Adam

15 4 1
                                    

Meronda kawasan sekolah apabila waktu rehat merupakan hobi Adam sekiranya Arash terpaksa bertugas pada waktu itu. Dia akan berjalan di setiap tingkat dan memerhatikan gelagat manusia yang berada di dalam sekolah tersebut. Koridor-koridor menjadi tempatnya bersidai bagi menghilangkan kebosanan.

Sewaktu Adam sedang membelok ke lorong tangga, suara seorang guru menegurnya.

"Siapa tu? Boleh tolong cikgu kejap?" Suara tersebut menyoal.

Adam menjengulkan kepalanya dari sebalik dinding. Kelihatan Cikgu Azura sedang menunggu kemunculannya.

 "Arash! Tolong letakkan buku-buku ini ke meja saya? Saya mahu pergi kantin sekejap," pinta cikgu tersebut sambil mendekati Adam yang terpinga-pinga di situ.

Dalam sekelip mata, tangannya sudah dipenuhi dengan buku-buku milik pelajar Cikgu Azura. Adam memandang cikgu itu dengan riak hairan. Arash? Tidak nampakkah baju sekolahnya ini bukan berwarna biru.

 Lupa pula yang dia memakai pakaian sukan sekolah hari ini.

"Terima kasih!" ucap cikgu itu kemudian menuruni tangga dengan pantas seperti tiada hari esok.

Adam kaku di situ buat seketika. Dia memandang ke arah tangga dan buku pada tangan berkali-kali. Mahu tidak mahu, dia terpaksa bergerak ke bilik guru seperti yang diarahkan.

"Letak dekat meja Cikgu Azura," bisik Adam agar dia tidak lupa.

"Letak dekat meja Cikgu Azura."

"Meja Cikgu Azura."

"Meja cikgu..."

Melangkah sahaja ke dalam bilik guru, Adam ditegur oleh cikgu lain. "Arash ke tu? Kamu cari meja siapa?" tanya Cikgu Alisa yang tersenyum memandangnya.

"Saya Adam, cikgu," balas Adam dengan nada sedih yang mana mengundang tawa cikgu tersebut.

"Yakah? Maafkan cikgu, muka kamu sama sangat dengan Arash," balas Cikgu Alisa sambil tersengih. "Kamu mahu cari meja cikgu mana tu?" soalnya lagi.

Adam memandang sekeliling bagi mencari meja yang dicarinya. Dia ingin ke meja cikgu... 'Aduh, meja cikgu siapa ya?'

"Mestilah sama cikgu, kami kan kembar," suara Arash tiba-tiba menyibuk sementara Adam cemas dalam dunia sendiri. Arash memerhatikan nama kelas, nama mata pelajaran dan nama pelajar di atas buku yang dipegang Adam kemudian berkata, "Cari meja Cikgu Azura rupanya."

Anggukan faham Cikgu Alisa berikan. "Meja Cikgu Azura di belakang sana itu," tunjuknya pada Adam dan Arash.

Dia memerhatikan Adam dan Arash lama-lama. "Susahlah nak kenalpasti apabila kamu berdua pakai baju sukan. Tidak ada warna baju dan tag nama."

Arash sekadar tersenyum manis tanpa menjawab kenyataan itu. Sudah banyak kali dia mendengar kata-kata itu tentang mereka berdua. Pastilah sama, mereka kan kembar seiras sejak lahir.

"Terima kasih cikgu," ucap Adam bersama anggukan. Cikgu Alisa membalas ucapan itu sebelum mereka berdua mengucapkan selamat tinggal.

Sewaktu Adam berjaya menempatkan buku-buku tersebut ke atas meja Cikgu Azura, Arash berbicara. "Kenapa kau tak tulis meja cikgu mana yang kau kena letak buku ni? Nasib baik aku ada."

"Manalah nak sempat kalau cikgu tu tiba-tiba datang dan terus letak buku ni atas tangan aku. Sudahlah beliau panggil aku Arash, lagi terkejut aku jadinya." Adam menjawab dalam nada menyampah sedangkan ini bukan salahnya.

Mereka berdua meninggalkan bilik guru tersebut tanpa bersuara lagi. Masing-masing memikirkan hal sendiri seraya berjalan beriringan menuju ke kelas masing-masing. 

Agent Clone : Misi Pencarian (Terbit ✅️)Where stories live. Discover now