Special Chapter

968 148 13
                                    

Ini salah satu chapter antara 10 bab tambahan yang Hyun kata tu... untuk diletakkan dalam buku nanti...

Takpela. Kesian korang tak puas hati habis centu je. Nah lah Hyun bagi peluang baca bab pertama, antara 10 bab tambahan.

Enjoy ~

____________________________________

Sejak kecil, pasti ramai menginginkan sesuatu yang mereka impikan. Mereka sudah ada cita-cita tersendiri. Mungkin juga ada yang sudah dilatih dari kecil.

Manakala Aihana Ken?

Seorang kanak-kanak berumur 8 tahun mendekati sebuah gelanggang yang ganjil baginya. Dia tidak pernah lihat tempat seperti itu. Dia berjalan seorang diri daripada taman perumahannya ke kawasan terbuka yang dipenuhi oleh ramai lelaki.

Kawasan itu luas. Mempunyai gelanggang dan dua tiang yang bagi Aihana Ken, sangat  ganjil.

Tempat apa ni?

Dia tertarik. Jadi dia mengambil keputusan untuk berjalan sekitar kawasan itu dengan berbagai persoalan yang bermain di mindanya.

Sekumpulan lelaki berebut akan satu bola lalu masing-masing ingin menjaringkan gol ke dalam tiang gol tersebut. Aihana Ken masih tercegat di luar gelanggang. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia buat.

Tetapi melihat manusia-manusia di hadapannya sangat professional mengendalikan sebiji bola dan memasukkan ke dalam jaring, menambahkan minatnya yang mendalam dalam sukan yang dia sendiri tak tahu apa namanya.

Kemudian matanya memandang ke arah seorang budak lelaki yang tidak dia kenali. Tetapi apa yang dia tahu, budak lelaki itu lebih tua sedikit dari umurnya.

Wajah budak lelaki yang tidak mempunyai perasaan. Bermain dengan orang yang lebih besar dan tinggi darinya.

"Adik... duduk kat sini, kat situ bahaya takut terkena bola nanti." Tegur seorang remaja lelaki. Aihana Ken berpaling ke belakang melihat gerangan yang menegurnya. Lelaki itu hanya tersenyum kepadanya.

Aihana Ken tidak mengikut apa yang dikatakan oleh remaja lelaki itu.

Remaja lelaki itu menggaru-garu kepalanya.

"Bahaya lah berdiri kat situ... Nanti terkena bola." Sekali lagi remaja lelaki itu mencuba untuk menegur anak perempuan kecil itu.

Aihana Ken buat pekak.

Dia menjeling remaja lelaki itu dari sisi matanya.

Remaja lelaki itu tergelak kecil melihat perangai Aihana Ken ketika itu. Dia mula mendekati sisi Aihana Ken lalu menghulurkan tangannya.

Aihana Ken memandangnya pelik.

"Nama abang, Uichi... Adik nama apa?" Soal Uichi dengan tenang. Dia cuba mengambil hati anak kecil itu supaya berlembut dengannya.

"Aihana." Jawab Aihana Ken sepatah kemudian Uichi mengangguk faham.

"Ken." Sambung Aihana Ken lagi. Uichi tersenyum. Patutlah gadis itu agak sukar sedikit mendengar katanya. Sama seperti maksud namanya dimana dia seorang yang serius tentang sesuatu tetapi senang membaca perasaan orang lain. Namun sukar diajak bergaul dan mahu mendekati kelompok lain.

Perangai gadis itu membuatkan Uichi teringat akan adiknya yang turut mempunyai sikap yang lebih kurang sama.

Mata Aihana dipandang. Gadis kecil itu kelihatan sedang fokus pada perlawanan bola keranjang yang sedang dijalankan di hadapan mereka.

"Itu namanya Bola Keranjang. Selalunya orang akan main secara berkumpulan." Uichi mula memberi penerangan kerana dia tahu gadis itu masih tidak tahu apa-apa.

AIHANA KEN: THE SECRET PLAYER 2 ✓ DITERBITKAN -Preview only-Where stories live. Discover now