Soalan Lazim

43 6 0
                                    

Perlukah saya mengikuti kesemua Halloween Vault 3D di luar sana?

Tidak, anda boleh mengikuti Halloween Vault 3D mana sahaja yang anda selesa. Setiap penyerahan akan sampai ke destinasi yang dituju. Walau bagaimanapun, kami menggalakkan anda untuk menyemak semua profil terlebih dahulu.


Bolehkah saya sertai kemudian?

Ya, anda boleh sertai pada bila-bila masa sahaja.


Bolehkah saya cipta sebuah buku khas untuk acara ini?

Ya, anda boleh cipta sebuah buku untuk acara ini menampilkan kesemua prompts atau sesetengah prompts yang anda ingin sertai. Ia juga boleh menjadi sebuah cerita tersendiri. (Cerita tersendiri boleh ditambah masuk ke dalam senarai bacaan pemenang)


Bolehkah saya menambah masuk prompt ke dalam buku yang sedia ada?

Ya, boleh tetapi berpotensi untuk tidak dipaparkan dalam Senarai Bacaan yang dipilih jika cerita tertentu dipilih oleh pasukan.


Bolehkah saya menulis bersama?

Tidak, cerita tersebut perlulah hasil karya anda sendiri.


Adakah cerita dewasa dibenarkan?

Sebolehnya kami ingin mengekalkan Antologi kami bersesuaian untuk semua peringkat umur. Jadi kami tidak akan menerima cerita berunsur Dewasa untuk acara ini. Harap maaf. Lihat Garis Panduan Kandungan untuk info lebih lanjut.


Berapa lamakah saya perlu menghantar entri saya?

Kesemua borang penyertaan akan dibuka sehingga 7 November.


Bilakah pemenang akan diumumkan?

Senarai rasmi pemenang akan diumumkan pada atau sekitar 1 Disember.



Halloween Vault 3DWhere stories live. Discover now