#3 Pintu

367 84 5
                                    

  🎲 🎲 🎲  

"Kau tahu cam mana kita boleh ada kat sini?"

Eddie menjungkit bahunya. Dia juga tidak tahu mengapa dan bagaimana mereka terperangkap di sini. Dia sendiri sudah lupa berapa lama dia dikurung di dalam bilik gelap ini. Pertukaran siang dan malam juga langsung tak diketahui.

"Kenapa kau diam?" soal Serene yang tidak puas hati.

Eddie tersengih. Dia terlupa yang mereka sedang berada dalam kegelapan. Bahasa tubuhnya tak dapat dilihat Serene. "Sorry. Aku dah jungkit bahu aku tadi. Aku lupa yang bilik ni gelap."

Serene mengeluh. "Bilik ni memang takde lampu ke?"

Kali ini Eddie menggelengkan kepalanya. Dia menongkat dagunya. "Takde. Memang takde. Aku dah check dah."

"Kau check cam mana? Kan bilik ni gelap?" Serene berkerut.

"Aku ada lilin."

"Lilin?" Kening Serene terangkat. "Eh, kalau ada lilin kenapa tak guna?!" jeritnya tiba-tiba.

"Lilin ni aku guna time nak makan. Kalau guna untuk perkara yang tak sepatutnya, rugi," jelas Eddie.

"Tapi, kita perlukan lighting. Kalau takde lighting cam mana komunikasi kita dalam bilik ni nak efektif?"

"Komunikasi tak perlukan lighting la."

"Tapi, komunikasi perlukan bahasa tubuh. And for that to happen, we need a light source!"

Buat pertama kali seumur hidup Eddie ada orang nak bertekak dengan dia mengenai perkaitan cahaya dengan komunikasi dan bahasa tubuh. Dia menggelengkan kepala.

"Hish, kau ni. Degil betul la!"

Serene terdiam. Ayat itu sama seperti ayat yang sering digunakan Andrew setiap kali dia berkeras untuk melakukan sesuatu mengikut kehendaknya. Dia memang seorang gadis yang degil dan berkepala batu.

Tiba-tiba Serene teringatkan sesuatu. "Ed! Ed!" panggilnya berulang kali.

"Hish, kenapa nak panggil banyak kali ni? Aku ada jelah. Kan ada kita dua je kat bilik ni."

"Lilin tu... Cam mana kau dapat lilin tu?" soal Serene. Ada sesuatu yang musykil. Mengapa hanya dia yang diberikan lilin? Yang paling penting, siapa yang memberikan lelaki itu lilin? Penculik jenis apa yang terlalu baik untuk memberikannya lilin?

"Dia yang bagi," jawab Eddie pendek. Nada suaranya bergetar, seolah-olah sedang takutkan sesuatu.

"Dia? Dia tu siapa?" soal Serene. Suis inkuirinya menyala. Dia perlukan jawapan.

Eddie terdiam. Dia tidak dapat menjawab soalan itu. Dia benar-benar sedang takut.

"Eddie?" panggil Serene setelah menyedari kebisuan Eddie. Dia masih lagi tidak berpuas hati. Pasti ada sesuatu yang sedang berlaku.

"Eddie? Kenapa diam?"

"Diam la, Serene. Aku nak tidur," jawab Eddie setelah dipanggil berulang kali.

"Tapi sekarang bukan waktu tidur lagi kan?"

"Mana kau tahu? Kau bukannya tahu yang sekarang ni pukul berapa kan? Aku rasa ngantuk. So, aku nak tidur la!"

"Tapi aku tak ngantuk lagi," ujar Serene perlahan. Wajahnya ditundukkan. Dia sebenarnya memerlukan seseorang untuk berbual. Kegelapan itu menjentik kebosanan ke dalam hatinya.

"Itu masalah kau. Yang penting sekarang aku nak tidur."

Serene tidak mahu ditinggalkan berjaga seorang diri di dalam bilik asing itu. Dia tidak suka. Dia perlu buat sesuatu. Serene merangkak dan maju ke hadapan seperti seekor harimau yang mahu menerkam mangsanya – perlahan dan cukup berhati-hati.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 05, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

💀 SereberumWhere stories live. Discover now