PERSIAPAN UNTUK GAGAL

633 17 0
                                    

Bersiap agar aku sedia untuk jumpa gagal
Sebab aku tahu kecewa esok
Tak mampu aku hadap
Jadi aku tulis agar esok selepas gagal,
Aku tak gagal untuk menerima kegagalan.

Bersiap untuk rasa berat yang dah pun mula menjengah
Hati sejak dari khabar nya tadi
Maka aku cuba syukuri nikmat yang masih ada kini
Berapa jam lagi, sedia

Bersiap dahulu, sebelum aku abai nikmat gembira aku kini
Biar lepas gagal nanti, aku baca coretan ini
Aku bangkit dan tahu,
Gagal sekarang bukan bererti kau gagal selamanya
Kau berjaya tangani kegagalan adalah sejenis kejayaan
Yang patut kau banggakan.
Dan selayaknya kau terima semua.

Ingat, aturan Dia punya makna
Yang bawa baik belaka.
Jatuh bangun engkau, engkau saja dapat rasa.
Jangan mendongak ,usah berduka.
Sebab mereka hanya mampu mengata, menilai membabi buta.
Abaikan , dan hidup dengan selamba.

Monolog sendiriWhere stories live. Discover now