41

7.2K 590 43
                                    

      KALI ini jelas kedengaran riuh- rendah suasana wad yang menempatkan Firas

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

      KALI ini jelas kedengaran riuh- rendah suasana wad yang menempatkan Firas. Bualan rancak yang sudah kedengaran dari luar membuatkan dahi Asyfa berkerut. Sebaik sahaja Asyfa masuk ke dalam wad, dua pasang mata serentak memandangnya.

Akim tersenyum penuh tersirat. Otaknya ligat menyusun bicara untuk mengusik kakak iparnya itu.

"Along, tahu tak Kak Asya bagi warning dekat Luna macam mana? Terkejut Akim, nasib Kak Asya tak mencarut je." Asyfa mencerlung memandang Akim. Baru je masuk, namanya sudah dipetik.

Akim tergelak kecil. Dia sengaja ingin membuang mood sedih kakak iparnya itu. Maklumlah, semenjak alongnya warded, semenjak itu juga wajah kakak iparnya muram. Jangankan nak dengar gelak tawa, senyum pun sekadar senyum paksa.

Tipulah kalau dia tak terkejut dengan kata-kata kakak iparnya kepada Luna tempoh hari. Bukan setakat dia, manusia-manusia dekat situ jelas semuanya terkejut. Ibu, Luna dan Uncle Lan.

Yang paling terkejut mestilah ibu. Ya lah, first time kot dengar menantu selembut sutera dia meninggikan suara. Tinggikan suara pula untuk mempertahankan suaminya. Jadi ibu memang yakinlah yang kata-kata yang dilontarkan menantunya itu mesti ada benarnya.

Menantu pilihan kan. Ibunya pula memang jenis yang percayakan anak dan menantu melebihi segalanya. Hanya sesekali timbul juga curiga. Tapi yang tu memang fitrah manusia kan, nak buat macam mana.

Bercakap pasal kejadian tu, teringat pula dia apabila abah langsung ke hospital apabila mendapat perkhabaran tentang along. Tahu-tahu sahaja selepas itu, Uncle Lan dan Luna sudah siap kena warning dengan abah. Haih, abah. Nampak je macam tak berperasaan, tapi kalau dah melibatkan anak sendiri memang kenalah!

"Akim!" tawa Akim menghiasi wad itu. Lucu melihat wajah kakak iparnya yang sudah berona merah.

"Macam mana Akim? Along nak tahu jugak," usik Firas pula. Tapi kali ini memang dia bersungguh ingin tahu perkara yang berlaku. Sebab mindanya memang kabur, sudah ingat-ingat lupa perkara yang berlaku. Cuma apa yang dia ingat, dia sempat bagitahu Luna sesuatu. Tapi dia juga sudah lupa apa yang dilontarkannya.

"Firas!" Kali ni Firas pula yang menjadi penyebab suaranya sudah naik seoktaf. Geram betul dengan dua beradik ni! Bab menyakat nombor satu!

"Kak Asya bagitahu macam ni..." Tubuh Akim dirapatkan pada katil abangnya. Bibirnya bergerak-gerak seakan menyalurkan sesuatu info di telinga Firas. Sebelah tangan dibawa menutupi sisi wajahnya, menjadi penghalang untuk kakak iparnya tahu perkara yang dibisikkan.

Seraya itu juga Firas tertawa kecil.

"I feel proud Sya. Bila lagi boleh tengok Sya macam tu? Abang nak tengok jugak dengan mata abang sendiri," Asyfa menjegilkan matanya.

"Dalam mimpi!" Serentak itu Firas dan Akim tertawa.

"Kak Asya! Garangnya!"

"Dia memang macam tu Akim. Kalau kau tak ada, baru dia nak menggatal dengan along."

FIRASY ✓ Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora