EC:AA14

2.4K 130 5
                                    

                    AISHLYN mundar mandir di tengah dewan itu. Mukanya resah serta gelisah.

"Kau dah jumpa Ayana ke?" Soal Arya yang tercungap-cungap penat. Dibelakangnya, muncul Felisha.

"Aku dah cari merata tempat! Tak jumpa jugak!" Ujar Felisha turut cemas.

Hal itu menarik perhatian para jejaka yang kebetulan sedang memerhatikan mereka.

"Girls? Kenapa ni? Apahal korang nampak resah semacam?" Soal Firdaus.

"Korang nampak Ayana tak? Lepas menyanyi tadi terus dia lesap. Kitorang dah call berpuluh kali, tapi telefon dia off. Kitorang risau laaa," cerita Aishlyn.

"Khaizul sembelit pulak dah kat jamban tu, sahih la dia tak nampak Ayana," maklum Hariz.

"La Ayana pi mana pulak dah? Takpa, laguni. Arya dan Hariz, hampa dua pi cari belah belakang rumah ni. Felisha dengan Naufal, cari lagi sekali kat sini. Aishlyn kau duduk sini just in case Ayana mai balik. Aku akan cari belah tasik depan tu," ujar Firdaus.

Mereka semua bersetuju dan pergi mencari Ayana dibahagian masing-masing.

Firdaus pula keluar dari dewan itu dan mula bergerak kearah tasik. Dia mencari seketul Ayana dicelah-celah semak-samun.

"Pi mana la minah ni! Sehari tak menyusahkan orang tak sah kan?!" Bentak Firdaus sambil menyepak batu jalanan disekelilingnya itu.

"Takkan jatuh dalam tasik kot..." Firdaus membuat andaian sendiri. Mata Firdaus meliar keseluruh tempat.

Dia perasan sesuatu. Ada sebuah kereta dibelakang pohon yang berhampiran dengan tasik itu. Seperti ada sesuatu yang menyuruh Firdaus untuk memeriksa kereta tersebut.

Maka, lelaki itu pun berjalan dengan perlahan-lahan tanpa membuat sebarang bunyi. Setibanya dia dihadapan kereta tersebut, kelihatan kereta tersebut bergoyang.

Dia mengintai didalamnya.

"TOLONGGGGGG!!!!"

Jerit gadis didalam kereta itu kuat. Dengan pantas, Firdaus membuka pintu belakang kereta tersebut dan menarik keluar seorang lelaki yang menghempap gadis itu.

Dia melihat gadis itu sedang menutup mukanya sambil menangis teresak-esak. Tudung gadis itu pun seperti hidup segan mati tak mahu.

Terus Firdaus mengalihkan pandangannya daripada gadis itu dan melihat jejaka yang memakai topeng muka tersebut.

BUK !

Satu tumbukan hinggap dipipi lelaki itu.

"Kau takda kerja ke rosakkan anak dara orang hah?!" Tengking Firdaus kuat. Dipukulnya lelaki bertopeng itu berkali-kali dengan kadar kekuatan yang maksimum.

"ARGHH!" Jerit lelaki itu kuat sebelum menendang perut Firdaus kuat. Pegangan Firdaus dikolarnya terlepas dan lelaki bertopeng itu melarikan diri.

Kito serik dah! Tokse buat jahat dah!

"Jangan sampai aku jumpa kau lagi lah jantan takguna! Mati kau aku kerjakan!" Jerit Firdaus lagi.

Setelah memastikan lelaki itu sudah pergi jauh, Firdaus masukkan separuh badannya kedalam kereta tersebut untuk memeriksa keadaan gadis malang itu.

"Cik, cik okey tak?" Soal Firdaus risau. Kalau ikut hatinya, sudah lama dia memegang gadis itu. (for a good reason la halamak ai)

Tetapi, memikirkan hukum hakam... Dia batalkan niatnya. Kini, dia hanya perlu menunggu gadis itu berhenti menangis.

"F-Firdaus..." panggil gadis itu setelah lima kesepuluh minit berlalu. Firdaus pelik! Bagaimana gadis ini tahu namanya?

Dia menundukkan kepalanya sedikit untuk mengintai wajah gadis malang dihadapannya itu.

"A-Ayana!"

"Kami dari Jabatan Agama Islam!" Sampuk satu suara dibelakang Firdaus.

Firdaus mencarut didalam hatinya. Damn you!

"Encik dan Puan diminta keluar daripada kereta," arah lelaki tua itu dengan nada tegas.

Firdaus meraup mukanya kasar sebelum keluar dari kereta itu. Ayana pula membetulkan tudungnya dan turut keluar daripada kereta tersebut.

"Kami dapat aduan ada aktiviti maksiat disini! Cik dan Encik buat apa berdua-duaan ditempat sunyi macam ni?" Soal lelaki itu lagi.

"Ayana, kau cerita ah," arah Firdaus lalu dia duduk bercangkung ditepi longkang. Ayana yang masih tersedu-sedan itu melihat lelaki tua itu dengan pandangan kuyu.

"Encik... L-Lelaki tu cuba buat benda tak senonoh dekat saya, encik!" Ujar Ayana masih dengan tangisannya sambil menunjuk kearah Firdaus.

Tersedak Firdaus dibuatnya. Terus dia bangun daripada posisi cangkung itu

"Apa kau cakap ni?! Kau jangan nak menipu boleh tak! Encik, dia ni menipu encik! Tadi saya cuma tolong dia ja," terang Firdaus pula.

"Dia tipuuu! Dia sentuh-sentuh saya tadi!" Raung Ayana lagi.

"Kau ni kenapa?! Nak hidung panjang ke apa yang asyik menipu ni?! Tarik hidung kau kang haaa!" Bengang Firdaus dibuatnya apabila Ayana masih lagi dengan penipuannya.

Lelaki tua itu berpandangan dengan saksi-saksinya.

"Macam ni lah, cik dan encik... Kamu berdua telefonlah keluarga kamu, kita akan bincang malam ini juga," putus lelaki tua itu.

Firdaus menarik rambutnya kasar. Takkan nak bagitahu mak aku! Kang sakit jantung pulak member!

Nak taknak, Firdaus menelefon juga ibunya. Tidak lupa juga dengan keenam orang rakannya yang seperti orang gila mencari Ayana sebentar tadi.

Ayana dalam diam, dia tersenyum sinis. Rancangannya akan berjaya sebentar lagi!





NAK MENIKAH DAHHH! SIKIT JA LAGII⚠️
🌸-natarysss-🌸

1|| Firyana's Toxic Love {EBOOK} Where stories live. Discover now