Act 8 (All Hell Broke Loose)

5 0 0
                                    


Time: 14 November 2008

Place: Apartment

Lights on. Kelihatan Haryani duduk menangis teresak-esak di tengah pentas. Kemudian dia berhenti menangis. Dia mengamuk. Mencampakkan barang-barang.

Lights dim on Haryani.

Lights bright on Shereen. Kelihatan Shereen sedang berjalan dari belakang pentas sambil bercakap di telefon.

Shereen: Ala abang, baby dah rindu sangat ni. Kenapa lama sangat dekat Dumai tu?

*pause*

Shereen: Janganlah abang risau pasal tu. Baby dah settle kan. Liesa dengan Ilham yang tolong. Abang dah boleh balik.

*pause*

Shereen: Apa dia? Cuba abang ulang balik?

*pause*

Shereen: (terjerit) Abang dah kahwin dekat sana?!

*pause*

Shereen: Abang, jangan gurau macam ni dengan baby. Tak kelakar langsung. Serious OK. Baliklah, abang.

*pause*

Shereen: Abang! Hey! Nantilah dulu...

Shereen: Putus?! (menjerit kegeraman)

Dia cuba mendail sekali lagi. Tidak berjaya. Lights dim.

Lights bright.

Shereen enters stage. Haryani is sitting on the sofa in the living room.

Shereen: Liesa?! Liesa... I need you! Liesa?! *exaggerate drama*

Haryani: Betina jalang tu tak ada.

Shereen: Huh?

Haryani: Dia keluar. Menyundal macam biasa agaknya.

Shereen: Eh, apa kau merepek ni? Betina jalang? Menyundal? Hey, aku bukan cari kau. Aku cari Liesa lah!

Haryani: Kau kata aku apa? Hey, aku bukan betina jalang yang keluar menyundallah!

Shereen: Bila aku cakap kau macam tu? Kau sendiri yang cakap kan?

Haryani: Kau ni memanglah! Sama je dengan kawan baik kau tu!

Shereen: Apa ni? Meroyan tiba-tiba? Liesa! Mana kau? Kenapalah kau tinggalkan aku dengan perempuan gila ni?

Haryani: Gila?! Kau kata aku gila? Hey, kau tahu tak kawan baik kau tu, betina yang suka kacau laki orang?

Shereen: Bila kau berlaki? Dah lah! Malas la layan kau!

Haryani: Eh, kalau kau jumpa kawan baik kau tu, kau cakap kat dia, tak payah balik ke rumah ni. Aku tak mahu tengok muka backstabber macam dia tu!

Shereen: Cakaplah sendiri! Kau ingat mak ni telefon? Posmen? Yahoo messenger? Lagi satu, dia pun bayar sewa rumah. Bukan kau sorang je. Apa kes kau tak nak bagi dia balik rumah?

Haryani: Dia tu berpura-pura jadi kawan aku. Belakang aku, dia layan balak aku. Entah-entah, balak kau pun dia sapu sekali! Dasar perempuan murah!

Shereen: Oh hello~ Perempuan, kau tahu tak balak kau tu yang murah! Depan kau je berlagak baik. Belakang kau, he bends both ways! Nasib baik tak layan animal farm.

Haryani: (menerkam Shereen) Apa kau cakap?! Dasar pondan mulut puaka!

Shereen: (menolak Haryani) Aku pondan. Memanglah mulut puaka! Kau tu? Perempuan tapi mulut celupar kalah mak hayam! DAN, aku cakap benda yang betul! Kalau kau nak salahkan sesiapa, kau kena salahkan almost everyone dekat Heritage Row tu. Siapa tak kenal laki kau! Liesa tu je yang larang burukkan laki kau depan kau! Padahal dah memang buruk! Eii! Mak tak faham macam mana kau boleh tak nampak!

Haryani: Penipu! Kau memang penipu!

Shereen: Ei, tak kuasa! Baik mak pergi cari Liesa daripada layan kau ni.

Haryani: Buat apa kau cari dia lagi? Kau nak dia hancurkan hidup kau macam dia hancurkan hidup aku?

Shereen: Mak nak bawa dia pergi jalan-jalan dekat Genting Highlands. Lepas tu mak nak belanja dia makan sushi. Lepas tu mak ingat nak buat retail therapy dekat Pavillion. Kau nak ikut ke, nyah?

Haryani terdiam kebingungan.

Shereen: Ei kau ni! Aku nak mengadu akan kesedihan aku kat dia lah! Tak kan nak mengadu dekat kau! Kau ni sebenarnya tulen ke tak, nyah? Macam pondan drag je. Drama sangat! Hancur hidup semua bagai. Aku ni laki kahwin lain pun tak meroyan macam kau. Dahlah! Toodles~

Shereen: (menekan-nekan telefon bimbit) Liesa? Liesa? Mana kau, nyah? Mak perlukan kau!

Shereen berlalu pergi meninggalkan Haryani yang mengamuk-ngamuk dan masih menangis. Lights off.

ILHAM LIESA: SetiaWhere stories live. Discover now