Special Chapter : Raya Tak PKP Edition

1.7K 116 30
                                    

Laungan takbir raya kedengaran tanda kemenangan setelah sebulan berpuasa. Malam raya macam ni, ahli keluargaku masing-masing sibuk dengan persiapan raya esok. Nak kena pasang pelita, rebus ketupat, kacau dodol, bakar lemang... banyak lagilah!

"Kak Je, beras tu jangan masukkan penuh-penuh. Agak-agak dalam separuh sarung cukuplah," pesan ibu ketika aku sedang ralit isi beras dalam sarung ketupat.

"Okey bu. Rendang special ibu dah siap belum tu?" Semalam punyalah semangat ibu nak buatkan rendang ayam untuk menantu bongsu dia. Siapa lagi yang berani minta macam-macam kalau bukan Muz.

"Dah nak siap dah. Ibu nak tunggu dia kering sikit. Baru sedap." Ibu tersenyum lebar sambil matanya tak lepas memerhatikan rendang dalam kuali. Seronok agaknya dapat penuhi permintaan anak menantu.

Kak Tim pula datang bersama bekas kuih penuh di tangan. Biasanya kerja-kerja mengisi kuih ni memang Kak Tim la yang handle. Yalah, sambil masukkan kuih dalam bekas dia masukkan kuih dalam mulut juga. Hahaha!

"Seronok betul dapat balik raya ramai-ramai macam ni. Cuma tulah, kau tak boleh selalu. Tahun depan giliran belah Muz pula kan?" Suara Kak Tim meraih perhatianku.

"Nak buat macam mana Kak Tim, memang kena bergilir. Tapi tak apa, sekurang-kurangnya ibu dan ayah tak sunyi sebab still dapat raya dengan Kak Tim." Aku senyum. Abang Zul anak yatim piatu. Jadi setiap kali raya memang rumah ayah dan ibu jelah pilihan utama.

"Ayahanda dan bonda Muz raya berdua je kali ni. Tak apa ke?" Ibu pandang aku sekilas sebelum matikan api dapur.

"Tak ada apalah. Ibu jangan risau, lagipun Muz kata nanti raya pertama ayahanda dengan bonda nak datang beraya sini juga," balasku.

"Heh, nak lepas rindu dekat Faqih la tu. Cucu kesayangan katakan..." Kak Tim buat gaya jengkel. Aku gelak je. Faqih selalu sangat usik Mommy Tim dia, itu yang buat kakak aku dengki.

Sedang kami rancak berborak, kelibat ayah muncul di pintu dapur yang bersambung dengan bahagian belakang. Dahi tua ayah jelas berkerut resah.

"Kak Je, pergi tengok Si Muz dekat belakang tu. Ayah suruh dia bakar lemang, bukan bakar tangan. Macam mana entah tangan boleh terkena bara. Ish, cuai betul budak ni." Pelipis kepalanya pula dipicit dengan jari.

Ibu dan Kak Tim dah bantai gelak kuat-kuat dengan kata ayah. Aku je yang tak tahu nak rasa apa. Risau ada, rasa nak gelak ada, rasa nak marah pun ada. Kalut aku jadinya mencari peti kecemasan di dalam laci dapur.

"Habis, dia orait tak orait tu yah? Orang risau noh, takut esok kita raya kat hospital ja ni."

"Aih, tanya ayah buat apa? Pi tanya suami hang la. Aduh, macam-macam hal menantu aku sorang ni. Stres!" Kali ni ayah tarik-tarik rambut pula. Makin galak tawa ibu dan Kak Tim.

Langkahku bergegas ke luar mendapatkan Muz. Dari jauh boleh nampak Muz tengah duduk dekat pangkin sambil menunduk. Macam tengah tahan sakit je tu.

"Abang! Macam mana tangan boleh kena bara ni?" Sampai-sampai je aku terus tarik dan belek tangan Muz. Lantaklah berkerut berapa lapis pun dahi aku sekarang.

"Aduh! Sayang jangan pegang situ. Sakitlah," dengus Muz. Laju tangannya dibawa jauh dariku. Terkejut aku jadinya.

"Eh, sorry sorry! Aaa... sinilah bagi Lela tengok. Malam-malam ni mana nak nampak," balasku. Sekadar berbekalkan lampu pangkin ayah yang tak berapa nak terang ni, alahai... semut jalan pun boleh sesat.

Lambat-lambat Muz hulurkan tangan. Aku buka peti kecemasan, keluarkan minyak gamat.

"Ni abang dah alirkan bawah air paip belum?" Aku tanya sambil tunjuk tangan dia. Muz sekadar mengangguk. Selepas itu, barulah aku sapukan minyak gamat dekat kawasan lecur.

TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎Место, где живут истории. Откройте их для себя