16

7.2K 629 42
                                    

          "HAI

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          "HAI..."

"Hei." Acuh tak acuh sapaan gadis di hadapannya itu dibalas. Sedaya upaya matanya dikalihkan daripada memandang gadis itu lama.

"Bila balik?" soal Firas tenang. Sekadar berbasa-basi. Kalau dia tak jawab pun tak apa.

"Semalam." Firas cuma mengangguk. Keadaan menjadi kembali janggal. Tidak tahu apa yang perlu dibualkan lagi. Dia sanggup bertegur sapa sedikit dengan gadis itu pun dah dikira bagus.

"Sihat?" soal gadis itu pula.

"Yes, much better than before." Balasan sinis Firas membuatkan gadis itu tersenyum tawar. Cuba untuk tidak mengambil hati.

"Congrats on your wedding," ucap gadis itu lagi dengan senyuman paksa yang terlakar di bibir. Firas hanya diam. Tiada tanda-tanda ingin membalas.

"Meja nombor 3. Two latte macchiato."

"Oh, sorry! RM9.00," ujar gadis itu pantas apabila mula tersedar akan sebab utama keberadaan lelaki itu di kaunter bayaran.

"For both, miss. Please be alert with what I said." Tegas nada suara Firas.

Gadis itu kelihatan agak tersentak tapi wajahnya masih cuba dimaniskan.

"RM18.00." Firas menghulurkan dua not RM10. Baru sahaja baki ingin diberi, Firas segera menolak.

"Keep the RM2." Dia mula ingin berlalu pergi namun tubuhnya dipusingkan kembali.

"You know what's that for?"

"Your loyalty price. Cheap." Selamba sahaja ayat itu keluar dari mulut Firas sebelum dia mula berlalu pergi.  Meninggalkan si gadis yang sudah terkedu di kaunter bayaran.

Makin lama dia di situ, makin sakit hati dibuatnya. Menghilang dah 8 tahun, tup tup muncul balik. Siapa tak geram?

•••

          MATA Asyfa tertumpu pada skrin televisyen namun fikirannya ligat kearah lain. Dari tadi lagi dia sibuk memikirkan perihal Firas. Kenapa eh dia diam je dari tadi. Bila tanya sepatah jawab sepatah. Biasanya berpatah-patah dia balas.

Televisyen segera dimatikan lalu langkah diorak ke katil. Tubuh disandarkan pada kepala katil.

Firas yang baru keluar dari bilik air diperhatikannya sekilas lalu pandangan segera dikalihkan kearah lain. Firas mengambil tempat disebelahnya. Turut sama menyandar pada kepala katil. Matanya dipejamkan bersama keluhan kecil yang terbit di bibir.

Asyfa yang perasan segera menoleh memandangnya.

"Awak okay?" Firas perlahan-lahan melentokkan kepalanya pada bahu Asyfa. Terkejut jugak dirinya dengan perbuatan Firas namun perasaanya cuba dikawal sebaik mungkin.

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now