#2 Bilik Asing

357 69 2
                                    

  🎲 🎲 🎲  

Dua minggu yang lepas

Serene dilihat sedang duduk di bawah pohon yang tinggi dan rendang. Mahu mengelak daripada terkena bahang matahari yang terik.

Hari ini merupakan hari yang menyebalkan. Seseorang yang tidak dikenal pasti siapa telah mencuri sebeban kertas-kertas notanya termasuk tugasan yang diberikan oleh pensyarah subjek anatomi. Ketika dia sedar akan kehilangan itu, dia sudah pun terlambat. Dia gagal untuk menyerahkannya pada masa yang ditetapkan. Serene cuba untuk menjelaskan keadaan itu pada Dr. Susan, namun usahanya hanyalah sia-sia belaka. Dia akhirnya dimarahi dan dimalukan di hadapan rakan-rakan sekuliahnya.

"Hei, Serene!"

"Hei, Carl."

Seorang lelaki tinggi yang mempunyai sepasang anak mata coklat gelap dan berambut hitam sedang berdiri di hadapannya. Dia memakai baju T putih bersama seluar panjang hitam pada hari itu.

Mereka sudah mengenali antara satu sama lain kira-kira satu bulan yang lepas secara tidak sengaja di makmal anatomi – tempat di mana dia perlu menghabiskan masa berjam-jam untuk menyiapkan tugasan subjek anatominya – dan tempat di mana Carl, iaitu bakal pegawai farmasi tertinggal telefon bimbitnya di atas meja bersebelahan dengannya.

Sejak itu, mereka sering sahaja terserempak di tempat-tempat yang tidak diduga. Sebagai contohnya, di perpustakaan dan kafe.

"Need someone to talk?" soal Carl, memandang jauh ke dalam mata biru Serene, cuba untuk membaca fikiran gadis itu seperti biasa. Gadis itu kelihatan kusut dengan masalah.

"Nope. I'm good. I don't need anyone. Thank you," nafi Serene. Dia mengesot ke kiri sedikit, memberi ruang untuk Carl duduk bersebelahan dengannya.

"You look like one, Serene," ragu Carl sambil melabuhkan punggung di sebelah kanan gadis itu.

"Stop it, Carl! Kau bukannya mind reader!" Suara Serene meninggi tanpa sengaja. Carl tidak sepatutnya cuba untuk membaca fikirannya.

Carl tersengih melihat wajah Serene yang mencuka. "Okey, sorry sorry. Aku tahu mind-reading ni tak elok. Will get rid of this habit!"

"Hm... Tak ada sebab pun kau nak mintak maaf." Serene berasa serba salah. Dia tahu dia tidak sepatutnya melepaskan kemarahan yang bersarang di hatinya pada lelaki yang tidak bersalah. Dia cuma rimas ditanya soalan-soalan begitu.

"So... Study macam mana?"

Serene mengeluh menyampah, matanya dijuling ke atas. Dia cukup benci dengan soalan yang kedengaran seperti mahu menyibuk hal peribadinya sebegitu. Ataupun mungkin dia jadi benci kerana setelah mengalami peristiwa yang memalukan pada hari ini.

"It's none of your business."

"Why you're acting so cold, Serene?"

Serene menjungkitkan bahunya. Tangannya disilang rapat ke dada.

"Aku just nak tolong kau."

"Aku tak perlukan pertolongan sesiapa."

"Assignment kau hilang pagi tadi kan?"

Dahi Serene berkerut. "Macam mana kau tahu?"

"Daniella beritahu aku. Hm, to be exact. Aku yang tanya dia dan dia cuma jawab soalan aku."

Serene tergelak sini. "Oh, sebab tu kau tahu aku ada kat sini kan?"

Kring...

Telefonnya berbunyi dan Andrew merupakan si pemanggil. Pada mulanya dia mahu membiarkan panggilan itu mati sendiri. Tetapi malangnya, ibu jarinya lebih pantas meluncur ke kanan berbanding dengan otaknya yang berkata jangan.

💀 SereberumWhere stories live. Discover now