Chapter 15

882 76 11
                                    


Hampir 2 bulan Solar berada di hospital akhirnya dia dapat keluar wad hari ini.

"Lambat lagi ke Hali mengemas tuh?"

"Kau diam. Siapa mangkuk ayun yang bawa baju macam nak duduk sini terus.."

Solar hanya mampu tersengih sambil tu dia memandang keluar tingkap.

Selepas beberapa minit Hali masih lagi sedang mengemas baju Solar. Disebabkan Solar terlampau bosan dia mengambil keputusan untuk keluar dari bilik wadnya.

"Jangan keluar lama sangat",pesan Hali sambil menjeling sekilas Solar yang membuka pintu wad.

"Takut rindu aku ke?~"

"Pi mampus kau.."

Eleh.

....

Berjalan punya jalan tiba-tiba satu bisikan kedengaran di telinga Solar selepas sahaja seorang gadis berpakaian baju sakit melintas di tepinya.

"Jangan percaya sesiapa pun kalau korang nak selamat.."

Solar yang sangat peka dapat melihat nama gadis itu yang tertulis pada baju nya.

"Ieya?"

Tapi bila dilihat ke belakang kelibat gadis itu tidak kelihatan.

Dengan rasa ingin tahu,Solar terus pergi ke kaunter pertanyaan.

"Maaf...boleh saya tanya..ada tak pesakit bernama Ieya di hospital nih?",tanya Solar dengan lembut.

"Ouh Ieya...ada tapi dia baru sahaja meninggal pagi tadi...",jawab nurse yang bertugas di situ.

Solar tergamam seketika.

"Meninggal sebab apa yer? Dia sakit ke?"soal Solar ingin tahu.

"Dia memang masuk hospital sebab ada kancer hati...tapi pagi tadi dia meninggal sebab bunuh diri dalam bilik air..",terang nurse tersebut.

"Ouh...terima kasih yer"

"Sama-sama.."

Dengan langkah yang pantas Solar berlari masuk ke dalam bilik wadnya. Pelik Hali dibuatnya melihat Solar yang macam nampak hantu.

"Kau pahal? Baru lepas nampak hantu ke?"

"H-haah..."

Terkejut pulak Hali mendengarnya dia ingatkan nak mengusik sahaja tak sangka pula Solar memang nampak hantu.

"Cer cite..",pinta Hali lalu duduk di sofa selepas selesai mengemas pakaian Solar.

Dengan nafas berat Solar pun menceritakan apa yang terjadi.

"Ouh...aku tahu dia gantung diri dalam bilik air...tapi kan..."

Solar memandang Hali pelik.

"Aku pelik macam mana dia bunuh diri sebab takde kerusi pun waktu tuh...sepatutnya kenalah ada kerusi kan untuk dia panjat...",kata Hali dengan gaya berfikir.

"Kau kenal ke dia?"

"Kenal...dia budak baik dia selalu bagitahu aku 'jangan percaya sesiapa pun kalau korang nak selamat...'...ayat yang dia selalu cakap setiap kali aku terserempak dengan dia.."

Mereka berdua berpandangan sesama sendiri.

"Apa maksud dia?"

*******

D

i rumah kembar elemental...

Suasana riuh rendah dengan bunyi bising dari TTM.

Different World [COMPLETE]Where stories live. Discover now