BAB 11- Nota 11

30K 147 10
                                    

"Keluarga adalah unit terkecil dalam sebuah masyarakat. Keluarga bukan hanya sekadar hubungan formal antara suami, istri, dan anak-anak namun juga memiliki fungsi dan tugas tersendiri dalam masyarakat. Allah tidak pernah memberikan sebuah aturan dan menciptakan sesuatu tanpa ada alasan dan manfaat yang akan diperoleh. Semua aturan yang diberikan Allah sentiasa dikembalikan kepada misi dan penciptaan manusia di muka bumi ini"

"Keluarga yang sakinah, mawaddah, dan rahmah adalah perintah Allah yang juga diberikan kepada keluarga untuk diwujudkan bersama. Dengan adanya keluarga yang sakinah, mawaddah, wa rahmah hal ini akan mampu membantu misi dan tujuan dalam keluarga yang islami bisa terwujud"

Bergema corong speaker masjid dengan lontaran suara moderator sebagai pembuka ceramah agama. Bertempat di sebuah masjid Jamek di ibu kota Kuala Lumpur, dengan kolaborasi bersama Jabatan Kemajuan Islam Negeri sedang berlangsungnya program Ceramah Perdana Keluarga Sakinah, Mawaddah, Warahmah Menurut Islam. Forum ini dikemudi oleh seorang moderator yang juga merupakan artis terkenal iaitu Cik Haliza Suhaimi.

Ceramah diadakan bertempat di dewan solat utama masjid tersebut. Turut hadir sebagai tetamu kehormat ialah YB Senator dan Pengarah Jabatan Penerangan Agama Islam. Manakala ceramah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Dr Haji Akbar Tajuddin. Ceramah bermula selepas Solat Zuhur, yang juga dipimpin oleh Ustaz Haji Akbar.

              Alhamdulillah forum ini mendapat sambutan diluar jangkaan. Dianggarkan seramai 150 hadirin membanjiri dewan solat utama Masjid Jamek. Undangan artis sebagai panelis dan moderator bukan sahaja menarik minat hadirin untuk hadir, malah penyampaian menepati kehendak jemaah yang hadir. Para Jemaah telah pun mengambil tempat duduk masing-masing di ruang dewan solat dengan Jemaah lelaki dan Jemaah wanita dipisahkan. Bermula dengan kisah tauladan daripada perkahwinan Nabi Muhammad S.A.W dan Aisyah R.A, kemudian disertai dengan kata-kata semangat dan perangsang, intipati utama dari ceramah ini ialah menjaga dan mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga menurut Islam.

                Tiba giliran bagi Ustaz Dr. Haji Akbar Tajuddin untuk memberikan ceramah beliau. Seperti juga isteri beliau, Ustaz Haji Akbar Tajuddin juga merupakan antara penceramah bebas yang disenangi kerana isi ceramahnya yang dekat di hati masyarakat. Ketika tiba di masjid dengan ditemani oleh isteri beliau, Ustazah Sakinah yang merupakan tokoh pendakwah bebas bertaraf selebriti dengan anak perempuan bongsu mereka, Haifa Zahirah yang kini merupakan seorang ustazah muda di sebuah institusi IPT swasta,ramai juga yang menegur dan mengambil gambar bersama Ustaz Haji Akbar Tajuddin sekeluarga. Rata-ratanya memuji Ustaz Akbar dan keluarga kerana menjadi keluarga contoh. Mereka turut memuji Ustaz Akbar kerana pandai mendidik isteri dan anak-anak menjadi muslimat yang solehah.

Terdetik sedikit rasa riak dan takbur di hati Ustaz Akbar atas pujian itu. Cepat-cepat beliau beristigfar. Sesungguhnya memang beliau amat berbangga dengan isteri kesayangannya, Ustazah Sakinah yang menjadi muslimah contoh di kalangan masyarakat. Para tetamu juga ada yang mengambil kesempatan mengucapkan tahniah lebih awal di atas pencalonan Ustazah Sakinah sebagai Tokoh Maal Hijrah atas usaha dan jasa beliau dalam bidang dakwah serta penubuhan Madrasah Hafizah Darul Tamam baru-baru ini.

"Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan." Ustaz Akbar memula bicara.

"Perkahwinan adalah bentuk penyatuan dua hati yang sangat dituntut dalam Islam. Menerusi hubungan inilah lelaki dan wanita mula belajar untuk berkongsi kasih sayang, pandangan, idea dan seluruh kehidupan mereka yang dulunya hanya diketahui keluarga dan kenalan rapat. Dalam membina hubungan suami isteri, banyak perkara perlu diteliti supaya sentiasa seimbang, mewujudkan toleransi dan berpegang kepada tanggung­jawab." Ustaz Haji Akbar memulakan ceramah.

BUKU NOTA USTAZAHWhere stories live. Discover now