#Momento1 : AYAQ SIRAP

385 13 8
                                    

 "Siapa punya turn pi bazar hari ni?"

"Aku rasa Mel dengan Kamie kot....Ke Hawa...Awat?"

"Nak kirim kue teow goreng seringgit..."

Belum sempat Aben habis cakap terus kelas prep yang tadinya diam ibarat kubur dek kerana masing-masing lekapkan kepala ke meja, kecoh dengan suara...

"Haaa, sapa nak kirim weyh...Sapa nak kirim aku nak gi bazar..."

Nash yang pekat dengan loghat Kelantan masuk ke kelas dengan lagak seperti penjual lelong harga runtuh.

Kepala-kepala yang melekat di meja terus terangkat drastik menghala ke Nash.

"Kue teow goreng seringgit..."

"Kelapa Lemon..."

"Roti John.."

"Weyh tak yah r John, malam ni Oblong jommm..."

Cheng cuba-cuba menghentikan niat Helmi yang mahu memesan Roti John. Oblong Pak Cik Taman Suria, pergh lejen beb.

"Ala..Mu ni Cheng biar r Helmi beli Roti John, nanti kerat bebenyak...boleh kite rasa...kekekeke"

Nash cuba halang Cheng dengan niat tulus ikhlas ingin tumpang sekaki Roti John Helmi.

"Pandai r korang.... Tak nak r, aku teringin Roti John owh..."


***

"Syiff, hang taw tak makan ayam ke apa dekat DS berbuka nanti?"

"Mana tahu, aku rasa macam daging kot, awat ?"

"Hmm....Aku takut r kalau ikan nanti, aku nak pesan r kat depa yang pi bazar.."

"Tak mati pun kalau ikan...."

Aiman dengan ikan tetap alergik. Haha, yang pelik tu orang ramai kata kalau nak pandai lebih makan ikan. Si Aiman ni, otak geliga bukan main tapi alergik ikan dari kecik katanya. Tak makan ikan langsung weyh ! Haha, macam-macam. So, aku pendapat kalau dah genius tu, genius jugaklah. Allah punya kerja, nikmat genius mamat nih.

"Comey, beli ayam percik dekat aku. Kepak."

***

"Haaa...Nasib baik hang beli ayam weyh. Menu hari ni Ikan."

"Apa?"

Naim yang baru datang dengan Baju Melayu Merah terus buat muka paling dingin sambil selak tray makanan yang tertup dengan plastik.

Dengan muka tawaduk Naim pun duduk, memerhati makanan dengan muka meratap. Naim, memang catalyst untuk buat orang tergelak dengan muka dingin dia. Entah lah kome boleh bayangkanlah si Naim ni ala-ala muka serius tapi lawak. Aku tak boleh samakan dengan orang lain sebab mamat ni kira satu dalam seribu. Haha.

Selang lima minit, DS pun mula penuh, masing-masing riuh dengan gelagat unik. Ada yang  bergosip macam tak jumpa setahun walhal hari-hari hadap muka yang sama, 24 jam sehari. Dengan muka separuh mamai pun ada, haha. Dia memerhati dengan gelak yang dia seorang dengar. Gelak dalam hati maksudnya.Kehkeh.

"Assaamualaikum, kita mulakan dengan bacaan Mathurat..."

Suara BWP Kerohanian berkumandang dari mic utama di tengah DS yang terletak atas stage tempat khusus para warden, pengetua dan timbalan pengetua. 

Maing-masing keluarkan Mathurat kecil, ada yang sudah hafal hanya terkumat kamit ikut sekali bacaan.

Lima minit selesai sekali doa rabitah.

Dia pun lihat jam, baki 8 minit sebelum berbuka.

Dia pandang lagi keliling, ada yang masih tertunduk menadah tangan berdoa dengan penuh khusyuk memanjatkan harapan dan impian.

"Kering weyhhh nasi."

Naim yang tadi diam memerhati makanan dengan pandangan tajam mula bersuara. Agak r sangat sadis menu hari ni, ikan sambal dan nasi kering tanpa kuah. Sayur pun tak berkuah.

Dengan drastik tangan Naim pun capai air sirap di tepi.

Semua mata di meja kelas memandang tepat memerhati gelagat Naim.

*JAWS DROPPED"

"NAIM.....Hang biar betul...." 

Hawa mengeksperiskan rasa terkejut yang turut dirasai semua orang.

"Agak r...." Semua terkejut sambil tergelak.

Naim masih bermuka selamba sepertinya menjadikan air sirap sebagai kuah nasi putih adalah normal.

"Allahu akbar......" 

Azan berkumandang dan terus tangan-tangan mencapai kurma, air untuk berbuka  setelah doa berbuka yang diketuai Aziz diaminkan.

Naim dengan selamab makan nasi berkuahkan air sirap dengan riak muka paling kool.

"Naim, kau ni.....HAHAHAHA....."

"Memang win r Naim, nah apahal tak cakap aku beli ayam percik ada kuah ni ha...."

"Tak apa, sedap weyh, kuah sirap.." 

Masing-masing geleng kepala dan gelak tersisa, jiran meja kelas tujuh pun turut tergelak memerhati Naim.

*** 

Itulah kawan, momento ayaq sirap dijadikan kuah sebab nasi kering. Momento ayaq sirap tak terhenti disitu kawan.Jumpa lagi dalam next chapter momento ramadhan. 

Maaf kalau chapter ni hambar. Ini adalah chapter realiti suatu masa dulu yang aku tambah dan tolak mengikut apa yang aku masih ingat dalam memori yang aku cuba untuk simpan ketat-ketat. Eheheh. Aku taip ni pun dalam kereta sambil tunggu si Syaza membeli di bazar romadon. 


Maaf kawan kalau ada salah silap.

Jumpa next Momento Ramadhan kalau umur masih ada untuk taip.

***

6th day of Ramadhan 2016.

Eden.

Be Legendary Solehah,

LOC


MOMENTO; RAMADHANWhere stories live. Discover now