Suku Akhir

1.7K 107 11
                                    

Selepas belajar teknik² Alicia, Ali menuju ke bilik Tekno untuk mula mencipta peluru² baru supaya boleh digunakan dalam perlawanan akhir kerana tak mungkin boleh siap sebelum esok.

Apabila mengingati kata² Rudy tadi, dia membatalkan sahaja niatnya untuk mengganti semula gari Rudy. Lagipun Rudy takkan terima kerana ego.

Sedang sibuk dengan ciptaannya, telefon Ali berdering. Dia fikir yang M.A.T.A panggil untuk pergi misi tapi salah. Terpapar nama ayahnya di telefon 'alamak ayah call, kenapa tiba² call? Dah pukul berapa?' dia melihat jam yang sudah menunjukkan pukul 11:00 malam. Tidak mahu ayahnya curiga, dia terus mengangkat panggilan.

"Ye ayah?"

"Kamu kat mana malam² tak balik lagi?"

"Oh Ali..kat mamak dengan uncle. Saje lepak"

"Ok hati² balik nanti"

"Ok ayah, bye."

Dia meletak panggilan. Nasib baik dia ingat pasal Mamak Maju, kalau tidak tak tau nak cakap apa tadi. 'Kisah juga ayah kat aku eh. Ingatkan sibuk sampai tak sedar aku tak balik'
Ali tersenyum seorang diri sambil mengemas barang dan pulang. Kepulangannya disambut oleh Dr.Ghazali dengan muka yang risau.

Pukul 12:13 tengah malam
Ali mencuba beberapa pergerakan Alicia di dalam biliknya sambil sedaya upaya untuk tidak membuat apa² bunyi. Beberapa kali mukanya mencium lantai tetapi dia tahu semua ini berbaloi untuk masa akan datang.

Keesokan harinya.....
Ali meneruskan rutin biasanya tetapi harini Viktor tidak dapat datang ke rumah Ali. Dia pun tetap di situ dari pukul 9:30 pagi dan menghabiskan masa berlatih, menganalisis pergerakan dan menyambung ciptaan peluru baru untuk Alicia.

Semua ejen muda dipanggil untuk meneruskan perlawanan suku akhir. Perlawanan ini akan disertai tiga² pasangan sekali gus dan 2 pasangan yang bertahan akan naik ke peringkat akhir.

Alilicia menjadi sasaran duo yang lain tapi Ali tak sanggup nak cederakan Khai jadi Ali memberitahu Alicia tentang VHack yang mampu menggodam apa² peranti. Alicia mula mengatur serangan dalam masa yang singkat.

Ali membentuk perisai plasma dan memberi Alicia VHack untuk dilastik ke arah R.O. Bulat membaling pelbagai cube effect yang dihalang dengan gasing Ejen Aliya. Gari Rudy berjaya ditolak semula dengan Blastique dan sekali lagi, mereka berada dalam perisai plasma sementara Ali menggodam R.O. Zass mengambil keputusan untuk menyerang Rudy tetapi terkena cube effect Bulat. Alicia melastik Bulat yang teralih perhatian '2 jatuh, 1 je lagi untuk menang' Alicia berkata dalam hati.

Semasa Rudy berlawan 1 vs 1 dengan Alicia, Ali mengawal R.O untuk melanggar kaki Khai menyebabkan dia terjatuh dan terus melontar gasing graviti. Dia tak mahu cederakan sahabatnya sendiri. Baru sahaja Ali ingin pergi membantu Alicia, Ejen Leon telah mengumumkan pemenang iaitu Ali & Alicia berserta Rudy & Bulat. Dia lupa bahawa 2 pasangan akan menjadi pemenang dan hanya perlu menumpaskan 1 duo sahaja.

Ali bergegas menolong Khai dan Zass yang tidak boleh bergerak. Sekali lagi, mereka mendapat pujian dari kawan² dan mentor lagi² Ejen Bakar dan Ejen Geetha.

Di café....
"Oi pembelot! Jangan berlagak sangat! Menang sikit dah berlagak"

"Tu pun kitaorang bagi kau senang² punya"

"Kalau tak, memang fail lah kau tadi!"

Ali memekakkan telingnya dan terus beredar menuju ke bilik Tekno untuk meneruskan ciptaannya. Semua mentor hanya melihat dari jauh dengan penuh simpati. "Aku nak gi tengok Ali jap" Ejen Bakar memberitahu mentor yang lain. Bertambah kesian bila tengok anak buahnya dihina di depan mata.

"Kau jangan ambik hati sangat kat diorang tu. Diaorang tu cemburu je sebab ko menang"

"Oh uncle. Memang malas pun nak dengar, tapi saya tak faham kenapa diorang nak benci sangat kat saya. Kan saya dah bagitau, saya bukan nak belot M.A.T.A, saya cuma nak tolong orang yang lebih susah. Bukan saya sengaja curi Azurium supaya Nikki jadi kuat"

"Biarlah diaorang. Yang penting kau kena kuat macam uncle tau. Nanti uncle belanja kau makan baru boleh tumbuk budak ²tu kuat²"

"Tq uncle, kalau takde uncle, tak taulah sape yang nak ambil berat pasal saya"

"Alahhhh biasa je..dah, jangan sedih². Kau kan kuat. Ha ni uncle nak tanya, kau dah dapat idea belum nak cipta gadjet baru untuk kawan² kau?"

Ali pun memberitahu ideanya kepada Ejen Bakar yang sangat takjub dengan kebijaksanaan anak buahnya. Dia terus memuji dan memberi semangat kepada Ali.

"Oklah uncle pergi dulu, kau siapkanlah gadjet tu." Mentor kombat itu keluar tepat sahaja ketika mentor tekno memasuki bilik tersebut.

"Hai Ejen Geetha"

"Kamu tengah buat apa tu?"

"Saya tengah siapkan peluru baru untuk Alicia. Esok kan perlawanan akhir"

"Oh, saya bangga dengan kamu. Kamu dah buktikan yang kamu boleh buat segalanya tanpa bantuan I.R.I.S. Tapi jangan sedih dengan kata² mereka tadi"

"Takdelah, saya tak sedih pun cuma saya pelik apa yang diorang benci sangat kat saya?"

"Mereka hanya salah faham. Jadi, peluru baru apa yang kamu cakap tadi?"

Ali sekali lagi memberitahu Ejen Geetha tentang ideanya. Sangat baik budi pekerti Ali di mata Ejen Geetha. Dia tidak pernah lupa akan jasa seseorang walaupun orang tu benci dengan dia. Cuba tanya diri sendiri, mampu ke kita hadap apa yang Ali hadap setiap hari? Memaafkan orang yang membenci kita tapi orang tu tetap menghina kita. Mampukah?

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now