YM 00

4.2K 278 162
                                    

: Feel, heal, kill

⚠ Trigger warning: Suicide/self-harm ⚠

In his presence, I feel alive,
as he heals my fractured soul.
With each embrace, I find the strength to kill
the painful memories within.

.
.
.

Gelap... sunyi... keadaan bilik tidur. Hanya derap langkahku kedengaran. Pandanganku ditebar ke seluruh ruang dan aku tidak dapat melihat Mein di mana-mana.

"Mein?" Sayup-sayup suaraku menyeru Mein. Aku benar-benar tidak bermaya tika ini. Aku perlukan Mein untuk berehat setelah melalui hari yang memenatkan.

Ah, ya... apa saja yang aku buat hari ini sehingga rasa penat? Tiada jawapan kerana aku tidak tahu.

"Huh..." Aku mengeluh perlahan di hadapan cermin. Wajah murung yang terpantul pada cermin itu aku tatap walau hanya samar-samar dalam kegelapan.

Kadang, bila aku tenung pantulan wajahku, aku tidak tahu sama ada itu benar-benar aku. Sering kali aku persoalkan siapa figura di hadapan cermin itu. Akukah itu? Atau itu mereka?

Entah. Aku tidak tahu jasad ini milik siapa.

"Kau bodoh, Tiya."

"Tak berguna."

"Tiada siapa yang pedulikan kau."

"Tak ada siapa yang tahu kau wujud."

"Kau takkan pernah jadi pilihan semua orang."

"Jauh sekali untuk kau jadi kegemaran orang."

"Diam." Aku berkata tanpa nada. Kolam mataku mula penuh.

"Diri kau tiada nilai."

"Kau takkan pernah bahagia."

"Kau cuma layak untuk disakiti."

"Sebab orang ingat kau tak ada perasaan."

"Sedangkan kau rasa sakit jutaan."

Aku mengetap bibir. Penumbuk dikepal.

"Bodoh."

"Kau hidup untuk apa?"

"Tiada gunanya kau hidup kalau diri kau diperlakukan macam ni."

"Orang takkan pernah lihat kau."

"Orang takkan hargai kau."

"Sia-sia kau..."

"Pergi mampuslah!" Spontan aku menumbuk cermin sehingga pecah berderai ke lantai. Dan suara di dalam kepalaku itu terus lenyap.

Jantungku berombak-ombak. Kini tanganku yang menumbuk cermin menggigil-gigil. Darah pekat membasahi tanganku dan mengalir sehingga ke siku.

Lantas tangisanku bergema ke segenap ruang bilik ini.

"Sakit... lah..." Aku mengongoi sendirian.

"Aku sakitlah! Kenapa tak habis-habis nak sakitkan aku! Argh!" Aku menjerit sepuas hati sambil melemparkan semua barang di sekitarku.

"Argh! Sakitlah! Sakit!" Tindakanku semakin tak terkawal apabila aku memukul-mukul kepalaku. Tidak cukup dengan itu, aku juga menghentak kepalaku ke dinding sambil meraung keperitan.

"Penatlah..." Tubuhku kini tersandar lemah pada dinding. Aku meratapi nasib sendiri yang begitu menyedihkan diselangi esak tangis.

Lama-kelamaan, aku mula rasa pandanganku semakin kabur. Dan akhirnya, kelam.

The Broken HealerWhere stories live. Discover now