TM 26

2.4K 231 7
                                    

26: Offended

"Ni buku yang kau beli online tu ke?" Iman menilik novel The Shattered Piano yang pernah menjadi milik Mein itu.

Aku cuma angguk sebagai balasan. Sudu yang terisi nasi berlaukkan ayam disuap ke dalam mulut.

"Baru beli dah macam ni kejadiannya?" Iman membuka bahagian tengah novel itu yang kelihatan rata memandangkan tulang belakangnya dah patah.

Aku angguk lagi sebagai balasan.

"Stres sangat ke jalan cerita dia sampai patah spine ni? Muka surat pun ada bekas lipat. Bukan kau ke yang paling menjaga sangat novel-novel ni? Siap dibalut lagi."

Aku diam, mengunyah nasi sehingga lumat lalu menelan. Keluhan kecil aku lepaskan.

"Benda nak jadi," kataku ringkas. Malas nak terangkan kejadian sebenar.

"Best ke novel ni?"

Aku menggenggam sudu, cuba bersabar.

"Tak baca lagi."

"Tak baca lagi tapi rupa novel ni dah macam kena baca." Iman bersuara lagi.

Aku tarik nafas dalam-dalam sebelum hembus perlahan. Wajah Iman ditatap sepenuhnya.

"Iman, kau tahu kan aku tak suka orang bercakap dengan aku waktu aku tengah makan?" Aku senyum palsu.

Aku memang tak gemar berbual ketika makan. Mengganggu tumpuan aku. Tambahan lagi bila aku makan, aku tak boleh dengar dengan jelas apa yang orang katakan. Suara orang bagaikan tenggelam sebab aku cuma dengar kunyahan dalam mulut. Karang aku ulang-ulang sebut "hah?", tahu pun nak marah.

Nak-nak juga sekarang bukan masanya untuk buang masa dengan sembang kosong sebab lepas ni ada kelas dan aku nak kena habiskan makanan aku dengan cepat. Lainlah kalau tengah lepak atau bersantai, aku masih boleh terima lagi nak bercakap waktu makan. Tapi sekarang nak kena kejar masa, faham tak?

"Ya, Tiya. Aku tahu. Sebab tu akulah manusia paling bosan dekat sini." Iman memutarkan bola matanya.

Aku terdiam sekejap. Oh... faham. Kiranya aku ni... membosankan?

"Siapa suruh kawan dengan aku? Dah bosan, tak payahlah kawan dengan aku." Laju aku berkata, meluahkan isi hati.

Iman kelihatan terkedu. Mungkin dia tak jangka aku akan tiba-tiba bereaksi sebegitu. Jarang aku bertindak macam ni dengan Iman.

Selama ni kalau terasa hati, aku cuma diam sebab aku tahu tak ada yang peduli. Tapi entah kenapa kali ini aku tak boleh berdiam diri. Barangkali kerana hati aku sudah cukup disakiti sehingga tak mampu menanggung lagi.

"Weh... relakslah." Iman ketawa perlahan yang kedengaran janggal. Nampak sangat dia tak terkata.

Aku tidak bersuara dan sambung makan. Iman akhirnya diam dan aku dapat makan dengan tenang walaupun hati aku masih tersisa rasa sedih dengan kata-katanya.

Bersambung.

The Broken HealerWhere stories live. Discover now