𝑖𝑥 - 𝑏𝑎𝑝𝑎

164 29 0
                                    

Pakaian yang bersepah di lantai itu dipandang. Babyana menekup muka. Tubir matanya bergenang air hangat. Perlahan-lahan adegan semalam bermain di ruangan mata. Apa yang dia dah buat kali ni? Sekujur tubuh yang berbaring di sebelahnya dikerling. Tubuh yang tidak berbaju dan membelakangi Babyana mula bergerak kecil. Mungkin terganggu lenanya kerana gerakan Babyana.

"Morning." senyuman Badrilsyah melebar. Tangannya menggapai lengan Babyana lalu dielus lembut.

Badrilsyah mengubah kedudukan dari berbaring kepada bersila di atas katil itu. Sisa air mata di pipi Babyana dikerling sahaja. Dia meraup muka bila terperasankan secalit kesan darah pada cadar yang berwarna biru muda itu.

"Baby, kenapa ni? Hmm?" kekura tangan Babyana dikucup mesra.

"Baby takut. Apa yang kita buat ni salah? Nanti macam mana kalau..."

Ayat yang mahu dituturkan selanjutnya tidak sempat dihabiskan bila bibir mungil Babyana dilumat ghairah. Badrilsyah menjarakkan muka mereka meninggalkan Babyana dengan nafas yang tersekat dan mulut terbuka.

"Baby kata Baby sayang abang? Abang percaya. Abang pun sayang Baby. Jangn risau, okey?"

Rambut lurus Babyana yang sedikit kusut disisir dengan jemari kasarnya. Babyana yang mula tenang menyandarkan kepalanya di dada bidang Badrilsyah.

"Baby? Dah sampai." satu sentuhan lembut pada kekura tangan Babyana mengejutkannya yang sedang mengelamun.

Dengan bertongkatkan lengan pada bahu lelaki itu dia melangkah turun dari motosikal betul-betul di hadapan pintu pagar rumah banglo dua tingkat itu.

"Abang, nanti abang sampai rumah mesej Baby tau." Babyana memberi pesan. Badrilsyah cuma memberi senyum seraya throll motorsikal dipulas meninggalkan asap ekzos terawangan.

"Yana." suara garau lelaki yang membuka pintu pagar kedengaran.

Babyana tak langsung memandang ke arah punca suara itu. Babyana tahu siapa, dan dia memang taknak langsung bertentang mata dengan manusia yang paling dibencinya.

Menonong saja dia masuk ke rumah. Masuk sahaja ke dalam rumah, mata Babyana melilau mencari kelibat ibunya dan Mak Wan.

"Ibu tak ada malam ni. Semalam dia bertolak ke Johor, outstation kat sana." tanpa disoal, ayah tirinya memberi jawapan.

Di anak tangga yang pertama, Babyana menoleh ke dapur, mengharapkan kelibat Mak Wan untuk muncul dari ruangan itu.

"Mak Wan balik kampung. Ada emergency." sekali lagi ayah tirinya seolah-olah tahu apa yang difikirkan oleh Babyana.

Mendengar sahaja perkara itu, Babyana lantas berlari anak ke bilik. Pintu dihempas kuat kemudian dikunci. Tubuhnya direbahkan ke katil.

Berdua-duaan dengan lelaki sial itu memang tidak digemari oleh Babyana. Dan dia bukan saja-saja nak membenci kalau tiada sebab yang kukuh. Ingatannya dibawa belayar ke masa lalu.

Suatu tika dulu...

Gincu merah terang dicalitkan ke bibir mungilnya. Babyana menoleh ke arah Kaseh.

"Kaseh nampak okey tak?"

"Cantik tapi muka kau baby face sangat lah. Nanti dorang tak bagi kita masuk pulak.

Pintu kelab yang megah dengan lampu berkelipan itu dipandang lama. Secara tak sengaja kornea mata Babyana terpandang susuk tubuh lelaki yang sangat dikenali.
Mereka saling beradu pandang dalam keadaan tergamam.

Yang menjadi persoalan dalam benak Babyana, siapa perempuan yang erat dirangkul oleh lelaki itu? Adakah ini bermakna lelaki itu mencurangi ibu Babyana? Sial sekali! Dasar lelaki tidak tahu untung. Semudah itu dia berubah perasaan dan melampiaskan perasaan kepada wanita lain.

Lelaki itu meleraikan pelukan wanita di sisi. Dia melangkah mendapatkan Babyana.

"Ini bukan macam yang Yana tengok. Papa boleh jelaskan."

"Lelaki tak guna. Tak tahu diri. Paling-paling cermin diri dan jadi bijak sikit la pilih perempuan simpanan." sembur Babyana dengan rasa marah yang memuncak.

"Yana." Nama Babyana diseru. Bahu gadis itu dipegang erat. Babyana rasakan air matanya bertakung di tubir mata. Tiada seorang pun makhluk Tuhan di atas dunia ini yang layak dicurangi. Lantas kenapa lelaki durjana ini mencurangi ibunya?

"Yana. Dengar papa boleh jelaskan. Dia itu cuma kawan kerja papa dan tak lebih dari itu." penjelasan Rosman itu tak ubah seperti alasan yang direka.

"Aku akan bagitau dekat ibu bila balik nanti. Biar ibu minta cerai dan kau tak perlu lagi wujud dalam keluarga kami." Dengan tenaga yang masih tersisa Babyana cuba mengugut. Dia akan lakukan apa saja supaya keluarga mereka akan tetap bahagia dan ibu tidak akan terluka.

"Babyana!" Suara keras lelaki itu buatkan bahu Babyana terhinjut.

"Berani ya ugut papa. Cubalah bagitau. Kita tengok siapa yang dia akan percaya. Papa atau kamu. Papa akan bagitau yang kamu goda papa masa ibu pergi kerja. Papa akan bagitau jugak yang Baby sengaja tidak berpakaian depan papa. Rasa-rasa dia akan minta cerai atau buang anak kandung yang menggoda bapa tirinya sendiri?"

Senyum jahat lelaki itu membuatkan Babyana mengetap geraham. Mustahil ibu akan mempercayai lelaki yang baru muncul dalam keluarga mereka. Namun ada rasa sangsi dalam diri Babyana. Mungkinkah ibu akan memilih untuk mempercayai suami barunya berbanding Babyana?

Babyana merentap tangan lelaki durjana itu. Dia rasa jijik dipegang oleh Rosman.

"Ya. Aku rasa  ibu lebih percaya dekat aku daripada kau yang baru muncul dalam hidup kami."

"Yakin? Bagus. Jom balik. Kita tengok nanti siapa yang ibu lebih percava." riak tidak puas hati dan sangsi jelas terbias dari riak muka Babyana. Rosman tersenyum dalam hati.

"Oh ya pasal ugutan papa tadi, Yana tak takut kena marah dengan ibu? Kalau Yana buat macam apa yang papa ugut, kita tak perlu memberitahu ibu tentang hal ini. Kita rahsiakan saja."

Babyana dibawa ke alam realiti. Cukup lama dia terkenang kisah lama. Hatinya mendongkol marah. Dasar lelaki tidak cukup satu wanita. Ibu dah dapat, anak pun nak dirembat. Sial!

Tapi yang lebih bodohnya, dia tidak langsung membuka mulut tentang perkara itu kepada ibu, jelas kerana satu sebab. Babyana takut, takut ibunya lebih memilih untuk mempercayai suami barunya berbanding Babyana. Dan dunia remaja Babyana makin kelam sejak peristiwa itu, kerana dia menjadi mangsa hanya untuk memastikan mulutnya dikunci rapat.

🍼🍼🍼

Happy reading uolls

Baby ✔Where stories live. Discover now