1

126 1 0
                                    

"Ardina!" jerit puan Amnah dari bawah. Aku cuba membuka mataku dan melihat jam yang yang berbentuk strawberry di dindingku. Jam 7:15 am? Masih awal lagi, aku masuk kerja pukul 8:30am . Lepas solat subuh tadi aku terus tertidur akibat keletihan menggubah bunga dari tempahan Datin Shahida semalam.

Aku bangun dan mengambil tuala yang tergantung lalu ke bilik mandi. Setelah 1 jam aku mandi, aku keluar dan mengeringkan rambutku. Baju dan seluar memang aku pakai dari dalam bilik air sebab dah terbiasa.

Aku memakai pallazo hitam besertakan dengan blouse putih dan dililitkan dengan bawal cotton berwarna hitam.

"Goodmorning ibu" aku mencium pipi ibuku, Puan Amnah. Puan Amnah yang sedang mencuci pinggan itu terkejut akibat sergahan anaknya yang datang secara tiba tiba itu.

"Aish kamu ni budak bertuah, suka buat ibu macam ni"

Aku tersenyum. Aku mengambil tempat di kerusi meja makan itu. Nasi goreng kampung disertakan dengan teh o panas. Walaupun hidup kami sederhana, tapi kami masih mampu untuk makan dan mempunyai tempat tinggal .

Kenalkan , aku Ardina Binti Khairuzzaman. Umurku 22 tahun. Aku bekerja di kedai bunga kepunyaan kakak iparku, Damia. Aku mempunyai seorang abang, Hafiz Al-Imran. Dialah satu satunya orang yang dapat menggantikan ayahku yang sudah lama meninggal dunia akibat penyakit kanser. Ibuku, Puan Amnah tidak bekerja , hanya aku dan abangku sahaja yang memberi wang kepadanya. Sebagai tanda terima kasih kerana menjaga kami dari kecil hingga ke dewasa. Abangku baru sahaja berkahwin setahun lepas dan masih belum dikurniakan zuriat lagi, mungkin belum ada rezeki? Itulah Qada' dan Qadar Allah. Abangku mempunyai rumah sendiri dan hidup berdua bersama kakak iparku, kak Damia. Umur kami beza setahun aje tapi aku lebih suka memanggilnya kakak tanda hormat sebagai ipar.

Aku menyendok nasi goreng kampung itu ke dalam pinggan dan menuangkan air teh o panas itu ke dalam cawan yang telah disediakan.

"Dina, lepas Dina balik kerja jangan pergi mana mana ye ? Ibu ada sesuatu nak bincang dengan kamu. " kata Puan Amnah sambil tersenyum. Bincang sesuatu? Macam serius aje bunyinya .

Aku tersenyum lalu mengambil tangan ibuku dan mengusap dengan lembut. "Okay ibu, inshaAllah kalau Dina tak banyak kerja Dina balik awal ye ".  Puan Amnah hanya tersenyum lalu mengangguk.

Aku meminta diri untuk pergi ke kerja. Aku menyalam kedua tangan orang tua itu. Aku masuk ke dalam kereta Myvi ku. Hadiah itulah paling bermakna bagiku, hadiah daripada arwah ayahku. Aku menekan minyak dan terus keluar dari perkarangan rumah .

🥀

"Goodmorning ma" kata Nadzhan  kepada ibunya yang sedang sibuk menyusun pinggan di meja makan. Dato' Amran sedang leka membaca surat khabar bersama kopinya. Dia tidak bekerja? Tidak kerana jawatan CEO nya telah diberikan kepada anaknya iaitu Tengku Nadzhan Mikhael. Tengku Nadzhan Mikhael mempunyai adik kembar iaitu Tengku Nadzreef Mikhael. Tengku Nadzreef Mikhael tidak tinggal sebumbung bersama mereka kerana lebih suka berseorangan . Hubungan adik beradik antara mereka masih renggang dan belum pulih kerana Tengku Nadzreef Mikhael telah merampas kebahagiaanya, iaitu merampas kekasihnya, Anisa Maisarah. Anisa Maisarah telah meninggal dunia akibat kemalangan langgar lari pada 3 tahun lepas. Sejak dari itu hubungan adik beradik antara mereka tidak pernah baik? Ibu bapanya turut pening bagaimana mahu memulihkan hubungan mereka semula.

Nadzhan mengambil tempat bersebelahan Dato' Amran.  Nadzhan   menyenduk nasi goreng dan makan dengan beradab.

"Nadz, nanti papa ada nak bincang sesuatu dengan kamu, kalau kamu tidak keberatan balik awal ye"

Nadzhan hanya tersenyum dan mengangguk.

"Betul tu, jangan pergi mana mana pulak" kata Datin Nisa yang sedang mengambil kuih karipap di pinggan .

Nadzhan sekali lagi tersenyum lalu mengangguk.

Nadzhan meminta diri untuk pergi bekerja di Syarikat warisan bapanya.  Nadzhan mengambil kunci kereta Honda Civic nya dan berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumah mewah itu.

ARDINAWhere stories live. Discover now