BAB 33 🌸

3.9K 232 51
                                    

Gembira sungguh aku hari ini. Guess what?  Pagi tadi, aku tengok di atas meja makan tiada dah air pegaga menanti. Mula-mula itu pelik jugalah sebab mungkin bonda lupa nak sediakan. Rupa-rupanya ada cerita di sebaliknya.

"Mulai hari ini, Lela tak payah minum air hijau itu dah. Bonda dah gantikan dengan susu badam kurma." 

Aku rasa seperti berada di awang-awangan sebaik sahaja mendengar kata-kata bonda. Hora, horey! Air pegaga rest in peace ya!  Gelas yang kini berisi dengan susu badam kurma itu dicapai. Selepas membaca bismillah, air itu mula memasuki kerongkong. Kelopak mata automatik terpejam. Nikmat.

"Hmm... sedapnya, bonda! Macam ini baru layan nak minum!" 

"Yalah... bonda kesian dengan Lela. Mesti terpaksa tahan rasa loya sebelum ini, kan? Sebab itulah bonda tukar menu." Sekilas bonda tersenyum padaku sebelum matanya kembali fokus mengupas bawang. 

"Bonda, terima kasih sangat-sangat! Terharu Lela. Tak tahu nak balas jasa bonda macam mana." Ucapan yang sungguh lahir dari sudut hati. Bukan direka-reka. Memang itu pun yang aku rasa semenjak hari pertama lagi menjejakkan kaki sebagai menantu bonda di rumah agam ini.

"Alah, small matter!  Lela seorang saja menantu bonda. Mestilah kena jaga baik-baik!" Bonda tersenyum lagi. Jelas garis-garis halus di tepi pelupuk mata tatkala bibir tuanya mengukir senyum.

Aku memandang bonda dengan kasih sayang yang melimpah. Ya Allah, aku bersyukur kerana Engkau hadirkan kepadaku seorang ibu mertua yang menjagaku seperti anaknya sendiri. Alhamdulillah! 

"Lela tolong bonda kupas bawang eh? Bonda jangan risau, Lela dah nak habis pantang. Badan pun dah kuat sebab bonda jaga." Tanpa menunggu jawapan bonda, aku mengambil pisau di dalam laci. Beberapa ulas bawang merah mula dikupas kulitnya. 

Bonda hanya membiarkan malah langsung tidak menghalang tindakanku. Sebaliknya, senyuman manis masih tak hilang dari raut wajah tua itu. Selama ini pun, semua kerja rumah daripada memasak sehingga mengemas rumah bonda lakukannya sendiri. Jadi, apa salahnya giliran aku untuk membantu?

*******

"Lela, tunggu dalam bilik sana. Sekejap lagi bidan datang mengurut. Bonda dah call tadi, katanya lagi 15 minit dia sampai," arah bonda. Telefon bimbit di tangan ditatap sekali imbas. 

Aku mengangguk patuh. Langkah kaki mula bergerak menuju ke bilik tidur aku dan Muz. Pintu almari yang gah berdiri di sudut bilik ditolak ke kiri. Kain batik yang memang siap sedia dibawa dari rumah diambil dari lipatan. Sebaik berpusing ke belakang, nafas terasa ingin terputus. Muz sudah berdiri betul-betul di belakangku.

"Ish! Awak ini kenapa? Tak bagi salam pun, tahu-tahu saja dah berdiri kejung belakang saya. Awak nak apa ini?" Kain batik dibawa rapat ke dada. Kedengaran debar dada yang tak menentu petanda jantung masih laju mengepam darah akibat terkejut yang melampau.

"Nak buat apa dengan kain batik itu? Bukan awal pagi tadi dah mandi ke?" Muz bertanya. Soalanku dibiarkan tak berjawab. 

"Saya nak kena berurut. Tak lama lagi bidannya datang," jelasku.

"Ooo... kenapa tak suruh saya urut je? Lagi senang. Free pun free."

Uhuk! Hampir-hampir saja aku tersedak air liur sendiri. Seriuslah Muz? Sejak bila otak awak berhenti berhubung sampai hilang rasa malu ini? 

"Dasar pervert! " Automatik lidah dijelirkan ke arah Muz. Boleh pula dia gelak. Kemudian, kedua belah pipiku dicubit kuat.

"Hei, walaupun saya pervert tapi tak adalah sampai curi-curi cium orang waktu tidur." 

TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎Where stories live. Discover now