Bab 2

1.1K 103 5
                                    

BAB 2



MERATA tempat aku pergi temu duga kerja. Satu pun tak mengena. Bukan itu saja nasib malang aku. Housemate aku semua berpakat nak halau aku keluar dari rumah. Sebab apa? Sebab aku selalu merungut mereka bawa balik teman lelaki ke rumah. Huh! Aku pun tak mahulah bersubahat lagi. Dosa aku pun tak tertanggung. Lagi nak tanggung dosa tengok maksiat depan mata.
Aku dapat tahu pun apabila terdengar dia orang mengumpat aku kat ruang tamu.
Penat berjalan, aku akhirnya berhenti duduk di bangku taman.
Rasa nak menangis pun ada. Mana nak cari kerja. Duit simpanan pun makin menyusut. Kalau nak sewa bilik pun nak kena bagi deposit dulu. Mana aku nak cekau duit?
Telefon bimbit yang berada dalam bag sandangku terasa bergetar seiring dengan lagu. Tanda ada panggilan telefon.
Melihat nama Zira yang terpampang di skrin. Aku hela nafas. Aku nak jawab apa ni?
“Bolehlah Kak Nisa. Kesian mak tak ada tempat nak tumpang. “
Nada suara Zira mendayu-dayu menyapa telinga aku. Dia punya mendayu macam tengah mengayat pakwe dia.
“Akak dah tanya housemate akak. Dia orang tak mahu ramai-ramai tumpang rumah ni.”
Minggu depan ada kenduri dirumah Mak Andak. Jadi, mak angkat dan adik-adik angkatku nak menumpang dirumah aku kononnya. Masalahnya, kawan-kawan serumah aku tak suka ramai-ramai dalam rumah. Mana tidaknya, adik-adikku seramai lima orang berserta emak mahu menumpang. Tentu saja mengganggu privasi mereka yang berkerja shift.
Mak angkat aku ni aku kenal waktu masih bersekolah  asrama dulu. Mak pekerja kantin di sekolah itu. Dulu, aku selalu menyendiri. Tak ramai kawan. Mak yang selalu temankan aku. Lama-lama aku jadi rapat dengan mak berbanding dengan mommy aku sendiri. Tambah pula mak ramai anak perempuan yang comel. Aku yang anak tunggal ini jadi seronok rapat dengan keluarga mak.
Tapi mak tak boleh tahu kesusahan aku hidup di Bandar ni. Aku takut mak susah hati.
“Errmm.. Itulah yang Zira minta tumpang kat rumah Kak Nisa. Rumah tuu…”
Aku lepas keluh. Sebenarnya aku ada rumah sendiri. Tapi disebabkan wasiat arwah mommy dan daddy. Rumah itu terpaksa dibahagi kepada dua pemilik. Aku dan dia. Aku pun pening bab ni. Sebab malas nak fikir. Aku lepaskan pada mamat tu.
“Tak  naklah akak jumpa mamat tu.” Terbayang lelaki yang berkongsi rumah dengan aku itu. Siapa lagi kalau bukan si Isaac Duncan. Mamat mata biru yang menjengkelkan itu.
Beberapa hari lalu. Dia bagitau aku yang dia dah balik sini dan bakal bermaustatin di sini. Dia anak kepada arwah daddy dengan isteri lamanya sebelum menganut agama Islam. Mat saleh ni unik sikit sebab dia pandai cakap bahasa  melayu. Fasih bukan main mengalahkan orang Malaysia sendiri.
Dahlah tu, walaupun dia masih belum balik Malaysia waktu tu. Dia pandai-pandai buat renovation rumah bersama kami tu. Sudahnya aku hidup menyewa di luar.  Kalau tak, boleh aku jimat duit dan tinggal di rumah tu.
“Kak Nisa!” Suara Zira kembali bergema dicorong telefon pintar aku.
“Fine. Nanti Kak Nisa tanya dia. Itupun kalau dia benarkan.” Nampaknya terpaksalah aku menebal muka menghubungi dia.

Letak panggilan telefon Zira. Aku dail pula nombor si mat saleh tu.

“Hello, Mr Isaac Duncan?”

“Hello, Nisha?” Bibir aku mendecit halus apabila dia menyebut nama aku sebegitu.

“It’s Nisa.. Mr Duncan. N.I.S.A. Nisa.” Buat sekian kalinya aku betulkan sebutan dia.

“Yeah! I know. Nisha!” Aku dengar tawa kecilnya disana. Memang sengaja!

“You nak apa dear?” Lembut dia bertanya. Entah sejak bila dia mula berlembut dengan aku. Sejak aku buat keputusan keluar dari rumah itu mungkin.

“Hurm.. Saya ak bagitau. Next Sunday. Family saya dari kampung nak tumpang rumah awak. Itupun kalau awak bagilah..” Aku terus ke tujuan utama aku menelefon dia. Malas nak kona sana sini.

“You sekali?”

“Tentulah saya sekali. Takkan saya nak biar dia orang tinggal dengan awak sendiri.” Aku ketap bibir. Entah kenapa aku masih belum boleh menerima dia yang tinggal dirumah itu. Jadi, layanan aku padanya masih sama seperti kali pertama kami bertemu dulu. Dingin dan meluat! Memang aku tak suka dia.

“Sure. Boleh saja kalau you dengan family angkat you nak tinggal situ. Kan I dah kata rumah tu rumah you juga. Lagipun, rumah tu dah siap renovation. You nak tinggal terus pun I okey je.“ Masih lagi penuh gentleman. Dia lupa agaknya yang aku dan dia bukan mahram. Gilalah aku tinggal dengan dia sekali.

"Thanks but no thanks. Saya nak tumpang untuk seminggu aje. Lepas tu, saya balik rumah sewa saya semula. Takkanlah saya nak duduk situ terus. Awak tu bukan suami saya." Tercebik bibir aku. Kalau dia suami aku. Tak apalah juga. Tak adalah mulut orang nak mengata. Dia ingat sini macam kat negara dia?

"Then, be my wife. Dear.."  Dari tercebik terus aku jadi pegun. Aku tatap skrin. Biar betul mamat ni. Picing anak mataku dengan mengetap bibir. Tak agak-agak nak bergurau.

"Awak bergurau macam tu lagi. Saya sunatkan awak!" Aku ugut dia. Biar dia tahu sakitnya bersunat. Aku tutup mulut dari terlepas tawa. Tak dapat nak menahan diri dari membayangkan si mamat sasa seperti Isaac Duncan pakai kain pelikat macam budak baru lepas bersunat.

Dia ketawa besar.
"You so cute. Jangan cute macam ni depan orang lain ya."

Terus aku duduk tegak dan pandang sekeliling. Dia ada kat sini ke? Tak ada orang. Cuma aku seorang aje tercongok menangisi nasib diri sejak tadi.

“Ehamm.. Okey... Bila you all nak datang. Boleh I prepare apa yang patut. But the next Monday I kena outstation for a week. So, you okey kalau I tak ada nanti?” Suara Isaac sudah bertukar ceria.
Perasaan aku aje kut. Takkanlah dia nak muncul kat sini pulak kan?

“Okey!” Laju aku menjawab. Tersangatlah okeynya kalau dia kena outstation. Jadi, tak payah lah aku menghadap dia selama seminggu!

“Then, welcome to our home sweet home honey..”
Urghh! Mulut tu kalau tak berhoney dear dengan aku tak boleh agaknya. Bila aku jadi honey dia entah!

"You kat mana ni?"

"Saya kat mana pun awak sibuk apa?" Herot mulut aku menjawab.

"Dah petang ni. Baliklah rumah. Tak elok perempuan jalan-jalan di luar waktu macam ni, Nisha.."

Sekali lagi aku mengitari kawasan itu.

"Awak stalk saya ye? Mana awak tahu saya kat luar?" Mulalah aku nak rasa seram.

Dia gelak.
"Okey, Bye dear."  Terus dia letak panggilan selepas itu.




Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tulang rusuk Mr. Duncan ( Sudah Terbit)Where stories live. Discover now