GAGAL.

103 10 0
                                    

Seringkali aku lihat manusia berusaha,
Tapi tidak semua yang diusahakan berjaya,
Yang membezakan antara mereka,
Mana satukah yang redha dan terus mencuba,

Kegagalan bukanlah satu pengakhiran,
Ia adalah pembuka jalan,
Dimana kau sedar akan kesalahan,
Dengan itu kau akan terus maju kehadapan dan tidak lagi meratapi kepedihan,

Ketahuilah bahawa jantung puisi ini lahir dari jasad yang gagal,
Segala keringat dicurahkan hasil dari kedalaman akal,
Ia menjadi ruang cahaya untuk kembali ke pangkal.

— zaidulkhir.

Pena Sang Pejuang.Where stories live. Discover now