45

4.8K 266 30
                                    

Puan Kayla membuka matanya perlahan-lahan. Tempat itu diperhatikan olehnya dengan pelik. Sejak bila dia berada disitu. Dia sama sekali tidak ingat apa-apa.

Tangan dan kakinya diikat. Darah yang kering akibat kesan tembakan dipandang kosong. Sakitnya masih terasa sehingga waktu itu.

"Aku dekat mana ni?" soalnya sendiri. Dia mencuba membuka ikatan tersebut tetapi tidak berjaya. Pintu bilik dibuka dari luar.

Seoarang lelaki yang berwajah bengis melangkah masuk ke dalam. Puan Kayla menjadi takut. Badannya sudah menggigil.

"Puan Kayla, macam mana keadaan dekat sini? Selesa tak?" sinis orang itu berkata kepadanya.

"Kau siapa? Kau nak apa dari aku?" soal Puan Kayla ingin tahu. Lelaki itu tergelak sebelum dia menjawab soalan tersebut.

"Aku adalah Fei. Apa aku nak dari kau? Aku nak nyawa kau? Boleh?" kata Fei dengan senyuman sinis. Airmata Puan Kayla sudah mengalir.

"Aku tak kenal kau pun! Lepaskan akulah!" tengking Puan Kayla dengan lantang. Fei tergelak jahat. Dia menjadikan wanita itu sebagai umpan untuk menarik perhatian Syaril.

Dia masih berfikir yang Arline sudah tiada lagi di muka bumi. Walhal, gadis itu masih hidup dan ada bersama Syaril.

"Sebelum Syaril datang, apa kata kalau aku main sikit dengan kau." katanya dengan senyuman penuh makna. Puan Kayla menjadi semakin takut.

Fei mengambil pisau rambo dan mendekati tubuh Puan Kayla yang jelas takut kepadanya. Bibirnya mengukirkan senyuman jahat.

"Jangan apa-apakan aku! Pergi! Pergi!" pekik Puan Kayla berkali-kali. Namun, Fei tidak menghiraukannya. Dia semakin mendekatkan dirinya dengan Puan Kayla.

Pisau tersebut dicucuk pada peha kanan Puan Kayla sehingga terkena pada tulangnya. Tanpa belas kasihan, dia mencucuk peha tersebut secara berkali-kali.

"Arghhh!!! Tolong berhenti!!" rayu Puan Kayla sambil menjerit kesakitan. Namun, yang dia dapat hanyalah senyuman sinis dari Fei. Darah membuak-buak keluar dipandang kosong oleh Fei.

Tidak cukup dengan itu, dia menoreh wajah milik Puan Kayla dengan senyuman psycho. Jeritan dari Puan Kayla memenuhi ruang tersebut.

"Arghhh!!!!" Jeritnya dengan lantang. Airmatanya sudah bercampur dengan darah. Sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu. Beginikah jalan cerita akhir hidupnya? Inikah balasan yang dia dapat?

"Cukup tu je. Nanti kita sambung lagi." kata Fei lalu melangkah pergi. Puan Kayla menangis tersendu-sendu di bilik tersebut.

"Arline, tolong ibu." ujarnya dengan perlahan. Dia menyesal kerana sering menyeksa Arline. Sungguh dia menyesal atas perbuatannya yang dulu. Mungkin ini adalah balasan yang Allah berikan kepadanya.

'Maafkan ibu.'




Elyna dan daddynya bergegas ke hospital. Elyna tidak berhenti mengalirkan airmata apabila mendapat tahu kakak kembarnya ditimpa kemalangan.

Bilik kecemasan ditujui. Dalam hati mereka tidak berhenti berdoa agar gadis itu dapat diselamatkan. Mereka tidak sanggup untuk kehilangan orang yang tersayang lagi.

Mereka berdua menunggu diruangan yang disediakan. Karl ada menghubunginya tadi. Dia sudah memberitahu hal tersebut kepada tunangnya.

Setelah mengambil masa yang lama, seorang doktor perempuan keluar dari bilik tersebut dengan riak wajah yang sukar ditafsirkan.

"Macam mana keadaan kakak saya?" soal Elyna terus dengan wajah yang penuh airmata. Doktor tersebut menggeleng.

"Kenapa? Kakak aku tak mati kan? Daddy! Kakak tak mati kan?" jerit Elyna seperti orang gila lalu menerpa masuk ke dalam bilik tersebut.

Wajah kakak kembarnya ditenung dengan pandangan sayu. Perlahan-lahan dia mendekati tubuh itu dengan esakkan.

"Akak? Bangunlah. Akak tak sayang adik ke?" soalnya sayu sambil menggengam erat tangan Eryna. Dia mencium dahi kakak kembarnya dengan penuh kasihsayang.

"Akak, akak selalu cakap dengan adik dulu yang akak kan kuat. Jadi, tolonglah bangun." rintih Elyna. Pandangan jatuh pada cincin di jari Eryna.

Elyna mengambil jari tersebut, airmata mengalir dengan deras. Cincin itu adalah hadiah waktu ulang tahun mereka. Eryna sendiri yang menghadiahkan cincin tersebut kepadanya.

Flashback

"Selamat ulang tahun adikku sayang." ucap Eryna dengan gembira. Elyna membalas senyuman tersebut.

"Selamat ulang tahun juga kakakku sayang," ucap Elyna kembali. Mereka berpelukkan sesama sendiri.

"Akak ada sesuatu nak bagi dekat adik." kata Eryna lalu menunjukkan sebuah kotak kecil.

"Apa tu?"

Eryna membuka kotak tersebut dan mengeluarkan dua buah cincin yang cantik dan mempunyai huruf 'E' pada cincin tersebut.

"Wah, cantiknya." teruja Elyna.

"Cincin ini sebagai ikatan kita berdua. Jangan sesekali buka kerana ini tanda kita saling menyayangi. Kalau akak atau adik buang cincin ni maknanya rasa sayang tu tiada. Tapi, kalau tak buang, maksudnya kasihsayang kita utuh." ujar Eryna lalu menyarungkan cincin tersebut pada jari adiknya.

"Adik janji, adik takkan sesekali buang cincin ini," kata Elyna.

"Janji?"

"Janji!"

End flashback

Elyna menangis teresak-esak. Kakaknya langsung tidak membuang cincin itu. Buktinya, Eryna setia mengekalkan cincin tersebut pada jarinya.

"Akak! Bangun, akak! Jangan tinggalkan adik." rayu Elyna bagaikan orang gila.

"Akak, bangun. Adik tahu akak sayangkan adik. Tolong bangun. Adik merayu." rintihnya tersendu-sendu.

"Akak, adik sayang akak."

"Tolong bangun."

Namun, semuanya sia-sia. Gadis itu sudah tidak bernyawa lagi. Elyna memeluk tubuh kakaknya dengan erat.

"Jika ini ketentuan Allah, adik redha. Selamat tinggal akak."



Done update🌸👀 nangis ke tu?
#macambiasa
#votedankomen

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now