Siapa kat atas ⁉️( True story )

371 12 0
                                    


Kisah ini bermula ketika aku dan rakan sekelas aku kira-kira 5-6 orang sedang kemas kelas sempena jamuan hari raya esok. Kitorang start mengemas pukul 3 petang lepas waktu persekolahan, So masa tu dah tak ramai orang dah kat sekolah and cikgu pun ramai dah balik. Masa tu kitorang dah decide untuk balik dalam pukul 4.30 petang.

Biasalah lumrah perempuan kalau bergurau and gelak kuat-kuat. Kawan aku ni pulak bawak phone senyap-senyap, So dia buka lagu K-pop lepas keaadaan dah lengang . Sambil mengemas tu kitorang menyanyi, ade yang menari, bergelak tawa. Ketawa pulak masing-masing tak ingat dunia.

Dalam pukul 3.30 petang, salah seorang dari rakan kami ingin pulang, dia ajak aku teman dia turun bawah. Lupa nak beritahu, kelas aku berada di tingkat paling atas and tengah-tengah. So aku pun temanlah dia turun and tunggu sampai ayah dia sampai baru aku naik.

Semasa aku nak naik tu terasa nak pergi tandas sebab sakit perut, So membuanglah ape yang patut🤭😅. Aku tak tau lah lama sangat ke aku dalam tandas tu. lepas aku keluar, aku betulkan sikit tudung then naik ke atas dapatkan yang lain. Nak bagitahu masa tu aku terlupa nak pakai jam tangan sebab kelam kabut dah lambat nak ke sekolah pagi tu.

Bermulalah kisah seram aku dimana setibanya aku di atas, aku menuju ke kelas aku. Masa tu aku teruja lah, aku decide nak sergah diorang. Masa tu pintu kelas tutup sebab tak nak cikgu tahu diorang bawa phone🤪. Masa nak dekat sampai tu, aku dengar dah suara gelak sakan, lagu K-pop. Aku pun datang dengan senyap sambil tersenyum sebab terbayang reaksi muka diorang nanti bila kena sergah.

Aku jengah dari tingkap kelas and sergah tapi takde orang. Aku fikir diorang menyorok so aku pergi buka pintu kelas. Memang betul-betul takde orang. Then aku dengar suara-suara dekat kelas sebelah. Lupa nak bagitahu lagi😂, kawan- kawan aku kelas-kelas sebelah join sekaki lepak teman kitorang kemas. So bila aku dengar suara diorang dekat kelas sebelah its normal, korang pun mesti pernah buatkan, maybe diorang dah habis kemas sambung lepak sebelah🧐 berdasarkan positive thinking aku.

Aku pun senyap-senyap pergi kelas sebelah then sergah. Sekali lagi takde orang. Then aku dengar lagi kat kelas sebelah and kelas tu kelas paling ujung dan ofcourse la gelap. Otak aku dah fikir macam-macam.  Aku tak fikir apa dah, aku lari dari kelas menuju ke tangga aku naik sebentar tadi terus turun sampai bawah.

Apa yang mengejutkan aku, rakan-rakan aku semua ada dekat bas stop. Lepas tu aku tanya la diorang bila turun sebab tak nampak diorang turun bawah. Then diorang jawab "kitorang turun tak lama lepas kau teman Sakinah tu, kitorang pun tak nampak kau".

Muka aku pucat. "Habis tu suara siapa yang aku dengar dekat atas".



Maaflah kalau tak seram sangat 🙏🏻
Kalau korang suka please hit the voting button untuk support saya .... 𝖳𝗁𝖺𝗇𝗄𝗌 🌸💖

koleksi cerita ser4m Where stories live. Discover now