engkau."
Aisyah yang mendengari pujian Amirah berkata "Hmph. Memang patut pun kau iri hati dengan aku. Aku ada semuanya sementara engkau tiada apa apa."
Amirah hanya tersenyum ikhlas terhadap kutukan Aisyah.
Dengan itu, Amirah dan Aisyah bertukar gosip tentang rumah orang tua itu dan mereka berdua tidur bersama sama di katil Amirah.

Keesokan harinya,

5. Jururawat yang benci terhadap Amirah, meletakkan racun ke air Amirah dengan harapan Amirah akan mati. Kemudian jururawat itu membawa air yang telah diracuni bersama dengan roti bakar sebagai sarapan ke bilik Amirah dan meletakkan sarapan tersebut di meja sebelah katil.
Aisyah yang masih mamai, bangun setelah dikejut secara kasar oleh jururawat. Aisyah berasa pelik kerana sebelum ini jururawat itu selalu baik dengannya. Walaubagaimanapun, Aisyah tidak berkata apa apa dan memakan sarapan yang telah disediakan.
Amirah pula hanya tersenyum puas sambil melihat Aisyah makan sarapan itu secara rakus.

ImaginasiWhere stories live. Discover now