#Momento 3; Ar-Ridwaniah

118 5 0
                                    

"Clear floor semua..."

"Yosh. Cepat giler diorang gelapkan floor."

"Biasa r..."

Dia merungut panjang seperti selalu dengan para LDP (Lembaga Disiplin Pelajar) memang jarang dia sekepala. Dulu dia tak macam tu sebab dia sendiri pernah jadi LDP waktu menengah rendah cuma kali ini, bila masuk tingkatan empat makin membuak-buak perasaan memberontak dia. Sejenis yang memag tak suka dengan cara manusia-manusia yang mengarah tanpa toleransi. Tak semua LDP macam tu, sesetengah lah. Dan dia masih ada full respect kepada few of them. Antaranya, Yaya. Bukan sebab Yaya classmate dia tapi sebab dia tengok Yaya tak pernah judgemental dan label orang. Contoh kalau sekali pernah buat salah selalunya kena cop lah budak bermasalah dengan LDP tapi tak Yaya. Selalu ada harapan tentang setiap orang itu ada sisi kebaikan yang bakal terserlah, ada jalan untuk kebali menjadi manusia yang menyenangkan.

"Yo! Pebenda kau termenung. Jom lah.. Gelap ni. Nanti tak pasal...."

Sebelum Hawa habiskan ayat dia mencelah.

"Dahhh...tak adanya bend atu. Bulan ROMODON. Kena ikat lah..."

"Tak bukan yang kena ikat tu aku risaukan. Ni kita yang kena ikat dengan Cikgu Dollah ni kejap lagi."

"Ye...Ye..."

Ternyata bukan dia dengan Hawa saja yang masih ada dalam blok kediaman. Banyak yang lambat turun hari ni.

"Syiff...Aku jumpa Keyra dulu jap. Takut tak bangun tidur ke apa lagi budak tu."

"Okay. No hal jumpa dekat suarau je nanti."

Keyra salah seorang teman paling rapat Hawa sebab dulunya dari tingkatan satu mereka ni dah satu maktab. Keyra pun bukan orang asing dengan dia. Keyra dengan satu keluarga dia dah kenal awal-awal lagi. Mak sedara Keyra, ialah cikgu English yang membuatkan dia akhirnya kembali menguasai English secara pro. Eheh, pro ke prosak ? Kahkah.

Elok dia jalan sendiri dari blok kediaman, sambil merewang fikiran, tak sedar sebelahnya ada yang menemani jalan seiring.

"EHEM.."

"Huh?"

Masih dengan muka separa sedar, separa mamai, dia tenung muka yang tak asing di sebelah.

"Kenapa serabut sangat muka tu... Fikir apa?"

"Ehh, Bila muncul?"

"Dari tadi... Dari blok UO tadi. Kita jalan sama-sama dengan dia, dari belakang dia buat dunno je menonong jalan..."

"Tak sedar. Hahaha.." Sengaja dia tambah gelak untuk tak janggalkan keadaan.

Selalu macam itulah Syiff. Dia gelak saja untuk elakan keadaan jadi "awkward". Orang mungkin ingat dia tak serius.

"Lambat turun dari UO?"

"Settlekan clear blok. Tolong budak LDP tadi."

"Owh..."

UO atau nama panjangnya adalah Ungku Omar adalah blok kediaman budak lelaki. Letaknya betul-betul depan blok kediaman Cempaka, blok kediaman budak perempuan tapi setakat ni memang tak adalah insiden tak di ingini berlau antara dua-dua blok ni. Segala pergaulan terjaga. Mungkin sebab budak-budak sini memang soleh wa solehah atau ....port lain lebih bebas. HAHA. Okay tak ada hak nak komen bab tu.

"Kenapa tak jawab? Fikir apa tadi?"

"Nothing..." Dia senyum segaris.

"Dah sampai. Jumpa dekat kelas nanti..."

"Okay."

Entah kenapa dia memilih untuk tak banyak cakap dengan manusia yang paling dia senangi di sekolah itu. Manusia yang paling banyak bagi dia moral support dari tingkatan empat. Manusia yang paling dia percaya dalam soal hati. Walau tak pernah langsung sentuh soal suka atau cinta. Sepertinya dia dan manusia paling juara di hati dia itu sudah faham tentang perasaan masing-masing. Atau mungkin hanya dia yang faham dan manusia itu pula terus beri harap? Dia sendiri tak pasti. Dia lebih suka pendam. Tapi semenjak dia diberi buku Tautan Hati milik Yanie, wing-mates dia , semenjak dia mula baca buku itu, dia perlahan-perlahan cuba hadkan komunikasi dengan manusia paling juara di hatinya itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 20, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MOMENTO; RAMADHANWhere stories live. Discover now