#Momento 2; TADARUS TAK TERURUS

202 8 0
                                    

"Jom r balik dorm..."

"Huaaa...mengantuk."

"Haa, mula lah tu..."

Dia pun mula jalan beriringan dengan yang lain, lepas puas diheret Kamie. Lemau semacam hari ini. 

Mereka pun berjalan melepasi kelas 515 yang sepertinya kecoh. Masing-masing pandang antara satu sama lain. Dia yang tadi lemau mula angkat kening double jerk.

Dari tingkap yang terbuka sedikit, dia pun mula mengintai. Sumpah rasa macam agen penyiasat Siri Salmah (kahkah, kome tahu ke Siri Salmah? Lejen beb.) 

"Woii, sakit r..." Dia menahan sakit sambil suara berbisik terus tertinggi pitch. Siku Kamie agak tajam disitu, menyiku dia yang khusyuk megintai.

"Apa kau nampak weyh?"

"Varcoe dengan kala jengking..."

"Serious r weyh! "

Dia terus toleh dan melangkah longkang yang tertutup itu.

"Apa benda je kau nak terkejut...Bukan ke dia animal lover?"

"Pebenda kau...Tu kala jengking weyh, ni bukan animal lover biasa nih...He is an exotic animal lover!"

"AGAK R...."

"Dah jom...Lambat sat gi, ni awal gerak boleh tidoq dulu..."

"Hahaha..."

***

Sampai-sampai di Blok Kediaman, kasut dibuka sebelum dia tenung lama ke water cooler.

"Pada-pada lah Syiff...Puasa kot..."

"Panas weyh, kalau dapat mandi air water cooler yang sejuk ni pergh...Heaven!"

"Imaginasi betui hang ni..."

Dia pun menurut saja Kamie dari belakang, menaiki tangga ke aras atas, menuju ke wing A.

Blok kediaman yang seperti sebuah banglo itu ternyata masih sunyi. Tak ramai yang dah gerak dari prep petang.

Lepas tudung dibuka, ditukar ke baju t-shirt dan seluar, terus dia campakan diri ke atas katil tanpa  ragu-ragu memikirkan cadar katil yang 100% tegang hari ini. Bukan senang cadar dia nak dapat tegang macam tu, kalau lambung duit syilling mesti boleh terlambung balik. Entah nasib apa hari ni, tegang semacam cadar, membuatkan dia pasti dirinya tak langsung tercatit dalam kategori mereka yang tak kemas bilik, tak stretch cadar, terlebih bantal atau segala benda yang seangkatan.

"Yatie...Kamie..Tini...Kejut aku weyh bila nak start nanti."

 Dia jerit sahaja dengan suara sederhana kuat. Konfirm dengarlah sebab di blok kediaman tu, mereka tak dipisahkan dengan bilik berpintu, hanya terpisah dengan papan sebagai pemisah "cube" antara satu sama lain. (Cube adalah istilah untuk bilik kecil tanpa pintu mereka itu. Tiap cube memuatkan dua katil, dua locker pakaian dan attachable study desk yang kukuh terlekat/tergantung (dia skrew kat dinding lah, so aku tak tahu nak describe as terlekat or tergantung) pada dinding. 

"Kami pun nak tidooooo..."

Tinie melaung dari cube sebelah.  Akhirya mereka yang sederet berdekatan antara satu sama lain dalam satu row itu tergelak. Classmate yang asing-masing perangai lebih kurang.

***

"Syiffa...Bangun tu nak start dah."

Nour, cube mate dia memang super angelic kejutkan dia dari tidur. Dulu, mula-mula dia stay seorang diri je dalam cube tu. Tapi after few weeks, Nour pindah masuk dalam cube dia. Nour ni memang dia salute lah dan dia sendiri kategorikan as Super Angelic sebab baik weyh orangnya. Istilah rebell memang tak ada. Opposite betul perangai dia dengan Nour. Tapi Nour memang osem, tak pernah judge dia. Awalnya dia rasakan Nour ni misteri tapi getting to know her better the reason of being a little bit secretive tu adalah sebab logiknya. Nour ni nak orang kenal dia as diri dia, not a daughter of someone or anything else. So korang boleh agak lah kan Nour ni kira anak-anak somebody tapi low profile tu Tuhan je lah tahu. Tak sangka weyh roomate dengana nak orang somebody. Before this, dia dengar-dengar je orang cakap sekolah ni mostly lubuk anak-anak orang VIP yang bijak pandai, yang background family pun boleh tahan educated walau tak berharta mana. Sekali memang betul. Dengan lambakan anak Dato', Tan Sri, Professor, CEO, ahli politik, segala  mak nenek profession high class lah ada. Tapi memasing behave macam anak orang biasa, humble in their own way. (Walau ada yang behave arrogant tahap minta penampar tapi tak lah banyak mana jenis-jenis macam tu.I called them as Geng Selatan.Kahkah. Tapi tak semua pun Geng Selatan ni berlagak.) Okay jauh sangat dah ni menyimpang buat description. Nour. Yes, Wallahi amazing lah ! Ehehe.

MOMENTO; RAMADHANWhere stories live. Discover now