𝑣 - 𝑏*𝑡𝑐ℎ

214 29 0
                                    

Mulut yang terbuka luas ditutup dengan tapak tangan. Babyana menepuk perlahan pipinya bagi menyegarkan kembali mata. Suasana dalam perpustakaan yang sunyi dan tenang itu makin membuatkan dia mengantuk. Alkisahnya nama Babyana tersenarai dalam nama pelajar yang memohon untuk menjadi ahli perpustakaan atau lebih tepatnya pengawas perpustakaan. Tak ke gila dia nak join benda sia-sia macam tu? Babyana sepanjang masuk sekolah menengah langsung tak pernah ambik port dengan perkara sebegini. Dia cuma aktif dalam bidang sukan dan badan beruniform je. Nasib baik dia tidak menjawat jawatan penting. Kalau tak lingkup perpustakaan ni dibawah pengurusannya.

Apa fungsi dia jadi librarian pun tak tahulah. Dia cuma datang untuk isi kehadiran dan duduk melihat pengunjung. Buku-buku yang sedikit bersepah di atas meja dia susun semula. Sebuah buku dibuka. Dalam khusyuk menyelak helaian buku, Babyana tidak sedar kerusi di hadapannya diduduki oleh seseorang.

"Hai. Kerusi ni kosong kan?"

Baby mendongak bila mendengar suara orang menanyakan soalan. Dia memandang ke arah meja lain yang masih kosong kemudian memandang lelaki yang berpakaian sekolah formal rona biru. Dia mengangkat bahu sebagai jawapan kemudian kembali fokus kepada buku di tangannya.

"Dah lama tak nampak awak kat library. Nasib baik hari ni kita terserempak. Saya ingat awak bertugas di library hari Selasa." Hadi memulakan perbualan mesra. Dah lama rasanya dia tak berjumpa dan berbual sedekat ini.

"Biasa lepak kat rak buku belakang. Hari ni je duduk depan sebab pelajar lain tak ramai."

"Patut la sebelum ni tak nampak awak kat sini. Awak macam mana? Study okey?" dari nada suara pun boleh cam keprihatinan Hadi. Dulu mereka pernah sekelas sekali. Pernah juga berborak walaupun tidak rapat.

Babyana cuma mengangguk. Jelas dia tak berminat meneruskan perbualan. Dia malas sebenarnya. Macam drama klise remaja. Hadi ni timbalan ketua pengawas, jadi semestinya ramai peminat dia yang akan salah faham dengan situati ini. Apatah lagi Babyana yang boleh dikatakan sebagai pelajar yang agak bermasalah. Kalau timbul isu boleh menjatuhkan imej Hadi dan Babyana pula mendapat cemuhan.

"Hadi. Penat saya cari awak. Dekat sini rupanya. Boleh tak tolong hantarkan borang ni dekat Cikgu Suhana? Cikgu nak sekarang." tanpa salam tanpa kata alu-aluan sekeping fail yang berisi kertas tiba-tiba mendarat di atas meja.

"Oh okey." tanpa banyak komen Hadi angkat punggung berlalu dengan fail yang sudah kemas dipegangnya.

"Hoi."

"Aku panggil ni menyahut la. Hoi."

Kasar buku dihempas di atas meja. Belakang badan  disandar pada kerusi. Babyana berpeluk tubuh. Apalagi lah masalah kali ni.

"Kau sengaja kan nak menggatal dengan Hadi? Tak payah nak gedik-gedik sangat la. Hadi takkan pandang kau pun." Babyana mengeluh. Tak ada angin tak ada juga ribut dia diserang dengan tohmahan oleh si ketua pengawas, Diyan yang terkenal sebagai teacher's pet yang rendah EQ.

"Otak kau memang low class la, Diyan. Tak boleh nak beza antara orang yang menggatal dengan orang yang tak buat apa-apa. Aku cop dulu meja ni. Dia yang pilih nak duduk depan aku. Takkan la aku pulak yang kau cop gedik? Hadi yang start dulu so Hadi la yang tergedik-gedik nak berkawan dengan aku. Mata ada kan? Kenapa buta sangat ni."

Kulit Diyan yang cerah jelas memerah kerana terbakar dengan amarah. Dia mengetap geraham tak puas hati mendengar jawapan Babyana.

"Apa pun yang kau cakap, satu je aku nak pesan. Tak payah la kau berangan tinggi yang Hadi akan pandang perempuan kelas tercorot macam kau ni. Mustahil! Kalau dia nak, dia akan pilih perempuan kelas depan yang bijak-bijak."

"Aww look who's talking like a loser right now? Diyan, aku rasa kau hari-hari lalu dekat carta board sebelum pergi bilik disiplin. Gambar aku still ada kat situ tau. Dah lupa ke aku pernah beat kau dan jadi pelajar terbaik PT3 dulu? Kau tahu Diyan result yang kau banggakan sekarang ni bukan di tahap cemerlang pun. Berapa kerat gred A je yang lain B dengan C. Gred D pun ada. Jangan cakap pasal kelas depan, kelas belakang dengan aku la. Kalau aku nak, cikgu-cikgu yang kau 'kipas' hari-hari tu takkan pandang pun kau. Kau ambil aliran sains tulen pun tetap tak akan buat kau nampak bijak. Dekat mata aku, you're still a loser and attention seeker." fuh! Puas betul dapat sembur orang tak sedar diri macam Diyan ni.

In another way, words can cut deeper than knive.

Tubir mata Diyan bergenang. Hidungnya sudah kembang kempis cuba mencari nafas dalam situasi yang sesak. Setiap patah kata yang dia dengar makin menyakitkan sanubari. Kuat jemari tangannya mengepal sesama sendiri sebelum tangannya diangkat tinggi cuba melayangkan tamparan ke wajah mulus itu.

Pang! Babyana terteleng ke kiri. Babyana meluruskan pandangannya ke arah Diyan. Berani si perempuan gila ni tampar dia? Tanpa amaran Babyana terus menerkam Diyan dengan menarik tudung biru  labuh gadis itu. Tak guna betul. Mesti merah pipi Babyana sekejap lagi. Dia tak melepaskan peluang yang berharga itu walaupun disaksikan oleh pelajar lain yang menjadi pengunjung perpustakaan hari ini. Pipi Diyan ditampar kedua-dua belah.

You're not messing with a bitch but a monster.

Tiada seorang pun yang berani meleraikan pergaduhan itu. Masing-masing cuma mampu menonton dengan mulut yang terlopong.

"Allahuakbar! Babyana!" Hadi yang baru saja masuk ke ruangan perpustakaan segera menarik lengan Babyana untuk menghentikan pergaduhan.

Diyan sudah menangis teresak-esak kerana marah dan malu dipandang oleh Hadi dengan keadaan pemakaiannya yang berubah selekeh kerana ulah Babyana.

Babyana memandang Hadi dengan tajam. "Don't talk to me ever again. This thing might not happen if you didn't hit on me at first."

Semua yang ada di situ terkejut kerana pengakuan Babyana. Jadi betul la gosip liar yang pernah timbul dulu, gosip yang mengaitkan Hadi dengan Babyana. Sungguh plot twist yang tidak pernah  mereka sangka. Sajad yang kebetulan turut ada di rak hujung menyaksikan semuanya sambil mengunyah popcorn. Tangannya menepuk perlahan tangan sebelah lagi. Telefon yang ada di saku seluar dikeluarkan lalu nombor telefon paksunya didail.

"Helo paksu. Dia dah keluar dari perpustakaan. Okey pape roger." panggilan ditutup dan Sajad tersenyum girang kerana wang sakunya akan bertambah bulan ini.

Sementara itu Babyana melangkah keluar dari perpustakaan dengan hati yang mendongkol geram. Dia langsung tidak menghiraukan panggilan Hadi.

Tangga itu dituruni laju. Langkah dia percepatkan bila rintik hujan mula turun. Baju pinafore yang dipakainya turut terkena tempias rintik air hujan. Di depan pintu pagar sekolah sudah terparkir sebuah motor model baru Yamaha. Langkah Babyana terhenti.

Badrilsyah turun dari motorsikal miliknya. Muka Babyana yang pada mulanya tegang bertukar muram dengan bibir yang tercebir dan air mata yang menitis.

"Abang..." serunya perlahan sebelum tubuh berbalut jaket denim jenis jean itu dipeluknya kemas.

Badrilsyah mengusap rambut Babyana. Dia rungkaikan pelukan mereka. Muka monyok Babyana direnung tanpa henti. Si Sajad tu pun satu tak inform langsung dekat dia apa yang dah jadi dekat Babyana.

Badrilsyah elus perlahan pipi Babyana. Babyana diam, tidak memberi apa-apa komen sepatah pun.

"Jom, abang hantar Baby balik. Nanti makin lebat hujan pulak."

Topi keledar disarungkan di kepala Babyana. Perlahan-lahan gadis itu naik membonceng. Tangan Babyana ditarik perlahan supaya melingkar kemas di pinggangnya. Dalam Babyana tidak sedar, Badrilsyah sedang mengukir senyum.

🍼🍼🍼

enjoy reading. vote & comment

Baby ✔Where stories live. Discover now