Camping 🏕️(true story)

194 3 0
                                    


Okay, first sekali Yani nak ucapkan ribuan terima kasih yang mana baca cerita Yani yang tk berapa best ni. Thanks sesangat kat korang yang baca yang voting... Yani sangat-sangat hargai korang.

Okay, cerita kali ini tentang camping di Selangor. Yani tak ingat kat mana tapi area Sepang. Kisah ni adalah original from my friend. Dia yang alami kejadian mistis ni. Tapi tak tau la sahih ke tak dia dan tuhan je yang tahu.

Benda ni berlaku tiga tahun yang lalu (2018). Seingat Yani dalam bulan 11, hari first budak form 5 nak SPM. So, camping tu kitorang la paling tua 16 tahun.

Kem tu berjalan lancar pada hari yang pertama, ade taklimat, pantang larang, peraturan dan sewaktu dengannya. Masa tu kitorang sampai petang dalam pukul 4.30. Then lepas pasang khemah ape semua kitorang solat berjemaah.

Malam tu tiada kejadian pelik berlaku. Dan esok hari mula la aktiviti kitorang. Ade kawad, game compas tu (tak ingat nama dia), belajar pasal kotal first aid dan lain-lain. Malam tu kitorang ade malam burung hantu.

Malam ni la yang kitorang tunggu-tunggu. Tapi malam burung hantu kitorang tak seperti yang pernah korang join atau korang dengar. Kan selalu malam burung hantukan KJ akan tinggalkan kita sorang-sorang cari jalan keluar sendiri. Kitorang tak macam tu. Kitorang punya malam burung hantu ni just jalan-jalan ramai, tengok pemandangan pantai. Sebab tapak kem tu dekat gila dengan pantai.

Yani jalan dengan member la kan. Actually tak boleh sebab kene jalan by group. Haha tapi time tu Yani punya degil, lantak la aku nak jalan dengan kawan aku jugak. So malam tu kitorang jalan rentas hutan kecil , kampung sampai dekat pantai patah balik ke tapak kem. Tapi patah balik tu lalu jalan lain. Jalan tu gelap gelita kitorang jalan pegang tangan takut la kalau sesat.

Out of sudden, Yani dengan member terbau sesuatu yang wangi. Yani ni time tu tak tahu la kenapa mulut ni lancang sangat nak tegur. Yela kau bayangkan time tu dekat tepi sungai sungai tu kotor tapi wangi seakan akan bau bunga, pelikkan, tu yang Yani tegur tu. Sampai je tapak kem jam menunjukkan pukul 1 pagi. Time tu semua dah penat gila, KJ suruh kami pulang ke khemah masing-masing.

Yani jenis kalau tidur dekat tempat orang memang akan baca surah-surah lazim sebelum tidur. Maybe sebab tu kut Yani lena je. Esok pagi, tu member cerita yang member kitorang nampak si "gula-gula" ni kat luar khemah. Time tu diorng ni bawak benda terlarang (phone). So malam tu diorang main la fon. Main game ape semua. Budak laki biasa la.

Suddenly si mamat sorang ni dengar bunyi lompat-lompat. Dia cakap la kat kawan dia kat sebelah tapi kalau dah main game tu memang takkan di layan punya. Dia pun tengok la dekat dinding khemah tu ade bayang-bayang bende sedang melompat. Lagi la seriau member tu. Dia pun panggil kawan sebelah tu and dia kata maybe ade la tu orang kacau diorang nak main prank.

Dia pun tak puas hatilah sebab dia punya la takut tadi rupanya ade orang nak prank. dia pergi keluar nak marah orang prank tu. And then, apa yang dia nampak the "gula-gula" tu melompat keliling khemah dia, tapi time tu the "gula-gula" tu lompat ke arah belakang khemah, so dia nampak belakang gula-gula tu tk nampak muka. Dia dah pucat dia masuk khemah balik selimut satu badan , dia tidur.

Dia percaya tu bukan prank sebab, benda tu terikat sempurna dengan kaki terikat. Budak mana pandai kafan mayat, sampai beriya kafan kawan dia jadi perfect macam tu.
Nasib baik dia tak nampak muka benda tu.

The end...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 19, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

koleksi cerita ser4m Where stories live. Discover now