Part 1

4.3K 372 64
                                    

Dunia ini penuh dengan penipuan. Seandainya kau mempercayai sepenuhnya salah satu penipuan itu, semua yang kau jangkakan bakal melosot. Kau akan menyesal di kemudian hari.

Aihana Ken mengemas baju-bajunya yang baru siap dilipat kedalam beg baju. Suasana di dalam bilik yang sejuk itu sepi sahaja. Rumah banglo milik keluarga Aihana di negara itu, hanya diduki oleh Ken seorang diri.

'Tritt Tritt'

Deringan telefon menghentikan tangan Ken seketika. Dia mancapai telefon pintarnya yang terletak di sisi katil.

Nama yang menghantar pesanan ringkas itu dilihat.

'Keita'

(Sebagai peringatan semula, Keita ialah salah seorang ahli K-Quin yang sedang menjalani latihan di Amerika, dia masih ahli K-Quin cuma dia tidak menyertai pertandingan peringkat negeri kerana fokusnya lebih kepada peringkat dunia sebagai wakil Amerika)

|Keita|

Parents aku ajak datang rumah.

Aihana terdiam seketika membaca pesanan itu. Keluarga Keita dan Aihana Ken sangat rapat daripada mereka kecil lagi kerana ayah mereka berdua merupakan teman akrab sejak sekolah. Hampir setiap bulan Aihana mesti berjumpa dengan Keita kerana disuruh oleh ibu dan ayahnya mahupun ibu dan ayah Keita sendiri.
Semua ahli K-Quin tahu mengenai Keita dan Aihana Ken. Kadang-kadang mereka boleh salah faham mengenai hubungan mereka berdua.

Aihana segera meninggalkan kerjanya lalu menuju ke arah bilik mandi.






AIHANA menyandang handbag putih di sebelah bahunya sementara sibuk mengunci pintu rumah.

"Pin Pin"

Sebuah kereta bewarna silver berhenti di hadapan pagar rumah banglo tersebut. Aihana tanpa berlengah terus menuju ke arah kereta tersebut dan sempat memandang ke arah Keita yang sudah berada di dalam kereta di tempat pemandu.

Ken memasuki kereta itu dan kereta tersebut memecut laju meninggalkan perkarangan rumah.

Keita mengerling ke arah Aihana Ken seketika sementara matanya masih fokus pada pemanduannya. Mereka sudah menghampiri bandar dan anggaran dalam beberapa minit sahaja lagi, mereka bakal tiba di rumah keluarga Keita.

Kelihatan Aihana Ken sedang sibuk membalas chat daripada TR Academy yang sedang membising pagi itu . Masing-masing kelam kabut tanya Aihana Ken kena bawa apa untuk hari esok. Maklumlah mereka semua buat pertama kali pergi ke peringkat negeri dan tidak tahu apa yang perlu dibawa.

Jenuh si Ken menjawab setiap satu mesej personal ahli-ahli TR Academy itu. Nasib baik si Uchiha ada menolongnya untuk memberitahu mereka semua apa yang perlu dibawa. Uchiha seperti sangat tahu mengenai hal tersebut membuatkan Aihana Ken sedikit tertanya tanya. Namun dia sendiri tahu sikap Uchiha sebagai ketua pasukan itu pastilah perlu mengetahui semua perkara tersebut.

Gichi-san: KEN KEN! MAKANAN BOLEH BAWA KAN?!

Ken: Boleh je kalau nak keluar awal dari situ.

Riku: HAHAHA SAVAGE KEN

Uchiha: Mana boleh bawa
makanan kat sana, kita punya
pemakanan dijaga.

AIHANA KEN: THE SECRET PLAYER 2 ✓ DITERBITKAN -Preview only-जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें