A1-11-2

1K 71 10
                                    

Basically tragedi ni berlaku pada tahun 2019 di Universiti Malaysia Sabah Kota Kinabalu. Sesiapa yang dapat bilik di blok A1 rumah 11 bilik 2 mesti tahu dan pernah alami pengalaman ni, dan pada sesiapa yang bakal dapat bilik ni, adios dan selamat berjaya

Blok A1 terletak di Kolej Kediaman Excellent yang sangat ceruk dan jauh dari kolej kediaman yang lain. Kebanyakkan student yang dapat Kampung E adalah student baru yang hanya terpegun dengan keindahan kampung E yang jauh dari umum dan mempunyai tasik tersendiri. Cliche kolej kediaman, asrama atau sekolah wajib ada cerita seram tersendiri. Aku sebagai student baru langsung tak ambil bahagian dengan cerita cerita seram sebab pengalaman lepas.

Ditakdirkan aku dapat bilik 2 rumah 11 blok A1. Rata rata roommate aku semua Sabah jadi aku kena bersedia untuk tinggal sorang jika ada cuti sem atau apa apa. Masa mula mula check in bilik, aku ada rasa tak sedap hati tapi aku abaikan, mungkin nervous duduk tempat baru. Beberapa bulan lepas tu, aku dah mula biasa tidur di bilik seorang diri sebab roomates aku Sabah dan selalu balik. Yang aku peliknya, tiap tiap jam 12 pagi hingga 3 pagi mesti ada bunyi tapak kaki dan alih perabot dari bilik tingkat atas. Keadaan dia macam home alone kat rumah, seram and takut. nak pergi tegur tingkat atas tak berani. jadi aku abaikan.

Beberapa hari lepastu, jam 1 pagi kecoh ada orang nampak lembaga rambut panjang berdiri di tangga sebelah rumah 11 berdekatan tempat cucian baju. Mula sorang demi sorang pelajar histeria dan macam macam cerita dari mulut ke mulut. Aku mcm biasa, perkara biasa. jadi aku abaikan dan buat taktau walaupun roomates and housemate aku semua takut. sampailah housemate aku dari bilik 3 sendiri yang histeria. baru ramai ramai bacakan doa pelindung diri masing masing. Masing masing buka pintu bilik sebab takut. cuma pintu rumah tertutup rapat. masa tu banyak bunyi tapak kaki berlari luar rumah tapi ada 2 sebab tak ada sesiapa berani nak tegur. Sebab pertama, semua pelajar diarahkan duduk bilik masing masing dan tidur untuk tenangkan pelajar dari berita histeria tadi. sebab kedua, kenapa ada bunyi berlari tapi tak ada bayang bayang. kenapa? berlari kan pakai kaki? dan kat luar terang dengan lampu spotlight. Hm. Akhir sekali disebabkan takut, student rumah 11 semua tidur dengan keadaan bilik terbuka dan terang benderang.

Pkp di sabah kebetulan dilaksanakan tepat tepat masa cuti semester. jadi semua student sabah dan student semenanjung yang sempat balik dah pun balik. tinggal beberapa kerat je dekat kampung E. bilik aku cuma tinggal aku sorang. jadi sepanjang dua bulan aku tinggal sorang sorang dalam bilik, banyak benda yang jadi. takut, seram dan tak boleh nak dilupakan.
Seminggu lepas aku mula tinggal sorang sorang, bunyi tapak kaki makin kuat dari bilik atas. tiap tiap malam. tiap kali aku nak lena, mesti ada orang berlari dari bilik atas. berlari? nak sedapkan hati je tu. siapa je berlari dalam bilik jam 2 pagi? pandai kuat pandai perlahan bunyi tapak kaki, kadang kadang bila aku pejamkan mata, bunyi tu seakan akan dari bilik aku pula kuatnya. Seminggu lepastu, bunyi tu makin teruk. Dah tak berlari, penat gamaknya tiap malam berlari. tapi kali ni bunyi alih perabot pula tiap malam. bayangkan, kau baring atas katil tiba tiba jam 1 lebih pagi kau dengar bunyi perabot dialih. pelik kan?

Jadi aku buat keputusan untuk pergi beranikan diri tanyakan tuan bilik di tingkat atas.
"Assalamualaikum..." lebih tiga kali aku ketuk dan bagi salam dekat pintu rumah atas, akhirnya dibuka seorang perempuan sabah non muslim. cepat cepat aku minta maaf sebab ganggu dan minta kebenaran panggilkan student yang menetap di bilik 2 yang betul betul diatas bilik aku. jawapan dia betul betul bagi aku terkejut😅
"uinah sorii teda tu durang. lama sudah tu dorang balik, semenanjung pula semua."
ringkas tapi aku masih faham maksud dia bilik tu kosong. jadi siapa yang alih perabot dan berlari? satu lagi persoalan aku, bunyi tu sebenarnya berasal dari bilik atas atau bilik aku sendiri?

Rahsia Alam PersekolahanWhere stories live. Discover now