Comot

999 64 11
                                    

Selepas dirawat, mereka berjumpa dengan ejen muda yang lain di café untuk makan sambil berbual. Beberapa balutan dan plaster berada di muka dan tangan mereka.

Selepas mendapatkan air dan makanan, Ali duduk di sebelah Khai dan menyertai perbualan mereka. Moon menanyakan tentang upgradenya dan Alicia serta mengapa mereka tidak menggunaknnya.

Ali pun menerangkan rancangannya kepada Moon, Khai, Chris, Iman, Mika, Zass, Bulat secara teliti. Tak lupa juga Comot yang sedang memakan tunanya ditepi meja.

Setelah selesai, dia meminta diri untuk pergi ke tandas, tapi kali ini Comot meminta untuk menemannya ketana takut perkara sama terjadi lagi.

Benar firasat kucing itu, Ed dan Armin datang ke dalam tandas selepas Ali selesai membasuh tangan. Ejen tekno yang takut mereka akan membulinya cuba berbaik tetapi apa gunanya, mereka tidak ubah seperti geng Rudy.

"Kau ingat kau menang, kau boleh berlagak ah?!" Ali ditolak sehingga tersungkur. Comot mendesis kepada dua ejen itu tetapi mereka hanya tersengih.

"Kau bawak kucing? HAHAHAHHA Dia boleh buat apa?" Ali sangat marah dengan kata² Armin , begitu juga dengan Comot yang tersinggung dan terus melompat lalu mencakar muka ejen neuro tetsebut.

Ali mengambil kesempatan untuk lari tetapi Ed menyadung kakinya sehingga terjatuh. Comot cuba untuk mencakar ejen inviso tersebut namun Ed mencapak Comot ke sebelah Ali dengan kuat sehingga terkena bucu pintu membuatkan kucing itu pengsan akibat hentakan.

Cukup perkara tadi membuatkan Ali tidak boleh mengawal perasaan marahnya lagi sehingga dia memberikan sepakan tepat ke muka ejen inviso lalu menyerang ejen neuro dengan yoyonya.

Itu masih tidak memuaskannya lagi, dia hendak menyerang lagi tetapi Ash menghalangnya dan menyuruh untuk membawa Comot lari kerana tidak mahu keadaan menjadi lebih teruk.

Ali tanpa ragu² terus memeluk Comot dan berlari sepantas mungkin dengan bantuan Aeroboots nya menjauh daripada duo baru itu.

"Comot, kau tahan eh, aku tahu kau sakit, takpe aku bawak kau kat Ejen Geetha. Jangan tinggalkan aku" kata2 Ali dibalas dengan ngiauan lemah yang mengatakan dia masih okay.

Air mata ejen tekno itu tidak berhenti mengalir begitu juga dengan Ash yang berteriak marah kepada duo baru tadi. Bukan sahaja mereka cuba membuli Ali tetapi mencederakan Comot.

Hampir tiba di café, anak peneraju tersebut berteriak memanggil Ejen Geetha apabila melihatnya. Semua perhatian tertoleh kepadanya apabila dia berteriak tadi dan semua orang melihat apa yang terjadi.

"EJEN GEETHA! COMOT.....DIA.....CEDERA!" tercungap cungap kata2 Ali kerana penat berlari tetapi semua orang masih faham apa yang cuba dikatakan Ali dan terus berlari melihat keadaan kucing yang lemah tersebut.

"Macam mana boleh cedera?" Apabila mendengar soalan mentornya, dia mula teringat dengan tindakan Ed dan Armin membuatkan dia berubah marah dan dendam. Ejen Geetha memeriksa keadaan Comot yang tampak longlai apabila diangkat

"Tch, Ed dengan Armin cuba nak serang saya..Comot tolong tapi....diaoranv campak Comot sampai cedera" semua ejen sangat terkejut mendengar pernyataan Ali, mereka juga turut marah dan sedih kerana selama ini Comot telah banyak membantu.

Apabila diperiksa secara ringkas, bukan sahaja Comot dalam keadaan lemah tetapi terdapat luka dalam disebabkan terkena bucu pintu tandas tadi. Membulat mata masing², kucing itu digegaskan ke bilik rawatan manakala mereka tunggu di luar.

"ISHH MEMANG NAK KENA DIAORANG TU" Moon menjerit. Khai dan ejen2 lain cuba untuk menenangkan Ali yang menangis apabila melihat keadaan kucing tersayangnya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Setelah beberapa minit, mentor kepada teras tekno keluar dengan wajah yang sedikit gembira tetapi juga sedikit sedih. Dia mengkhabarkan bahawa Comot baik² sahaja tetapi dia cedera di bahagian perut. Ali bergegas untuk melihat kucingnya yang tidak sedarkan diri dan menangis membawa kucing itu pulang.

Dalam perjalanan pulang, dia berniat untuk menyinggah ke Zali Mart dan membelikan Comot makanan kegemarannya. Sampai di depan kedai, dia meninggalkan Comot terbaring di atas skutenya yang sepatutnya disimpan.

Tidak mahu meninggalkan kucingnya lama², dia bergegas pergi mencari makanan dan keperluannya.

Di luar, seorang perempuan mendatangi kucing tersebut kerana dia mengecam skuter dan kucing tersebut.

"Eh, tu bukan Comot ke?" Dia mendekat secara perlahan lahan dan terkejut melihat keadaan kucing tersebut yang berbalut dan tidak sedarkan diri.

"Apa jadi ni? Kenapa badan dia kena balut siap ada darah lagi?" Dia mengusap kucing tersebut.

"OI Roza! Kau nak buat apa dengan Comot?! " Ali sudah memegang yoyonya walaupun di tempat awam kerana tempat itu sunyi.

"A-aku bukan apa..aku terkejut tengok badan dia berbalut" Roza mengangkat kedua belah tangan tanda dia datang secara aman.

"Penipu!"

"Betul aku tahu aku salah, sorry, k-kenapa dia macam tu?"

"Bukan-" tiba² Ash menasihati Ali untuk bertenang kerana dia tahu Roza datang dengan niat yang baik melalui cara dia bercakap, air muka dan perbuatannya. Ali agak ragu2 tetapi kerana kepercayaannya kepada Ash, dia menyimpan semula yoyonya.

"Haih....kenapa kau kat sini?" Ali bertanya walaupun dia susah untuk terima kedatangan seorang kawan yang telah mengkhianatnya dahulu.

"A-aku nak pergi kedai tapi tiba² nampak dia kat atas skuter kau..aku pelik kenapa dia berbalut" keadaan agak janggal bagi Roza.

"Sebenarnya, lepas korang kena buang, ada dua ejen muda lelaki baru masuk..sorang neuro, Armin, sorang inviso, Ed. Tapi diaorang tak suka dengan aku. Lepastu kitaorang ada latihan duo and Alicia dengan aku menang tapi diaorang tak puas hati. Jadi bila aku pergi tandas, diaorang cuba nak buat apa yang korang buat kat aku dulu tapi Comot selamatkan lepastu Ed campak Comot kuat2 sampai terkena bucu pintu."

Wajah Ali berubah sedih dan marah melihat keadaan kucingnya yang cedera disebabkan dirinya.

"Oh, nampak macam teruk je luka tu tapi..Comotkan kuat" perkataan tersebut mengingatkannya kepada waktu data ibunya dipadamkan.

"A-ali.... sebenarnya...aku...nak minta maaf. Aku dah sedar semua benda yang aku buat kat kau selama ni salah besar. Aku buat aku sampai cedera teruk. Buli kau"

Ali sambil mendengar percakapan Roza melihat sekelilingnya yang pelinya sunyi walaupun pada hari biasa. Apabila dia menoleh kembali ke arah Roza, rupa bekas ejen neuro tersebut mencair dan hancur membuatkan Ali terperanjat dan cepat² bangun.

"Eh kenapa?" Tiba² muka Roza kembali seperti biasa bermakna tadi semua hanyalah halusinasinya sahaja.

"Erkk takde papelah..apa pun aku maafkan kau. Semua orang buat silap"

"B-betul ke?!" Teruja dan gembira apabila mendengar Ali akan memaafinya.

"Betul, aku nak minta maaf jugak sebab aku korang kena buang"

"Tapi kitaorang yang buli kau dulu, aku minta maaf sangat²"

"Ye, aku maafkan. Tapi dengan satu syarat..kau kena datang rumah aku Sabtu petang"

"Kenapa?"

"Ada lah...datang je, nanti aku send location" mereka pun berpisah untuk membuat kerja masing². Sampai di rumah, Ali membaringkan Comot secara perlahan di atas katil dan baring disebelahnya sambil memainkan kotak muzik ibunya.

Tiba2 kucing itu tersedar dan........

-----------------------------------------------------------
Hai korang..ni chapter baru and sorry buat korang tunggu lama². BTW kat YT ada beberapa edit Ejen Ali Hope korang enjoy chapter ni





Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now