14

3.4K 289 25
                                    

Arline memandang keluar tingkap dalam biliknya. Bibirnya mengukirkan senyuman hambar. Dia sangat merindui arwah ayahnya. Tersangat rindu. Jika masa lalu boleh diputarkan kembali, dia ingin memeluk dan bermanja dengan arwah ayahnya sehabis mungkin.

"Ayah, line rindu ayah, rindu sangat-sangat. Ayah saja yang faham line, sayang line, manjakan line, cuma ayah seorang je. Tapi, kenapa ayah tinggalkan line cepat sangat?" kata Arline sendiri. Lalu airmatanya setitik demi setitik jatuh.

Dia menundukkan wajahnya bila 'mereka' masuk kedalam biliknya. Airmata dikesat lalu perlahan-lahan dia mengukirkan senyuman yang sukar ditafsirkan sebelum dia mengangkat wajahnya memandang kearah 'mereka'.

''Korang dah siapkan apa yang aku suruh?" soalnya dengan serius. Kepala dianggukan sebagai jawapan kepada Arline. Mata tidak lepas dari memandang wajah cantik milik Arline.

"Ibu tuan dah balik, dia dalam perjalanan bersama seorang lelaki."

Arline memandangnya dengan tajam. Pandangan yang sangat menakutkan. Mata dipejamkan sebelum dia membukanya kembali. Matanya menjadi putih, tiada warna hitam dalam matanya.

''Aku nak kamu buat apa yang sepatutnya. Jangan benarkan lelaki yang bersama ibu aku ikut pergi kerumah ini. Korang tahu juga kan apa yang patut korang buat?" soalnya. 'mereka' menganggukan kepala dengan senyuman menyeramkan dibibir mereka.

Zapp!

Dengan sekelip mata 'mereka' hilang seperti angin. Arline memejamkan matanya sebelum dia membuka matanya kembali. Warna matanya sudah kembali normal.

Bibirnya mengeluarkan keluhan kecil lalu kepala digelengkan. Selepas itu, bibirnya mengukirkan senyuman sinis.

"Hei, orang tua ni dah tua pun masih nak bergedik lagi ke? Maafkan anak ibu ini eh, anak ibu takkan benarkan ibu hidup dengan 'bahagia.'" kata Arline lalu tergelak jahat.






Puan Kayla bersama seorang lelaki yang sedikit muda darinya bergelak tawa didalam kereta milik lelaki tersebut.

"Rumah makcik dekat mana?" soal lelaki muda tersebut. Puan Kayla tersenyum kecil sebelum dia menjawab.

"Rumah makcik masuk simpang kanan, lepastu jalan lurus. Awak akan nampak rumah makcik bila dah sampai nanti," jawab Puan Kayla lembut. Lelaki muda tersebut menggangukkan kepalanya dengan senyuman segaris.

Semasa perjalanan mereka berdua bersembang kosong. Tetapi, perbualan mereka terhenti bila ada beberapa orang lelaki yang sedang menganggu seorang perempuan.

"Ya Allah, kenapa dengan perempuan tu?" soal lelaki tersebut. Puan Kayla menggelengkan kepalanya tanda dia tidak tahu. Mata mereka tidak lepas dari memandang kearah orang tersebut.

"Lebih baik kita pergi tengok Aizat." ujar Puan Kayla lalu dibalas anggukan dari lelaki yang bernama Aizat itu. Pintu kereta dibuka lalu melangkah pergi menghampiri gadis yang sedang menjerit meminta pertolongan.

"Encik, lepaskan saya encik. Saya merayu." rayu gadis tersebut dengan airmata yang berlinangan. Dia mencuba sehabis mungkin untuk melepaskan genggaman pada tangannya, namun tidak berhasil.

"Lepaskan kau? Ayah kau dah jual kau tahu tak! Kau fikir kau boleh lepas ke sial!" marah lelaki yang berwajah bengis lalu mencerlung tajam kearah gadis tersebut.

"Encik, tolong lepaskan dia."

Mereka semua memandang kearah suara Aizat yang sedang menghampiri mereka bersama Puan Kayla disebelahnya.

"Apa yang kau merepek ni? Kau siapa nak arahkan aku untuk lepaskan perempuan ni?" soalnya dengan senyuman sinis. Gadis tersebut meronta-ronta minta dilepaskan, namun tidak dihiraukan.

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄حيث تعيش القصص. اكتشف الآن