EC:AA8

2.2K 140 6
                                    

                "ABANG?!" panggil Ayana dengan nada marah.

Terhenti aktiviti maksiat sebentar tadi. Lelaki itu mendekati Ayana. Setelah mengenal pasti, terus lelaki itu menengking Ayana.

"Kau buat apa dekat sini hah, Adriana?!" Marah lelaki itu pula.

Firdaus hairan. Adriana? Anak sapa pulak tu?

"Abang tu buat apa dekat sini?!" Tengking Ayana kuat.

PANG!

Ternganga mulut Firdaus apabila sebuah tamparan hebat melayang kepipi Ayana. Terteleng kepala gadis itu.

"Kau dah berani tinggi suara dengan aku kan?! Kau jangan nak kurang ajar dengan aku lah perempuan!" Tengking lelaki itu pula.

"Bro apa sepak perempuan ni bro?! Kau nak aku hentak helmet aku dekat muka kau ke?!" Celah Firdaus mengambil langkah dihadapan Ayana.

Ayana dibelakangnya memegang pipi. Masih terkejut dengan tamparan tersebut.

"Kau ni sapa pulak barua wey! Dia tu bini aku! Suka hati aku la nak buat apa dekat dia pun! Kau pahal?! Ke kau ni jantan simpanan dia?!" Jerit lelaki itu.

Firdaus terkedu. I-Isteri?! Ayana sudah berkahwin?!

"Eh pompuan kau sini! Biar aku sepak muka kau!" Lelaki itu berura-ura ingin menarik Ayana daripada belakang Firdaus namun lelaki itu pantas menghalang.

Ditolaknya lelaki itu menjauh daripada Ayana.

"Cantik sikit wey! Dia bini kau pun, kau ingat kau boleh naik tangan suka hati ke?!" Marah Firdaus garang.

"Kau cari pasal dengan aku eh... "

BUK !

Satu tumbukan hinggap dipipi Firdaus menyebabkan lelaki itu jatuh terduduk. Dia mengesat hujung bibirnya yang berdarah.

"Tu makannya bila kau sibuk hal orang lain!" Ujar lelaki yang menumbuk Firdaus tersebut dengan sinis.

Baru sahaja Firdaus ingin melakukan serangan balas, Ayana terlebih dahulu melempang jejaka biadap itu kuat.

"WOI PEREMPUAN-"

"AKU Ayana Nayla! Adik ipar kau!" Tengking Ayana disitu. Ternganga lelaki itu dibuatnya.

"A-Ayana...M-Maafkan A-Abang Iz eh? A-Abang tak tahu..." tergagap-gagap lelaki yang diberi nama Iz itu menuturkan ayat.

"Oh kau tak tahu?! Habis kalau kau tahu kau tak lempang aku la?! Selama ni, kau pukul kakak aku ke jahanam?!" Tengking Ayana kuat.

Dia menendang-nendang badan Iz dengan kuat. Lelaki itu meringis kesakitan namun dia tidak melawan.

"Ayana sudah ayana sudah- sakit dia nanti," pujuk Firdaus sambil menarik baju Ayana agar berhenti menendang lelaki itu.

"Biar! Kesakitan dia ni tak sesakit hati aku! Eh abang! Aku bagi kepercayaan dekat kau untuk jaga kakak aku sehidup semati!" Gadis itu menarik kolar baju Iz agar mata lelaki itu bertentang mata dengannya.

"Aku bank-in duit tiap-tiap bulan
RM5K untuk kau sara kakak aku! Patutlah aku call kakak aku tiap-tiap minggu, kau yang angkat! Kakak aku mana sial?!" Tengking Ayana.

Iz memejamkan matanya. Takut dengan gadis yang merangkap adik kepada isterinya. Kedua belah tangan dirapatkan sebagai tanda meminta ampun.

"M-Maafkan abang... Abang salah!" Pinta Iz.

Ayana mengepal penumbuknya. Dia menaikkan penumbuknya keudara... Bila-bila masa sahaja penumbuk tersebut akan hinggap dimuka Iz.

Iz menutup matanya.

"Ayana sudah!" Pujuk Firdaus.

"Sebelum aku sepak kau, Firdaus... Baik kau senyap," ugut Ayana yang membuatkan Firdaus kembali memerhati.

"Ayana jangan bunuh abang- jangan bunuh abang macam kau bunuh-"

Belum sempat Iz menghabiskan ayatnya, penumbuk itu singgah dirahangnya kuat. Terus Firdaus menarik Ayana jauh daripada Iz.

"Mana.... Kakak... Aku?!" Soal Ayana bengang.

"A-Abang dah ceraikan dia... Abang halau dia... Abang taktahu dia pergi mana!" Mengaku Iz.

Makin menggelegak hati Ayana. Terus dia bergerak menjauhi Iz.

"Kau tunggu bang. Aku akan pastikan kau meringkuk dalam penjara!" Ujar Ayana sebelum bergerak pergi. Firdaus dengan pantas mengikuti langkah Ayana.

××××

                   FIRDAUS setia mengikuti langkah Ayana yang jelas bengang itu.

"Kau okey tak? Pipi kau tu merah semacam," tegur Firdaus.

"Kau tengok pipi dengan mulut kau tu dulu. Lepastu baru kau risau pasal pipi aku!" Balas Ayana dingin.

Firdaus menyentuh pipinya yang menjadi mangsa tumbukan sebentar tadi. Dia mendesis kesakitan.

Ayana menjeling lelaki itu. Lemah!

Minyak gamat dikeluarkan dari dalam beg dan dihulurkan kepada Firdaus.

"Letak dekat mulut kau. Menyusahkan," ujar gadis itu. Firdaus mengambil minyak gamat itu lalu disapukan dibibirnya yang berdarah sebentar tadi.

"Kau... Dah kahwin ke Ayana?" Soal Firdaus.

"Haah. Aku janda anak 7. Semua anak aku, semua orang ambik," balas Ayana acuh tak acuh.

"Eeeeish! Aku tanya leklok kau main-main pulak. Sini la tangan kau tu, aku tengok ada luka. Meh nak ubatkan!" Pinta Firdaus.

"Tak payah. Aku ada tangan, aku boleh ubat sendiri... Kau ingat ni drama nak main ubat-ubat?" Marah gadis itu.

Firdaus memejam mata mendengar ayat gadis itu. Fuh ganas macam ni nak buat jadi bini? Ha memang idokler gamaknya.






Gitu lah. Si budak Ayana ni nk dekat Firdaus ka toksey ni ?

🌸-natarysss-🌸

1|| Firyana's Toxic Love {EBOOK} Where stories live. Discover now