Last

748 49 46
                                    


Sebulan sudah berlalu..

Eric langsung tidak datang melihat keadaan adiknya di rumah Esya. Betul tepati janji dia nih.

Si abang yang sibuk membuat kerja kursus langsung tidak hiraukan adiknya. Dari pagi sehingga malam dia menghadap leptop. Hanya biskut dan air mineral sahaja menjadi makanannya dari pagi hingga malam.

Entah apa yang dilakukan adiknya pun dia tidak tahu.

Yang difikirkannya adalah kerja kursus yang perlu diselesaikan.

....

Di Jepun...

Kembar elemental sedang meluangkan masa bersama Esya. Mereka keluar dari pagi hingga malam baru balik. Menenangkan fikiran katakan.

"Lagi sebulan lepastu kita akan balik ke Malaysia semula.."

"Aku harap masa berlalu dengan pantas.."

"Rindu Hali dengan Solar.."

TTM merenung jauh. Kenangan bersama Hali dan Solar mula bermain di fikiran.

Terasa rindu kepada mereka berdua. Rindu nak kena marah,rindu nak gaduh...rindu nak prank diorang dua.

Haih...

TTM terus mengesat mata mereka. Mereka berjanji dengan Hali dan Solar yang mereka takkan nangis lagi lepas ni.

Ehe~

"Korang ada nampak bantal paus aku?",tanya Ice yang baru sahaja turun dari tingkat atas.

"Erk..t-tak nampak..",jawab Blaze yang mula berpeluh.

Ohoo~

"Kau nak aku bekukan bahagian mana dulu? Kaki? Tangan? Ataupun satu badan??",persoalan Ice membuatkan TTM gelabah. Habis basah baju diorang dengan peluh.

"T-tanya lah k-..

Percakapan TTM dipotong oleh Esya.

"Diorang terjatuhkan kopi atas bantal paus kau...Gempa dah basuh. Dia baru jemur tadi....",kata Esya dan terus mendapat jelingan maut dari TTM.

"Ouh~korang nih kan!"

TTM hanya mampu tutup mata tapi mereka tidak berasa sakit dimanapun. Bukan ke Ice nak belasah diorang tadi.

"Ice??"

Wargh!!
HAHAHAHAH!!
Argh!!!

Ketawa terbahak-bahak diorang bertiga apabila digeletek oleh Ice.

"Ha rasakan! HAHAHAHAHA!"

Esya yang melihat hanya tersenyum. Sikit demi sikit kesedihan adiknya selama nih mula tertutup.

Gempa ketawa melihat gelagat adiknya dari jauh.

Akhirnya diorang ketawa buat kali pertamanya waktu diorang mula duduk di Jepun.

"Baguslah..."

Lebih kurang sejam diorang ketawa,akhirnya semua masuk ke bilik untuk tidur.

Hanya Ice bersama Esya di ruang tamu.

"Ha kamu nak tanya apa pula?",soal Esya sambil melihat Ice. Haritu Gempa soal dia harini Ice pula macam ada soalan berada difikirannya.

"Hehe...kenapa Eric tak pernah kenalkan adik kembar dia? Padahal kita duduk serumah dulu tapi adiknya langsung tak tunjuk muka.",muka Ice penuh dengan tanda tanya.

"Hmmm...sebab tak boleh kot
..adik dia tuh popular so mungkin takut korang tersuka pula nanti..",teka Esya sambil tersengih.

"Ehh ghisau ghisau kami bukan sejenis!!"

Different World [COMPLETE]Where stories live. Discover now