Beban

224 11 0
                                    

Dulu pernah, sebelum tuhan mengarahkan manusia sebagai khalifah,
Gunung-gunung menjadi pilihan sebelum manusia.

Maka gunung-gunung menolak kerana
Bagi mereka tidak tertanggung beban menjadi pemimpin makhluk dunia.

Lalu tuhan memilih manusia.
Manusia dan gunung.
Kalah manusia jika dibandingkan saiznya.
Tetapi tuhan Maha Bijaksana.
Dia tahu, yang namanya manusia itu lebih kental dan kuat berbanding gunung yang jelas lebih tinggi.

Sedangkan kini,
Manusia mampu terbang lebih tinggi mengatasi gunung.
Manusia mampu mendaki gunung paling tinggi.
Semua kerana gagah dan kental
Semua kerana percaya akan tuhan.
Begitu juga tuhan percaya akan manusia.

Maka ayuh kita terus memikul tanggungjawab yang tuhan beri sebaik baiknya.

-Terbang atas awan-

Monolog sendiriWhere stories live. Discover now