Makmal Fizik

10.6K 569 24
                                    

Kat sekolah aku, makmal fizik terpisah dengan makmal kimia dengan biologi. Makmal fizik ni pulak sebelah tandas and kat tingkat satu. Setiap kali khemah or any aktiviti kat sekolah yang paksa kami pelajar stay, tandas tu akan diguna pelajar perempuan, pelajar lelaki tandas moden sikit. *tak adil*

Tapi apa yang buat aku tertanya-ii kenapa cikgu, pak guard, kelana and other student tak kasi jejak kaki kat block makmal fizik tu.. Aku amik peluang time perkhemahan sepadu bodek ahli akak abang JPAM cerita,. Ofcourse laa depa tau sebab depa senior sekolah tu dulu. So time dia nak cerita tu dia suruh aku senyap-ii and jauhkan diri dari blok berdekatan makmal fizik tu..

¤¤¤

Dulu sekolah memang aktif buat perkhemahan-ii dalam sekolah. Tapi sejak ada budak sekolah "hilang", dorang terpaksa tangguh-ii.. Waktu tu perkhemahan macam ni jugak. Sorang budak perempuan ni nama dia Bella, kebetulan time khemah dia suka cakap besar and ngusik kawan-ii dia.. Kadang-ii dia sanggup pakai makeup macam Mrs. Ponti semata-ii nak kenakan kawan dia. Malam kedua hari perkhemahan ni, waktu tengah malam ada jugak pelajar perempuan mandi walaupun dah larang, so si Bella ni gatal-ii nak kacau. So dia siap-ii then pergi tunggu kat tepi makmal fizik. Pakaian dia? Fuhh sebijik macam Mrs. Ponti. Waktu dia tunggu ni, sorang pelajar pon tak datang. Dia pon mula lahh naik bengang. Last-ii dari jauh nampak Si Aina ( budak nerd yang penakot ) tapi setahu Bella, si Aina si memang penakot pon. Boleh pulak pi mandi sengsorang.. Sementara tunggu Aina masok dalam tandas, dia senyum-ii bayangkan muka aina pucat separuh mati nanti.

Ok cun. Nampak Aina dah masok bilik mandi dalam tandas 2, Bella cepat-ii jalan slow-ii then tunggu depan bilik mandi hujung. Lebih sejam setengah tunggu kaki pon naik krem tapi si Aina ni tak keluar-ii lagi. Malas tunggu Bella pon tendang pintu tapi situasi lagi mengejutkan bila takda orang pon kat dalam. Bunyi air simbah tadi memang real tapi simen tandas masih kering. Aduhh mula rasa tak sedap badan Si Bella cepat-ii keluar dari tandas..

***

Masa waktu makan malam, kawan-ii Bella perasan Bella takda dalam khemah. Bila tanya student lain sorang pon taknampak Bella. So geng dia ni pergi laa lapor kat cikgu ngan fesi. Time kumpul, dorang kira memang tak cukup sorang, means memang Bella takde. Jadi dia minta semua student yang berani cari pair 2,3 orang and tolong cari. Dalam jam 1 pagi, ada kumpulan yang jumpa selipar Bella kat lorong sebelah makmal fizik. Dorang mula rasa tak sedap hati.. Dorang intai kat dalam nampak Bella tengah baring atas meja. Dorang pon lapor kat cikgu. Bila cikgu try bukak pintu tu bermangga dari dalam. Bila masa pulak Bella ada kunci makmal fizik ? Jadi terpaksalah para cikgu-ii ni pecahkan pintu, cikgu and ustaz lelaki masuk then diorang gi kat Bella, waktu tu ada group intai dari luar nampak ustaz tengan cakap dengan sorang perempuan rambut panjang ni. Sebab rasa takot group ni teros lupakan hajat intai tu. Nampak cikgu angkat Bella ke kantin, kami semua ikot. Waktu tu mata Bella terbeliak macam kena rasuk pon ada. Sambil meronta-ii kuat kami dengar dia cakap kuat dalam bahasa jepun mungkin ( mungkin Bella tengah mencarut atau bukan Bella...). Sampai kantin ustaz ubatkan dia then keadaan kembali tenang. Rupanya sebab Bella selalu sakat student kat situ, "diorang" sakit hati dengan Bella. Kebetulan memang tapak sekolah ni tempat jepun-ii dulu. Maybe perempuan tu balu askar jepun yg mati kena rogol or bunuh (kebiasaannya macam tu).. Si Bella ni pulak tetiba jadi pendiam yang amat and suka cakap sorang-ii.. mungkin bella dengan "dia" dah berkawan or somethings else, who knows right ?

Rahsia Alam PersekolahanWhere stories live. Discover now