teaser 4

397 9 1
                                    

Teaser Manis.

Aku toleh ke arah pintu. Alahai! Siapa pula yang sibuk nak ganggu aku ni?
Dengan langkah malas aku menapak ke pintu dan buka luas daun pintu.
Terpampang figura tegap Isaac di depan mata. Sebelah tangannya menahan pintu. Agaknya takut aku tutup pintu semula. Sebelah lagi pula dimasukkan ke dalam poket dengan gaya santai.
"Why are you running, my dear?" Dia tunduk sedikit mencari anak mataku.
Cepat aku pandang ke tempat lain. Contohnya corak wainscoting kat tepi dinding ni. Tak mahu aku zina mata dengan dia lagi.
"Are you blushing, honey?"
Bulat mata aku sambil sentuh pipi sendiri.
"Mana ada!" Nafi aku semahunya. Pipi aku merah ke?
Isaac ketawa sambil tegakkan badan semula. Dia ni kan suka sangat ketawa tau. Ketawa dia tu dahlah charming. Kalau tak fikir dia anak tiri arwah mama. Mungkin benar aku boleh jatuh cinta pada dia.
Satu lagi hal dia ni mulut macam ada madu kat dalam. Honeylah, dearlah... Dia buat aku ni macam awek dia pula. Mujurlah aku ni faham yang lelaki Inggeris memang suka gelar-gelar orang begitu.
Maklumlah,  arwah bapa tiriku dulu itu asalnya warga British dan berkahwin dengan perempuan Kanada. Bercerai dan ada anak seorang. Si Isaac Duncan nilah. Mungkin kerana asuhan bapa tiriku yang dulunya memang sangat romantis.
Makanya, anaknya pun begitu juga. Melayan orang dengan budiman biarpun apa orang buat dia. Orang tu akulah. Sebab aku selalu marah dia. Tapi dia masih layan aku dengan baik dan cool.
Eh! Apa fikiran aku jauh melalut ni?
"Hah! Awak nak apa ni?" Aku dongak pandang dia. Buat-buat selamba.
"I want you."
Tengok dia balas apa! Aku cubit mulut tu baru tahu.
Dia ketawa suka lagi.
"Don't run from me, Nisha. Just mengaku kalah je yang you dah jatuh cinta pada I. Simple kan?"
Dia angkat kening dua kali dengan senyum nakal. Simple dia kata? Tak kuasa aku nak jatuh cinta pada dia.
"Eeeiuww! Bila pula saya jatuh cinta kat awak. Jangan nak perasan ya!" Aku picing mata pada dia sambil tunding jari telunjuk ke arahnya.
Dia gelak lagi. Aku ingat kan. Wayar dia ada putuslah. Asyik gelak aje macam orang tak betul.
Pusing badan, dia mula bersiul.
"You... You memang sangat cute. So, stoplah being so cute. You buat I hanyutt...."
Argghh! Meremang tengkok aku dengar dia nyanyi lagu gedik tu. Dah tak ada lagu lain ke kau nak bersenandung Mr Duncan oii!

Berminatt ws laju2.
www.wasap.my/60173255126/Kombobersemut

#kombobersemut #tulangrusukmrduncan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

#kombobersemut #tulangrusukmrduncan

Tulang rusuk Mr. Duncan ( Sudah Terbit)Where stories live. Discover now